Selasa, 27 Mac 2012

Majlis Cukur Jambul Chinta Al-Jannah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Entri hari ni pasal kejadian yang berlaku pada 11 Mac 2012 yang lepas. Amboi, dah lepas dua minggu baru nak update? Aku baru dapat gambar la. Dan aku baru sempat edit petang tadi. Okay. Pada tarikh tersebut, bersamaan dengan hari Ahad, sepupu aku telah mengadakan kenduri akikah sempena dengan majlis cukur jambul anak kedua dia, Chinta Al-Jannah. Such a beautiful name kan?

Hampir semua ahli keluarga hadir pada hari berkenaan. Seperti biasa, kami tak guna perkhidmatan mana mana katerer, sebaliknya, kami bergotong-royong sediakan makan dan minum. Alhamdulillah, kami ada ahli keluarga yang cukup supportive, sedia membantu dan bekerjasama lebih lebih lagi apabila melibatkan kenduri kendara ni.

Since dah takde idea nak tulis apa lagi, apa kata kita layan gambar gambar yang aku sempat rakamkan pada hari kejadian.

Buai laju laju, sampai pokok sena, apa dalam baju, sekuntum bunga cina.

Keluarga bahagia Nur Chinta Al-Jannah.

Geng mengaji.

"Hensem la abang ni. Budak Lelaki Sebelah Pintu kan?" Okay. Tu dialog dalam hati dia.

"Kelakar la abang ni." Sekali lagi dialog dalam hati dia.

Krooohhh... Krooohhh... Krooohhh... Kriiinnnggg!!! Oh. Bunyi telefon rupanya.

Nenek kat belakang, cucu kat tengah, cicit kat depan.

Pisau cukur takde ke?

Tulang belakang kenduri kali ni.

Kat belakang pentas. Haha. Ada pulak pentas?

Aku kena terselit jugak.


potpetpotpet : Macam nak selsema balik.

Selasa, 27 September 2011

Bukan Kenduri Kahwin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Rumah aku ada kenduri hari Sabtu yang baru lepas ni. Adrina Qamarina boleh tanya kenduri kahwin aku ke. Tak patut betul soalan macam tu. Gurau kasar nampak?

Actually, kenduri tu diadakan untuk ayah dan ibu aku. My parents nak pergi haji tahun ni. Tiba tiba je my parents kan? Sengaja nak bagi international sikit. Haha. Anyway, sebab tu buat kenduri ni jemput adik-beradik, saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan sejawat dan siapa siapa la.

Kitorang tak guna khidmat katering langsung. Semua makanan dan minuman kitorang sediakan sendiri. Kitorang tu mewakili pakcik makcik belah ayah aku dan pakcik makcik belah ibu aku. So, aku macam bangga gila sebab pakcik makcik belah ayah aku dan pakcik makcik belah ibu aku dapat bergabung tenaga sediakan semua makanan dan minuman pada hari tu. Kau boleh jealous sekarang sebab kau guna katering je kan? Eh. Boleh ke pakcik makcik belah ayah kau dengan pakcik makcik belah ibu kau gotong-royong macam kitorang? Haha. Berlagak tak? Okay. Aku nak istighfar sekarang. Astaghfirullah al azim.

Jom tengok BEBERAPA keping gambar yang telah berjaya aku snap.


















Sorry. Gambar aku macam tak banyak sangat sebab aku sibuk masa tu. Alhamdulillah. Kenduri telah berjalan dengan lancar. Kenduri started from 12 tengahari sampai la 9 malam. Sebab ada yang datang lewat sikit sebab memenuhi undangan lain dulu. Biasa la kan? Raya tak habis lagi. So, open house memang bersepah sana sini. Rezeki jangan ditolak beb!

Semoga Allah memberkati setiap apa yang kita kerjakan. Let's doakan ayah dan ibu aku mendapat haji yang mabrur.



potpetpotpet : Bila giliran aku nak pergi haji pulak?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com