Isnin, 10 April 2017

Selamat Timang Anak Sulung!

Salam.


Alhamdulillah. Tepat jam 7.45 pagi, 9 April 2017, hari Ahad, adik aku telah selamat melahirkan cahaya mata sulung merangkap cucu kedua kepada ibu dan ayah kami. Syukur semua dipermudahkan. Akhirnya Nurul Ain dah ada kawan seperjuangan! Semalam pun bukan main baik hati nak suapkan baby tu dengan rempeyek yang dia makan. Bagus betul tak kedekut ye. Haha! 



Adik aku ni awal awal lagi dah ada nama untuk anak sulung dia ni. Untuk pengetahuan korang, anak sulung adik aku ni perempuan. Jadi sekarang ibu dan ayah aku dah ada dua orang cucu perempuan. Lelaki? Belum rezeki lagi. Mungkin yang tengah on the way tu kot. Ehem ehem ehem. Kepada adik aku, semoga jadi ibu yang terbaik sama seperti ibu kita selain daripada selamat berpantang, selamat kurus balik, selamat tak cukup tidur, selamat bangun tengah tengah malam, selamat membesarkan anak supaya menjadi yang solehah dan macam macam selamat lagi. Camtuh.

Jangan ada pula soalan tanya aku bila pula. Aku tak buka kaunter pertanyaan pun. Siapa tanya soalan macam tu, ketiak dia hitam. Haha! Tanya la kalau nak ketiak hitam.

Selasa, 27 Mac 2012

Majlis Cukur Jambul Chinta Al-Jannah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Entri hari ni pasal kejadian yang berlaku pada 11 Mac 2012 yang lepas. Amboi, dah lepas dua minggu baru nak update? Aku baru dapat gambar la. Dan aku baru sempat edit petang tadi. Okay. Pada tarikh tersebut, bersamaan dengan hari Ahad, sepupu aku telah mengadakan kenduri akikah sempena dengan majlis cukur jambul anak kedua dia, Chinta Al-Jannah. Such a beautiful name kan?

Hampir semua ahli keluarga hadir pada hari berkenaan. Seperti biasa, kami tak guna perkhidmatan mana mana katerer, sebaliknya, kami bergotong-royong sediakan makan dan minum. Alhamdulillah, kami ada ahli keluarga yang cukup supportive, sedia membantu dan bekerjasama lebih lebih lagi apabila melibatkan kenduri kendara ni.

Since dah takde idea nak tulis apa lagi, apa kata kita layan gambar gambar yang aku sempat rakamkan pada hari kejadian.

Buai laju laju, sampai pokok sena, apa dalam baju, sekuntum bunga cina.

Keluarga bahagia Nur Chinta Al-Jannah.

Geng mengaji.

"Hensem la abang ni. Budak Lelaki Sebelah Pintu kan?" Okay. Tu dialog dalam hati dia.

"Kelakar la abang ni." Sekali lagi dialog dalam hati dia.

Krooohhh... Krooohhh... Krooohhh... Kriiinnnggg!!! Oh. Bunyi telefon rupanya.

Nenek kat belakang, cucu kat tengah, cicit kat depan.

Pisau cukur takde ke?

Tulang belakang kenduri kali ni.

Kat belakang pentas. Haha. Ada pulak pentas?

Aku kena terselit jugak.


potpetpotpet : Macam nak selsema balik.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com