Ahad, 29 April 2012

Review Filem The Avengers - Terbaik 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Sebelum masuk panggung, aku memang letak harapan yang tinggi kat The Avengers ni. Sebab aku rasa sangat kecewa dengan The Battleship sebelum ni yang pada aku sangat lemah daripada segi skrip dan lakonannya. Fortunately, aku tidak kecewa dengan The Avengers! Pada pendapat aku, The Avengers ialah filem terbaik 2012 setakat ini! Kepada kaki wayang yang belum tengok The Avengers, tolong tengok hari ni.

5 perkara menarik pasal The Avengers:
  • Skrip dalam filem ni dihasilkan dengan kemas dan diselitkan lawak lawak yang pada aku sangat spontan dan kelakar.
  • Kesan khas yang ditonjolkan memang mind-blowing.
  • Babak babak aksi yang hebat! Setiap watak berpeluang mempamerkan kehebatan masing masing apabila tiba babak babak bergaduh.
  • Aku suka dengan konflik yang timbul between Iron Man, Captain America, The Hulk, Thor, Black Widow and Hawkeye. Kita ada Iron Man, The Hulk dan juga Thor yang mempunyai ego sebab mereka tak pernah bekerja dengan orang lain atau menerima arahan daripada sesiapa. Berbanding dengan Captain America, Black Widow dan Hawkeye, mereka dah biasa bertindak mengikut arahan.
  • Barisan pelakon yang hebat! Setiap daripada mereka dapat menonjolkan keistimewaan masing masing tanpa menenggelamkan antara satu sama lain. Iron Man ada momen dia bila dia bawa pergi nuclear missile ke tempat lain. Captain America ada momen dia bila dia bagi arahan kepada polis untuk bertindak. The Hulk ada momen dia bila dia hancurkan kapal terbang musuh dengan sekali tumbuk je!

Aku tengok The Avengers pada hari Jumaat yang lalu. Aku terkejut bila tengok barisan yang beratur nak beli tiket wayang sebab aku jarang tengok barisan sepanjang tu. Dan tiket untuk filem The Avengers memang setiap masa selling fast. So, for those yang nak tengok The Avengers, nasihat aku, sila keluar seawal mungkin supaya kau tak dapat seat depan skrin. Lepas solat Subuh pon boleh terus keluar. Haha. As a conclusion, aku bagi:



potpetpotpet : Lepas ni Dark Shadows pula.

Selasa, 24 April 2012

Trivia Hari Jadi - Genap 24 Tahun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Semalam genap 24 tahun aku bernafas kat atas muka bumi Allah ni. Syukur sekali lagi, aku masih diberi kesempatan dan peluang untuk meneruskan peranan aku sebagai khalifah di dunia yang fana ni. Errr... Ayat macam jawab kertas peperiksaan agama islam spm je. Sesungguhnya aku manusia biasa, ada khilaf sana sini. Semoga Allah sentiasa membimbing aku pada landasan yang betul dan menuju keredhaan-Nya. Amin.

Aku tak dapat hadiah jam tangan mahal macam Adie. Haha! Aku gurau ye Adie? Jangan marah, nanti keluar suara angsa. For your information, family aku memang jarang main bagi bagi hadiah masa hari jadi. Kalau siapa dapat hadiah masa hari jadi dia tu kira untung la tu. So, aku takde la terasa sangat bila tak dapat hadiah hari jadi tu.

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian aku semalam, sempena dengan hari jadi aku. Therefore, aku senaraikan beberapa perkara tersebut sebagai trivia hari jadi aku yang ke-24. Check it out:
  • Aku terima lebih daripada 600 ucapan hari jadi daripada kawan kawan di facebook. Okay. Ni bukan nak menunjuk. Apa faedah kalau aku menunjuk? Macam la aku dapat buffered earning kalau menunjuk ni kan? For me, perkara ni bukan berlaku hari hari. So, I was gila punya excited bila tengok bilangan mereka yang telah menconteng kat timeline aku. Terharu! Aku anggap ni sebagai hadiah hari jadi daripada kawan kawan di facebook. Boleh?

Jumlah tak berapa sebenar.

Jumlah sebenar.

  • Aku dapat kad hari jadi yang sangat menarik pada aku. Dia post kat timeline aku dan aku rasa dia buat sendiri kad ni, guna photoshop barangkali. Tapi aku suka ayat dia, biarkan banyak hati jauh membenci, asalkan banyak hati dekat menyayang. Awww...

Terima kasih!

  • Kat sekolah, aku dapat sekeping kad ucapan dan seulas ferrero rocher. Haha. Terima kasih kepada anak didik yang berkenaan. You know who you are.

Sekejap je makan ferrero rocher tu. Tak sampai satu minit kot!

  • Mira sanggup tunggu tweet yang ke-23488 untuk wish happy birthday kat aku! 23488? Apa kaitan aku dengan nombor tu? For those yang tak tahu, I was born on 23 April 1988. Gila kan? Haha. Thank you! I'm honored. Tahun depan dah tak boleh buat la kan? Huaaa...




potpetpotpet : Simple but nice.

Sabtu, 21 April 2012

Selamat Hari Lahir Sayang!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Husna just turned 6 years old yesterday! Tahniah! Dah 6 tahun dah kan? Pejam celik pejam celik, Isnin ni genap la 24 tahun aku kat atas muka bumi ni. Eh? Ambil kesempatan nampak? Haha. For your information, Husna lahir pada 20 April dan aku pulak pada 23 April.

Pagi tadi aku sempat check akaun bank aku. Jangan tanya kenapa sebab aku memang tak tahu kenapa tiba tiba aku nak check akaun bank aku tu. Sekali tengok, wahhh! Gaji dah masuk! Om nom nom! Okay. Bunyi tu memang takde kaitan langsung.


Nasib la duit ni datang tepat pada masanya. Husna jugak yang untung. Since dah ada duit lebih, aku sempat belikan hadiah untuk Husna. Hadiah apa? Well, takde apa apa sangat, it's just a simple dress. Dan Husna sempat pakai dress tu sebelum masuk tidur! Cute je kan?




Aku tak beli kek tapi aku beli donut. Haha. Muak la makan kek. So, aku tukar selera dengan donut daripada big apple. Seronok jugak dapat makan donut instead of kek. Kalau ada lilin, mesti lagi comel kan letak lilin atas donut tu? Mungkin lain kali.


Okay. Cukup la untuk hari ni. Update panjang panjang pon bukan orang nak baca kan? Kita jumpa lagi ye? Nak tidur dah. Husna pon dah penat berjalan daripada pagi tadi. Tidur kena cukup baru la muka comel macam kat bawah ni:




potpetpotpet : Aku dah malas nak update blog dah.

Khamis, 12 April 2012

Kelebihan Baju Batik Tiap Hari Khamis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. I was so excited sebab tadi aku pergi kerja dengan memakai baju batik baru. Terima kasih ayah! Kalau aku, memang tak sanggup la nak keluarkan duit sebanyak itu untuk sehelai baju batik. Eh. Berapa harga baju batik tu? Shhh...

Edisi terlebih edit!

Kelebihan pakai baju batik pada hari Khamis:
  • Tak payah pakai tali leher.
  • Tak perlu masuk baju ke dalam seluar.
  • Kalau tak pakai tali pinggang pon takpe sebab kalau pakai, bukan nampak kan?

For your information, wardrobe aku ada dua helai baju batik je sebelum ni, satu warna biru, satu lagi warna kelabu. Kalau minggu ni aku pakai biru, minggu depan aku pakai kelabu. Aku rasa budak budak ni pon dah dapat agak baju batik apa yang aku akan pakai. Since aku dah dapat baju batik baru, sekarang aku dah ada tiga helai baju batik! Cukup la bagi seorang guru yang tak dapat penempatan lagi sejak Julai tahun lepas. Okay. Ayat last tu memang sedih.

potpetpotpet : Nak tambah lagi koleksi baju batik.

Selasa, 3 April 2012

Review Filem Wrath Of The Titans - Klise Tapi Menghiburkan

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Pada hari Ahad yang lepas, aku sempat menonton filem Wrath of the Titans secara solo. Haha. Solo ye. Kesian gila kan? Siapa la yang nak teman aku ni... Okay. Ayat bajet forever alone. Siapa tahu apa maksud wrath tu? Haaa... Maksud dia anger ye adik adik. Atau dalam bahasa melayu kita kata sebagai kemarahan atau kemurkaan.

Wrath of the Titans ni menceritakan bagaimana Perseus menyelamatkan bumi (konon konon la) setelah semua makhluk yang sebelum ni dipenjarakan dilepaskan oleh Hades serta kembalinya Kronos, bapa kepada Zeus, Hades dan Poseidon. Okay. Dah macam sejarah pulak banyak sangat nama pelik pelik ni.


Kekurangan:
  • Pada pendapat aku, storyline filem Wrath of the Titans ni agak klise. Orang baik lawan orang jahat lepas tu orang baik menang. Takde pembaharuan langsung. Sekali sekala apa salahnya tukar kepada orang jahat lawan orang baik lepas tu orang baik menang. Eh? Macam sama je?
  • Aku tak boleh terima watak Queen Andromeda. Dia dah la manusia biasa tapi macam mana dia boleh survive sampai habis filem ni padahal dia ikut Perseus ke hulu ke hilir? Nampak beno nipunya!
  • Setiap babak aku boleh agak apa yang akan berlaku seterusnya. So, takde babak yang berada di luar kotak pemikiran aku. Okay. Mungkin aku kena ambil alih tugas pengarah dia lepas ni.

 Kelebihan:
  • Kesan khas dan CGI yang hebat! Aku suka set dan visual laluan rahsia masa Perseus, Agenor dan Queen Andromeda cuba menyelamatkan Zeus daripada Ares. Di samping itu, rupa raksasa raksasa yang dipaparkan agak menakutkan.
  • Kita tak perlu tunggu sampai satu jam pertama untuk melihat aksi dalam filem Wrath of the Titans ni. Kalau aku tak silap, tak sampai 15 minit yang pertama kita telah disajikan dengan aksi pergaduhan antara Perseus dengan raksasa buruk mana entah. Frankly, memang takde masa untuk menguap sebab sepanjang masa kena menganga je tengok aksi aksi yang dipaparkan.
  • Nilai kekeluargaan iaitu hubungan antara anak dengan ayah menjadi tema utama kepada filem Wrath of the Titans ni.

Aku tak tengok Clash of the Titans. So, aku tak tahu sama ada Wrath of the Titans ni lagi best atau sebaliknya. Takde masalah kalau kau tak tengok Clash of the Titans yang telah ditayangkan pada tahun 2010 yang lalu sebab like I said, storyline dia predictable dan klise. Overall, filem ni menghiburkan dan tahyul semata-mata. Haha.




potpetpotpet : Lepas ni filem apa pulak?

Isnin, 2 April 2012

Minuman Nescafe Shake - Sedap Ke Tidak?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku tak tahu pasal Nescafe Shake ni. Mungkin sebab aku sangat jarang makan kat luar. Tapi pada hari Ahad yang lepas, aku hantar Nyaie balik Batu Pahat. Sebelum sampai kat kampung, aku dengan Nyaie singgah kat kedai untuk sarapan. Dan mata aku tertarik dengan poster Nescafe Shake yang terpampang kat dalam kedai tu. So, aku apalagi, terus order Nescafe Shake. Tahu tahu je aku ni hantu Nescafe.

Cuba tengok gelas dia macam mana:


Gila kau tak teruja? Tengok gelas dia bukan main seksi! Haha. Aku tak tahu pulak Nescafe Shake ni ada gelas khas dia. Kagum!


potpetpotpet : Tak mampu nak singgah setabak.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com