Isnin, 18 September 2017

Aplikasi Paparan Harga KPDNKK - Semak Harga Barangan Harian!

Salam.


Jadilah pengguna yang bijak dengan membuat perbandingan harga barangan terutamanya kat pasar raya yang sering dilawati. Siapa tak nak dapatkan harga barangan yang paling murah kan? Cuma leceh lah kalau terpaksa pergi setiap pasar raya yang ada berdekatan untuk mengenal pasti harga barangan kat mana yang paling murah dan berpatutan. Betul tak? Tapi tu dulu, sekarang tiada lagi masalah macam tu. Haaa... Bagi memudahkan pengguna serata alam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil inisiatif dengan satu aplikasi Android dan iOS yang dapat menyelesaikan masalah perbandingan harga. Nak jadi pengguna bijak? Muat turun aplikasi Paparan Harga sekarang!



Aplikasi Paparan Harga ni sebenarnya memudahkan pengguna untuk membuat semakan harga bagi lebih kurang 446 barangan harian mengikut lokasi kedai atau mana mana pasar raya yang ada kat Malaysia ni. Haaa... Aplikasi ni sangat membantu korang dalam merancang perbelanjaan terutamanya untuk barangan harian. Setakat hari ni, aplikasi Paparan Harga mempunyai 6 jenis kategori barangan:
  • Barangan segar
  • Barangan kering
  • Barangan berbungkus, pek, kotak atau botol
  • Susu dan barangan bayi
  • Produk kebersihan
  • Minuman


Aplikasi Paparan Harga ni sangat mudah digunakan. Haaa... Korang hanya perlu memilih barangan dan menetapkan lokasi pencarian. Lepas tu segala informasi yang korang perlukan akan terpapar berserta alamat kedai atau pasar raya yang berkenaan. Mudah kan? Rugilah kalau korang tak ambil kesempatan dengan kemudahan macam ni. Menerusi aplikasi ni, korang dapat membuat perbandingan harga barangan supaya mendapatkan nilai yang terbaik sebelum membuat keputusan membeli barangan keperluan harian. Terima kasih KPDNKK!

Muat turun aplikasi Paparan Harga kat bawah ni:



Selain tu, korang pernah dengar pasal Friends of KPDNKK tak sebelum ni? Friends of KPDNKK adalah merupakan satu keahlian sukarela dan diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membantu kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan, menjadi pemangkin kehidupan lestari, menjadi jurucakap kepada program-program kepenggunaan Kementerian dan menyampaikan maklumat kepenggunaan kepada masyarakat umum. Ni sedikit info mengenai Friends of KPDNKK:
  • terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia
  • perlu daftar untuk jadi ahli
  • ahli digelar sebagai Skuad Pengguna 1 Malaysia
  • banyak kelebihan menjadi Skuad Pengguna 1 Malaysia
  • KPDNKK mempunyai rakan niaga dari kalangan peniaga-peniaga berdaftar


Jadi apa tunggu lagi, marilah kita semua menjadi pengguna yang bijak!

#caringministry #penggunabijak #ketahuihakanda

Jumaat, 15 September 2017

AF Megastar 2017 - Senarai Lagu & Keputusan Konsert Mingguan

Salam.


Konsert AF Megastar diteruskan lagi dengan 12 orang peserta daripada 24 orang peserta selepas konsert minggu pertama dan minggu kedua. Kepada peminat setia Akademi Fantasia, mesti tak sabar dengan konsert mingguan AF Megastar yang menampilkan penyanyi-penyanyi berbakat besar seperti Syamel, Marsha, Idayu, Shahir, Adira, Bob, Amir Jahari, Indah, Sufi, Amir Masdi, Azhar dan juga Ewal. Nak tahu senarai lagu yang akan dinyanyikan pada setiap konsert mingguan AF Megastar? Nak tahu siapa yang dapat markah tertinggi? Dan nak tahu siapa pula yang tersingkir? Haaa... Jom tengok!

Senarai Lagu & Keputusan (Markah) Konsert Mingguan AF Megastar 2017

Minggu 3 Tema Tribute
Tarikh: 17 September 2017
Hari: Ahad

Senarai Lagu:


Adira
Lagu: Ikut Rentakku
Penyanyi: Jaclyn Victor

Amir Jahari
Lagu: Laskar Pelangi
Penyanyi: Nidji

Amir Masdi
Lagu: Hanya Kau Yang Mampu
Penyanyi: Aizat

Azhar
Lagu: Dalam Gerimis
Penyanyi: Visa

Bob
Lagu: Awan Yang Terpilu
Penyanyi: Ning Baizura

Ewal
Lagu: Bunga Pujaan
Penyanyi: Eddie Silitonga / Jamal Abdillah

Idayu
Lagu: Ya Maulai
Penyanyi: Siti Nurhaliza

Indah
Lagu: Tiada Lagu Tangisan
Penyanyi: Misha Omar / Aishah

Marsha
Lagu: Asmara
Penyanyi: Anneke Gronloh

Shahir
Lagu: Seroja
Penyanyi: S. Effendy / Jamal Abdillah

Sufi
Lagu: You Give Love a Bad Name
Penyanyi: Bon Jovi

Syamel
Lagu: Aku Takkan Bersuara
Penyanyi: Nike Ardilla

Keputusan (Markah):

Syamel - 58.6%
Marsha - 57.4%
Bob - 56.6%
Idayu - 56.4%
Shahir - 44.2%
Ewal - 41.3%
Sufi - 40.9%
Indah - 39.0%
Amir Masdi - 37.7%
Amir Jahari - 35.7%
Adira - 29.3%
Azhar - 17.1%

Tersingkir: Adira & Azhar

Minggu 4 Tema Rock
Tarikh: 24 September 2017
Hari: Ahad

Senarai Lagu:

Amir Jahari
Lagu: Pokok
Penyanyi: Meet Uncle Hussien

Amir Masdi
Lagu: Sejarah Mungkin Berulang
Penyanyi: Newboyz

Bob
Lagu: Saat Ku Idamkan
Penyanyi: Search

Ewal
Lagu: Potret
Penyanyi: Akim & The Majistret

Idayu
Lagu: Sesal Separuh Nyawa
Penyanyi: Alyah

Indah
Lagu: Chandelier
Penyanyi: Sia

Marsha
Lagu: Salam Untuk Kekasih
Penyanyi: Nadia

Shahir
Lagu: Jampi
Penyanyi: Hael Husaini

Sufi
Lagu: Sambutlah Kasih
Penyanyi: Loverhunters

Syamel
Lagu: Still Loving You
Penyanyi: Scorpion

Keputusan (Markah):

Idayu - 62.6%
Syamel - 54.6%
Bob - 51%
Marsha - 48.9%
Shahir - 42.6%
Indah - 40%
Amir - 35.7%
Amir Jahari - 28.2%
Sufi - 24%
Ewal - 20.9%

Tersingkir: Ewal

Minggu 5 Tema Mahakarya (Masterpiece)
Tarikh: 1 Oktober 2017
Hari: Ahad

Senarai Lagu:

Amir Jahari
Lagu: Viva La Vida
Penyanyi: Coldplay

Amir Masdi
Lagu: Lagu Untukmu
Penyanyi: Meet Uncle Hussien

Bob
Lagu: My Heart Will Go On
Penyanyi: Celine Dion

Idayu
Lagu: Lelaki Teragung
Penyanyi: Dayang Nurfaizah

Indah
Lagu: Lelaki
Penyanyi: Yuna

Marsha
Lagu: Terlalu Istimewa
Penyanyi: Adibah Noor

Shahir
Lagu: Pencuri Hati
Penyanyi: Ayda Jebat

Sufi
Lagu: Izinkan Ku Pergi
Penyanyi: Kaer

Syamel
Lagu: Hanya NamaMu
Penyanyi: Caliph Buskers

Keputusan (Markah):

Idayu - 54.7%
Marsha - 54.5%
Syamel - 47.5%
Bob - 46.5%
Indah - 44.6%
Amir Jahari - 43.4%
Amir Masdi - 42.1%
Shahir - 36.1%
Sufi - 18.8%

Tersingkir: Sufi

Minggu 6 Tema Ikon (Medley)
Tarikh: 8 Oktober 2017
Hari: Ahad

Senarai Lagu:

Amir Jahari
Lagu: Kau Di Hatiku & Orak Arek
Penyanyi: Zainal Abidin

Amir Masdi
Lagu: Sepi Sekuntum Mawar Merah & Pengemis Cinta
Penyanyi: Ella

Bob
Lagu: Balqis & Nirmala
Penyanyi: Dato' Siti Nurhaliza

Idayu
Lagu: Sangkar Cinta, Syurga Di Hati Kita & Kemelut Di Muara Kasih
Penyanyi: Ziana Zain

Indah
Lagu: Bila Larut Malam, Gelora & Jalan Bersama
Penyanyi: Saloma

Marsha
Lagu: Akhirnya Kini Pasti & Seksis
Penyanyi: Anita Sarawak

Shahir
Lagu: Jeritan Batinku & Di Mana Kan Ku Cari Ganti
Penyanyi: P. Ramlee

Syamel
Lagu: Gelisah & Budi Setahun Segunung Intan
Penyanyi: Ahmad Jais

Keputusan (Markah):

Bob - 57.3%
Marsha - 56%
Idayu - 55.3%
Amir - 53.2%
Amir Johari - 52.2%
Syamel - 46.3%
Shahir - 34.4%
Indah - 22.6%

Tersingkir: Indah

Minggu 7 Peringkat Separuh Akhir Tema Lagu Carta Hits & Duet
Tarikh: 15 Oktober 2017
Hari: Ahad

Senarai Lagu:

Amir Jahari
Solo: Sabar (Ismail Izani)
Duet: Kenangan Terindah (Samsons)
Artis Duet: Bams Samson

Amir Masdi
Solo: Kullul Hubbi (Mu'adz Dzulkefly, Noh Salleh, Aizat Amdan & Faizal Tahir)
Duet: Digarhayu (Siti Nurhaliza & Faizal Tahir)
Artis Duet: Siti Nordiana

Bob
Solo: Asal Kau Bahagia (Armada Band)
Duet: Hati Ini Telah Dilukai (Ajai & Krisdayanti)
Artis Duet: Dayang Nurfaizah

Idayu
Solo: Segala Perasaan (Siti Nurhaliza)
Duet: Karena Ku Sanggup (Agnes Monica)
Artis Duet: Azharina

Marsha
Solo: Menahan Rindu (Wany Hasrita)
Duet: Lay Me Down (Sam Smith)
Artis Duet - Jaclyn Victor

Shahir
Solo: Warkah Untukku (Ara)
Duet: Hello (Adele)
Artis Duet: Awie Rafael

Syamel
Solo: Sedalam-dalam Rindu (Tajul)
Duet: Di Pintu Mahligai (Iklim)
Artis Duet: Black

Keputusan (Markah):

Idayu - 59.1%
Bob - 55.4%
Marsha - 53.5%
Syamel - 46.5%
Shahir - 28.5%
Amir Jahari - 26%
Amir Masdi - 21.1%

Tersingkir: Amir Jahari & Amir Masdi

Minggu 7 Peringkat Akhir Tema Single Baharu & Bebas
Tarikh: 15 Oktober 2017
Hari: Ahad

Senarai Lagu:

Bob
Single baharu: Terbuang Dalam Pelukan
Komposer: Hafiz Hamidun
Lirik: Bob Yusof

Lagu pilihan: Bukan Dia Tapi Aku (Judika)

Idayu
Single baharu: Selamanya
Komposer: Amylea Azizan
Lirik: Amylea Azizan

Lagu pilihan: My All (Mariah Carey)

Marsha
Single baharu: Hilang
Komposer: Ezra Kong, Omar K & Dilyla Khalid
Lirik: Ezra Kong, Omar K & Dilyla Khalid

Lagu pilihan: Pilihlah Aku (Krisdayanti)

Shahir
Single baharu: Mama Jangan Pergi
Komposer: Shahir & Awi Rafael
Lirik: Shahir & Awi Rafael

Lagu pilihan: Tapi Bukan Aku (Kerispatih)

Syamel
Single baharu: Biar Cinta
Komposer: Syamel
Lirik: Syamel

Lagu pilihan: Seniman Menangis (Jamal Abdillah)

Juara: Idayu

Tahniah Idayu kerana menjadi juara AF Megastar!

Konsert AF Megastar 2017 Live Streaming

Salam.


Tu dia peserta-peserta kegemaran aku untuk AF Megastar 2017 ni. Syamel, Marsha, Shahir, Idayu, Amir Jahari dan Adira! Siapa yang follow Akademi Fantasia ni? Aku dulu lah, masa musim 1, 2, 3, 4 dan 5. Lepas tu dah tak follow sangat dah. Setakat tengok tengok macam tu je. Dulu aku ada Astro. Tapi bila bil Astro makin lama makin mahal, tu yang terus terminate tu. Lagipun takde siapa nak tengok sangat. Faham faham je lah Astro tu asyik ulang benda yang sama je. Bila dah takde Astro ni, macam mana nak tengok konsert AF Megastar ni? Haaa... Jangan risau, sekarang aku ada tiga pilihan. Jadi kalau korang takde Astro sama macam aku, korang boleh tengok konsert AF Megastar secara live melalui:

#1 YouTube

Sebenarnya korang boleh saksikan konsert AF Megastar secara live setiap minggu menerusi laman YouTube yang dimuat naik oleh channel Astro Gempak. Aku rasa setiap minggu Astro Gempak akan muat naik konsert AF Megastar ni. Sebab sebelum ni, Astro Gempak buat perkara yang sama dengan konsert mingguan Gegar Vaganza. Untuk minggu 3 dan seterusnya, aku akan update dari masa ke semasa.

Channel: Astro Gempak

Minggu 1 - Konsert AF Homecoming



Minggu 2 - Konsert AF Homecoming



Minggu 3 - Konsert AF Megastar Tema Tribute



Minggu 4 - Konsert AF Megastar Tema Rock



Minggu 5 - Konsert AF Megastar Tema Mahakarya (Masterpiece)



Minggu 6 - Konsert AF Megastar Tema Ikon (Medley)



Minggu 7 - Konsert Separuh Akhir AF Megastar 



Minggu 8 - Konsert Akhir AF Megastar



#2 Laman Web Astro Gempak

Selain dari YouTube, laman web Astro Gempak pun ada menyiarkan konsert AF Megastar secara live. Tapi sebenarnya laman web Astro Gempak menggunakan pautan yang sama dengan YouTube. Jadi takde beza dengan pilihan YouTube. Haha!

Link: http://www.gempak.com/af-megastar

#3 Facebook

Kalau tak nak tengok konsert AF Megastar versi live plus tu, korang boleh search sendiri kat laman facebook. Ye lah. Kadang kadang konsert AF Megastar versi live plus tu agak annoying juga. Haha! By the way, antara keyword yang korang boleh cuba taip kat ruangan search laman facebook tu:
  • Konsert AF Megastar
  • Konsert AF Megastar Live
  • Konsert AF Megastar Minggu
  • Konsert AF Megastar 2017

Kot ye pun korang excited tapi janganlah search waktu konsert tak mula lagi atau waktu konsert dah habis. Okay? Selamat menonton!

Kronologi Kes Kebakaran Pusat Tahfiz & Sekolah Agama

Salam.


Aku masih lagi tak boleh move on dengan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah yang meragut 23 nyawa, iaitu, 21 orang pelajar dan dua orang guru. Lagi lagi bila Berita Harian melaporkan wujud elemen meragukan apabila ada mangsa yang terselamat melihat tong gas kuning kat luar bilik asrama. Lepas tu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, pula berkata siasatan pihaknya mendapati kebakaran kat pusat tahfiz tu bukan berpunca daripada litar pintas. Aduh... Apalah salah pelajar pelajar tu... Semoga tiada unsur khianat atau kecuaian dalam kes kebakaran pusat tahfiz ni.


Tidak mahu menuding jari kepada mana mana pihak, aku harapkan isu keselamatan terutamanya kat pusat tahfiz dan sekolah agama akan mula dipandang secara serius lepas ni. Sebab ni bukan kali pertama pusat tahfiz dan sekolah agama terbakar. Adakah kita cuai dalam memastikan keselamatan penghuni pusat tahfiz dan sekolah agama? Atau kerana mentaliti yang tidak menghiraukan piawaian? Semoga kita ambil iktibar daripada kes kebakaran pusat tahfiz yang telah meragut 23 nyawa ni.

Sekurang-kurangnya 4 kes kebakaran pusat tahfiz dan sekolah agama yang melibatkan kematian:
14 September 2017
21 pelajar dan dua guru maut dalam kebakaran awal pagi di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
15 Jun 2013
Seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu, dekat Sungai Petani, Kedah, maut manakala dua rakannya cedera dalam satu kebakaran di asrama Maahad berkenaan.
17 Jun 1998
Tiga murid perempuan maut dalam kebakaran asrama Sekolah Rendah Agama Madrasah Al-Hidayah Tobiar di Pendang, Kedah.
22 September 1989
27 pelajar terkorban dalam kebakaran melibatkan lapan buah asrama Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah Al-Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya di Yan, Kedah.

Sepanjang tahun 2017, lebih kurang 10 laporan kebakaran pusat tahfiz dan sekolah agama di seluruh negara:
30 Julai
Dua blok asrama yang menempatkan 100 pelajar lelaki Maahad Tahfiz Al-Barakah di Sepang, Selangor musnah dalam kebakaran, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.
4 Julai
18 pondok penginapan Madrasah Addiniah Al-Latifiah di Pengkalan Hulu, Kelantan yang menempatkan 66 penuntut musnah dalam kebakaran, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
3 Julai
Bilik stor di bawah tingkat asrama yang didiami 68 pelajar perempuan di Sekolah Agama Maahad Al-Islah di Teluk Intan, Perak musnah dijilat api, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
30 April
30 pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah Mukim Lalang, Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan tinggal sehelai sepinggang apabila asrama penginapan mereka musnah dalam kebakaran.
17 April
Seramai 10 pelajar tahfiz Pondok Seri Permai, Pasir Puteh, Kelantan tinggal sehelai sepinggang apabila blok asrama mereka terbakar.
28 Februari
Sebanyak 40 pondok kediaman yang menempatkan 100 orang pelajar berusia 15 hingga 30 tahun di Pondok Al-Baghdadi, Tumpat, Kelantan hangus terbakar.
7 Februari
Seramai 73 pelajar perempuan Sekolah Agama Maran, Maran, Pahang tinggal sehelai sepinggang setelah asrama kediaman mereka musnah sepenuhnya dalam kebakaran.
16 Januari
Seramai 113 pelajar Pusat Pendidikan Islam an-Nuur atau lebih dikenali sebagai Pondok an-Nuur di Pantai Sepat, Kuantan, Pahang hilang tempat tinggal selepas asrama mereka musnah dalam kebakaran.
13 Januari
Seorang murid tahfiz cedera dalam kebakaran asrama Pondok Nurul Iman di Kampung Tanjung Batu, Nenasi, Pekan, Pahang.

Sumber: Bernama

Khamis, 14 September 2017

Pusat Tahfiz Terbakar - Senarai Nama Mangsa Terkorban

Salam.


Sebaknya melihat berita kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat yang telah meragut 23 nyawa. Innalillah wainna ilaihi roji'un. Moga dikurniakan syurga buat mereka. Kat bawah ni aku sertakan senarai nama mangsa yang terkorban.
  1. Muhammad Danieal Md Amin, 14
  2. Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13
  3. Muhammad Hasrullah Ismaik, 14
  4. Muhammad Haikal Abdullah, 12
  5. Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10
  6. Muhammaf Fahmie Abdullah, 11
  7. Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11
  8. Muhammad Aiman Ramzanudin, 12
  9. Azkar Dariemi F. Zaska, 8
  10. Nik Muhammad Ridzuan Bin Nik Azlan
  11. Azkar Abiedi F. Zaska, 11
  12. Umar Al Khatab Helmi, 6
  13. Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11
  14. Muhammad Nizammudin Nasrun, 13
  15. Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman, 11
  16. Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10
  17. Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16
  18. Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12
  19. Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13
  20. Muhammad Syafik Haikal Abdullah, 13
  21. Muhammad Zattulah Roslan, 11
  22. Mohd Yusuf Md, 26 (guru)
  23. Mohd Amrul Nizam Sakarno, 25 (guru)

Berdasarkan senarai kat atas ni, aku tengok mangsa kebakaran yang paling muda baru je berusia 6 tahun. Tak dapat aku nak gambarkan... Hmmm... Benar. Mati itu pasti. Tiada siapa yang dapat lari dari kematian. Salam takziah aku ucapkan kepada semua keluarga mangsa. Semoga tenang dan tabah dalam menghadapi dugaan ini. Al-fatihah.

888 Tea & Coffee - Minum Petang Dengan Hidangan Teh Dari 5 Negara

Salam.


Minggu lepas aku dapat jemputan untuk menghadiri majlis "Five Senses Tea Brewing Experience High Tea" yang dianjurkan oleh jenama 888 Tea & Coffee. Haaa... Kenapa lima deria? Kerana majlis hari tu cuba untuk memberi pengalaman kepada kita menikmati rasa, bau, pandangan, sentuhan dan bunyi semasa membancuh teh. Hebat tak? Majlis tersebut diadakan sempena ulang tahun ke-75 jenama 888. Dah sebaya atok atok nenek nenek kita dah.




Majlis istimewa hari tu telah memperkenalkan perbezaan teh daripada negara-negara seperti China, Indonesia, India, Kenya dan Sri Lanka. Setelah membancuh teh daripada kelima-lima negara tersebut, aku dapat lihat perbezaan dari segi warna, rasa dan bau. Warna teh yang paling pekat adalah teh dari negara Indonesia, diikuti Kenya, India, China dan Sri Lanka. Rasa teh yang paling kelat pula adalah teh dari negara Kenya, diikuti Indonesia, India, Sri Lanka dan China. Selain itu, setiap teh mempunyai aroma yang unik dan tersendiri. Aroma teh sebenarnya dipengaruhi dengan warna dan rasa teh tu. Boleh kata semakin pekat warna atau semakin kelat rasa teh, semakin kuat aroma teh tersebut. Sejujurnya aku suka dengan kesemua teh tu sebab aku memang suka minum teh selain kopi. Lagi lagi aku ni jenis minum teh yang memang tak letak gula langsung.







Dato' Ang Poon Chuan

Pada masa yang sama, majlis hari tu turut diserikan dengan kehadiran Dato' Ang Poon Chuan, orang yang bertanggungjawab membangunkan Thong Guan Industries Berhad. Sempat lah Dato' Ang Poon Chuan beri ucapan sepatah dua kata. Lepas tu aku dihidangkan dengan menu yang diberi nafas baru menggunakan teh daripada jenama 888. Nafas baru takpe, jangan nafas berbau. Haha! Jom tengok menu apa yang disajikan hari tu.

Go Green Nutritional Wrap




Homemade Black Tea Loaf with Salted Butter



Roasted Smoke Chicken




Black Tea Cookie & Rose Cake



Kenyangnya! Alhamdulillah. Lepas gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati, aku dan yang lain dijemput untuk naik ke tingkat paling atas (rooftop). Sambil menikmati pemandangan kat atas tu, aku hirup lah minuman yang disediakan. Tapi aku boleh lupa pula nama minuman tu. Haha! Takpe lah. Sedap juga minuman tu. Kalau aku tak silap dia campur dengan teh wangi ros jenama 888.



Terima kasih jenama 888 Tea & Coffee atas undangan! Tetap brew, tetap best! Sempat lagi laung slogan kan? Tapi sebelum tu, korang pernah dengar tak jenama 888 Tea & Coffee ni? Haaa... Kalau macam aku sendiri, aku kurang kenal dengan jenama 888 Tea & Coffee ni sebab aku dah biasa dengan jenama yang lebih popular. Jadi, undangan ke majlis ni sebenarnya membuka mata aku terhadap jenama 888 Tea & Coffee ni. Pada hemat aku, jenama ni pun tak kurang hebat dia, mempunyai kualiti tersendiri pada harga yang sangat berpatutan.

Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd (STGT)

Syarikat yang terletak di Sungai Petani, Kedah ini adalah merupakan pembuat dan pengedar terbesar teh, kopi dan pelbagai produk lain di Malaysia menggunakan jenama 888. Milikan penuh syarikat subsidiari Thong Guan Industries Berhad, iaitu, salah sebuah syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia sejak tahun 1997. Jenama 888 telah mengeluarkan lebih dari 2000 tan teh, kopi dan minuman bijirin dalam masa setahun. Haaa... Banyak tu! Tapi bukan setakatkan keluarkan macam tu je, siap ada penyelidikan dan pembangunan berterusan demi memastikan mutu penghasilan yang memuaskan buat para pelanggan dengan jaminan keselamatan makanan dari awal hingga akhir.


Teh Wangi Ros


Black Tea

Untuk pengetahuan korang, jenama 888 ni telah memperolehi:
  • ISO 22000 dari Standard Antarabangsa berkenaan pengurusan keselamatan makanan, GMP
  • Sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Sijil Halal dari JAKIM, Malaysia

Teh dan kopi jenama 888 ni telah diedarkan secara meluas di Malaysia dan juga dieskport ke negara-negara seperti Thailand, Brunei, China, Singapura, New Zealand, Hong Kong dan Taiwan. Bukan main sampai ke luar negara dia pergi. Jadi mana nak dapatkan produk jenama 888 ni? Senang je, korang boleh dapatkan di pasaraya utama di Malaysia seperti Tesco, Giant, Econsave, Mydin, Aeon Big, TF Value, NSK, Hero, Pasaraya Hwa Tai, KP Mart, Pasaraya Maslee, Sabasun, Servay Supermarket dan Pasaraya CKS. Nak aku senaraikan lagi tak? Cukup dah kan? Haha!

Sejarah Jenama 888

Pada tahun 1942, mendiang Ang Thong Guan berbasikal selama dua hari untuk meminjam wang sebanyak RM50 daripada bapa mentuanya dan memulakan perniagaan pengedaran teh jenama 888 di pasar tempatan di Sg. Lalang, Kedah. Bermula sebagai sebuah perniagaan keluarga, mendiang Ang Thong Guan telah mempunyai beberapa buah van yang mampu mengedarkan barangan jenama 888. Hasilnya? Jenama 888 semakin berkembang maju.


Piao Xiang


Organic Green Tea

Antara produk teh jenama 888:
  • 888 Teh Wangi Ros
  • 888 Teh Wangi Ros Lemon
  • 888 Black Tea / 888 Teh Ceylon

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenama 888 Tea & Coffee, korang boleh singgah medium rasmi kat bawah ni:



Apa tunggu lagi, dapatkan teh daripada jenama 888 Tea & Coffee sekarang!

Nasi Ayam Kampung Hainan & Bread O'Clock Di PappaRich Pavilion

Salam.


Sejak tahun 2006, PappaRich telah menyajikan makanan Malaysia yang kaya dengan nilai, rasa dan budaya. PappaRich menyediakan pelbagai jenis makanan di samping menjanjikan kualiti makanan dan perkhidmatan yang terbaik. Baru baru ni, PappaRich telah membuka cawangannya di Pavilion. Haaa... Bukan main lagi buka kat Pavilion tu. Bagus lah! Tak payah pening pening nak makan makanan Malaysia kat Pavilion tu sebab PappaRich dah ada kat situ.

Lokasi PappaRich Pavilion

Kat mana terletaknya PappaRich Pavilion ni? Turun kat aras paling bawah, iaitu, Aras 1. Haaa... PappaRich ada kat depan Mercato tu, berdekatan dengan Subway kat bawah tu. Senang kan nak cari?

Set Bread O'Clock



Hari tu PappaRich ada promosi menu baharu dorang, iaitu, Bread O'Clock. Korang hanya boleh dapatkan set Bread O'Clock ni kat PappaRich cawangan Pavilion je.  Serius, aku tak tipu. Haaa... Set Bread O'Clok ni adalah sejenis roti yang distim atau dibakar dengan pilihan mentega, kaya, susu pekat dan peanut butter. Terliur tak? Promosi ni datang sekali dengan minuman panas seperti kopi, teh dan cham. Harga set Bread O'Clock ni cuma RM8 je, berpadanan dengan saiz roti dan minuman yang termasuk sekali dalam set tu. Kalau ada yang nak tukar minuman panas tu kepada minuman ais, korang hanya perlu tambah RM1 untuk menikmati minuman ais pilihan korang.






Pilihan roti dalam set Bread O'Clock:
  • Roti stim dengan mentega dan kaya
  • Roti bakar dengan mentega dan kaya
  • Roti bakar dengan susu pekat
  • Roti bakar dengan peanut butter

Pilihan minuman dalam set Bread O'Clock:
  • Kopi O
  • Kopi
  • Kopi Cham
  • Teh O
  • Teh Tarik
  • Teh C
  • White Coffee
  • White Coffee 2-in-1

Set promosi Bread O'Clock hanya ada untuk sarapan pagi dan minum petang. Jadi, kalau korang rasa nak sarapan ringan ringan ataupun nak kopi kopi petang tu, singgah lah kat PappaRich. Pilihan aku untuk set Bread O'Clock adalah roti stim dengan mentega dan kaya, lepas tu dengan secangkir kopi cham. Korang ada secangkir? Haha! Pehhh... Terangkat!

Nasi Ayam Kampung Hainan (Stim)


PappaRich Pavilion ada menyediakan menu eksklusif, iaitu, Nasi Ayam Kampung Hainan (Stim). Kenapa eksklusif? Korang hanya boleh dapatkan menu tu di PappaRich Pavilion je setakat hari ni. Tapi siapa tahu lepas ni menu Nasi Ayam Kampung Hainan (Stim) ni boleh didapatkan di cawangan PappaRich yang lain pula. Istimewanya Nasi Ayam Kampung Hainan (Stim) ni kerana menggunakan ayam kampung dan dimasak secara stim. Memang sihat betul! Dah lah guna ayam kampung, masak pula secara stim. Sesuai lah Nasi Ayam Kampung Hainan (Stim) ni dengan harga RM19.90 kan? Ya.



Nasi yang ditanak secara stim dihidangkan dengan suku bahagian ayam kampung yang juga dimasak secara stim kemudian disertakan taugeh yang direbus dan semangkuk sup ayam. Pehhh... Memang padu beb! Ayam kampung dia pula sangat lembut dan penuh dengan rasa. Betul betul membuka selera aku hari tu. Tapi kalau korang jenis tak makan nasi atau jenis tak cukup lah suku bahagian ayam tu, ada juga pilihan tanpa nasi, iaitu, separuh bahagian Ayam Kampung Hainan (Stim).



Selain menu Nasi Ayam Kampung Hainan (Stim), ada juga menu best seller kat PappaRich ni, iaitu, Laksa Kari Udang Laut dan Nasi Lemak dengan Ayam Masak Kari. Pehhh... Aku sarankan korang rasa Laksa Kari Udang Laut dia, memang padu beb! Haha! Tapi aku tak tipu, memang sedap Laksa Kari Udang Laut tu. Kuah kari dia memang kaw kaw dia bagi. Selamat menjamu mata... Ehhh nak menjamu selera? Kena lah datang PappaRich





Untuk maklumat lanjut, korang boleh singgah kat laman rasmi PappaRich seperti kat bawah ni:


Aduh. Laparlah pula tengok gambar gambar kat atas tu.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com