Sabtu, 27 Mei 2017

Cara Atasi Gastrik Ketika Puasa Bulan Ramadan

Salam.


Aku tak pasti la kenapa setiap kali bulan Ramadan datang, masalah gastrik sering dijadikan alasan untuk tidak berpuasa. Haaa... Kalau betul betul sakit gastrik yang separuh mati tu, takpe la kita pun faham la juga kan? Tapi yang tak pernah gastrik sebelum sebelum ni, tiba tiba je gastrik masa bulan Ramadan. Kau dah kenapa? Haha! Emo pula aku.

Gastrik atau istilah perubatan dia gastritis ni sejenis penyakit keradangan pada dinding atau lapisan mukosa perut. Tanda-tanda gastrik adalah seperti ketidakselesaan pada perut, sakit perut, bahagian atas abdomen atau ulu hati, perut senak, berangin atau pedih, kembung, sendawa, loya, hilang selera makan atau turun berat badan.

Kat sini aku nak kongsikan tips berpuasa terutamanya dalam bulan ramadan untuk mereka yang mengalami masalah gastrik. Jom?

ELAKKAN
  • Makanan bergoreng
  • Makanan dalam tin (kerana kandungan asid yang tinggi)
  • Minuman bergas
  • Makanan atau minuman yang mempunyai asid yang tinggi (limau/oren/tomato)
  • Merokok
  • Makanan atau minuman tinggi kandungan kafein (teh/kopi)
  • Tidur sebaik sahaja bersahur dan berbuka
  • Berbuka dengan kuantiti yang banyak

AMALKAN
  • Berbuka dalam kuantiti yang sederhana
  • Jarakkan pengambilan makanan
  • Menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur
  • Jika ada ubat gastrik, makan sewaktu sahur. Jika ubat dua kali sehari, makan waktu sahur dan berbuka. Jika tiga kali sehari, makan waktu sahur, berbuka dan tengah malam sebelum tidur.
  • Minum banyak air masak (sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari)
  • Banyakkan makanan karbohidrat kompleks (beras perang/oat)

JAGA-JAGA
  • Jika kelihatan letih, pucat, lesu kerana komplikasi gastritis adalah luka pada perut dan kekurangan zat besi untuk pembentukan hemoglobin.
  • Kajian menunjukkan asid paling tinggi dirembeskan pada waktu tengah hari. Jika rasa pedih ulu hati yang berterusan, segeralah berjumpa doktor.

Sumber: "Sakit Gastrik Di Bulan Ramadhan" oleh Dr Ruhi Fadzlyana, Pakar Bedah

Sabtu, 16 Oktober 2010

Hilang | Edisi Tak Masuk Berita

Okay. Aku telah menghilangkan diri selama beberapa hari kau tahu. Dan aku tinggalkan blog handsome ni tanpa sebarang berita perkembangan daripada aku pulak tu. Haish. Mesti korang tertanya-tanya apakah dia perkembangan terbaru aku kan kan kan? Takpe takpe. Aku faham korang. Haha. Bajet lah kau ! Sepanjang kehilangan aku ni, aku dok busy dengan dinner bagi budak-budak kos aku yang berlangsung malam tadi. Oh. Aku antara sepuluh orang ahli jawatankuasa yang menguruskan dinner ni. Kira aku ni orang kuat kot. Haha. Sanggup ketepikan tesis aku tu demi semua ni. For your information, lepas ni aku akan bermati-matian tak tidur malam nak siapkan tesis tu. Haish.

Rindu tak budak lelaki ni ? XD
Seperti biasa, ada banyak masalah yang timbul sebelum dinner ni bermula. Pening kepala nak fikir balik. Kesimpulan dia, aku malas nak fikir dah. Haha. Nasib lah terubat sikit kekecewaan tu bila aku tengok dorang bergumbira tak ingat dunia ! Alhamdulillah. Nampaknya, hampir semua berpuas hati dengan dinner ni walaupun pada hakikatnya, banyak gilerrr dugaan yang datang. Kalau ikutkan hati, aku dah malas nak handle benda benda ni. Tapi, bila tengok dorang gelak gelak, nangis nangis, siapa tahu mungkin dinner seterusnya bakal menyusul. XD


potpetpotpet : Eh. Terima kasih sebab menyokong blog ni. Dah cecah angka 1000 pun. Syukur. Kalau anda rasa anda gumbira, tepuk tangan ! :')

Isnin, 11 Oktober 2010

Masalah Terkejut Mengejut

Hai hai. Apa khabar ? Moga sihat sejahtera hendaknya. Eh. Aku ada masalah ni. For your information, key SHIFT sebelah kiri laptop aku dah rosak. Masalah yang timbul ialah sebelum ni aku tak pernah pernah nak guna key SHIFT sebelah kanan laptop ni. Siriyes aku siriyes. Sekali pun aku tak pernah nak tekan dia. Haha. Sekarang aku sedang mengalami kesukaran untuk menekan key SHIFT sebelah kanan laptop ni haaa. Kekok gilerrr kau tahu. Entah bila aku nak gi betulkan.

Terima kasih ! Tak sangka rajin pulak korang nak komen status aku. XD
Aku saspek ramai kot dah tahu aku bakal berpraktikal kat mana tahun depan. Erk. Jeng jeng jeng. Aku praktikal kat SEREMBAN okay. Diulangi dengan gaya rapping, S to the E to the R to the E to the M to the B to the A to the N. Haha. I'm excited ! Tapi ada sikit cuak lah. XD


potpetpotpet : Aku belum sihat sepenuhnya lagi.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com