Ahad, 27 Februari 2011

Budak Lelaki Menghilangkan Diri Kerana Berkahwin?



Cehhh... Tajuk entri dah macam tajuk berita dalam surat khabar yang aku tak pernah dengar nama dia kat tepi tepi jalan tu. Okay. Kembali kepada topik yang hangat diperkatakan oleh aku secara sorang sorang, budak lelaki menghilangkan diri kerana berkahwin? Jeng jeng jeng. Sila rujuk gambar di atas. Ada macam gaya raja sehari tak? Atau gaya model baju hari hari? =.=


Kepada peminat peminat budak lelaki di luar sana, sila muntah sekarang sebab aku panggil kau peminat peminat sebab aku perasan artis sebab aku tak sedar diri sebab aku tak tahu sebab apa. Boleh? Aku busy beb. Tak dapat nak update blog secara siriyusss. Kesian aku tengok blog aku. Dah dua minggu blog aku menderita, tak dapat nafkah batin daripada aku. Dan sekalung penghargaan buat siapa siapa yang tak habis habis tanya pasal blog ni, tanya bila nak update. Demi kalian, aku update jugak. So, sila terharu sekarang. ;P


Kelmarin ada sambutan Maulidur Rasul kat sekolah. Gambar kat atas tu persalinan yang aku pakai hari tu. Amacam? Ada siapa siapa nak masuk meminang? Haha. Apa apa pon, aku cuma pinjam persalinan tu. Aku takde persalinan lawo lawo macam tu. Adeh. Paling dahsyat bila ada cikgu kata kalau dia ada anak perempuan, nescaya aku bakal dicalonkan dalam kategori menanti lelaki terkahwin. >.<


Semalam aku kena gi sekolah lagi, sempena dengan mesyuarat agung PIBG. Habis habis je, ada pulak pelajar pelajar nak ambil gambar dengan aku. Eh. Aku artis undangan kat mesyuarat agung PIBG ni ke? Haha. Sila tampar aku sekarang supaya aku tidak berterusan bongkak. T.T





potpetpotpet : Aku belum kahwin lagi.

Isnin, 14 Februari 2011

Contest Ada Apa Dengan Cinta?

Contest Ada Apa Dengan Cinta?


Contest ni dianjurkan oleh rakan blogger, Qarl. Dengar dengar, hadiah dia best gile. Rugi ah siapa tak join. Siriyes beb. Qarl tak nak beritahu apa hadiah dia sebab? Jeng jeng jeng. Qarl sengaja nak bagi korang menyesal kalau tak join. Haha. So apalagi? Cepat ah join! >.<


Aku tweet pasal cinta. Cehhh ... Tak jiwang langsong. =.=



potpetpotpet : Ringkas gile. Adeh. Aku ada banyak kerja ni. T.T

Ahad, 13 Februari 2011

Blogger Lelaki Bajet Terhangat Di Pasaran!

Aku balik Melaka pagi tadi. Aku dari Seremban. Eh. Tahu tak aku praktikal kat Seremban ni? Takpe takpe. Buat buat tahu je la. Aku bukan tahu kau tahu ke tak kan. Eh. Aku balik Melaka sebab nak ambil tong gas ni haaa. Nak bawak balik Seremban esok. Sebab? Aku nak tanam bunga kekwa kat atas tong gas tu. Boleh? Memang nak kena lempang sepoi sepoi bahasa ni. Adeh. Aku nak masak la beb! Sebab tu aku nak ambil tong gas tu, nak bawak gi rumah sewa. Jimat sikit. Walaupun aku tak reti masak langsung, diulangi langsung, aku boleh ugut hausmet hausmet aku yang lain masak. Ugut okay! Haha. :B


Tadi, Adie ada ajak aku gi gathering kat Melaka tu. Aku macam, ada gathering ke? Aku tak tahu pulak ada gathering kat Melaka. Hurmmm ... Macam mana aku nak tahu kan, aku dah jarang online sekarang, gara gara praktikal ni haaa. Siriyes beb. Tak sempat nak tengok blog sendiri, apatah lagi blog blog korang. Apa apa pon, terima kasih kepada korang yang sudi membazirkan masa skodeng skodeng blog aku ni. Aku terharu gile baca komen komen korang. Walaupun tak keluar air mata, tapi sebak tu terasa kat dada ni beb. Memang menusuk kalbu mencengkam jiwa meramas sanubari habis. Okay. Fine. Aku memang drama lebih. =.=


Aku dengan tak malu gile gi join gathering tu. Gathering tu start pukul 12.30pm. Cuba teka aku sampai pukul berapa? Sila teka sekarang. Boleh guna talian hayat dengan mendail nombor 999 sekarang. Eh. Dah dah. Dipendekkan entri, aku sampai sana dalam pukul 2.30pm! Siriyes beb. Kalau aku tak silap ah. Kot kot jam tangan aku cepat dua jam ke. Boleh? Jam korang cepat lima minit, jam aku cepat dua jam! Okay. Adakah aku telah over acting kali ni? T.T


Syafiq - Hizami - Adie - Hafiz


Kenal tak siapa tu? Ada Sandiwara Seorang Insan. Ada Budak Lelaki Sebelah Pintu. Ada Daniel Adie. Ada H To The World. Bajet terhangat di pasaran la tuuu. Bajet je lebih. Cehhh ... Korang boleh jeles sekarang. Haha. Jeles tak jeles tak? Anyway, aku ada satu rahsia ni. Lepas aku beritahu korang, kira dah tak rahsia lagi la kan? Hizami, Syafiq dengan Adie dulu satu sekolah! Siriyes beb. Aku tak tipu la. Adeh. Tak sangka pulak kitorang dipertemukan sekali lagi kat gathering ni. Aku dah lama gile tak jumpa Syafiq tu, adalah dalam 7 tahun beb. Tup tup, jumpa kat gathering ni. ;)



potpetpotpet : Terima kasih kepada mereka yang sudi bergambar dengan aku tadi walaupun aku agak selekeh. :P

Selasa, 8 Februari 2011

3 Alasan Seorang Blogger Apabila Tidak Sempat Update Blog

3 Alasan Seorang Blogger Apabila Tidak Sempat Update Blog

Ni alasan aku. Terang terang bukan alasan kau kan. So, jangan perasan. Haha.

Takde broadband nak online. Macam mana nak update blog? Ni pon curi curi broadband hausmet. Haha. Eh. Jangan beritahu dia okay? Konon konon kau kenal la hausmet aku kan. =.=
Takde mood langsung. Busy gile beb. Macam macam hal. Kejap hal rumah sewa la, kejap hal sekolah la. Dasat dasat. Nak tekan butang butang keypad laptop ni pon tak lalu, apatah lagi nak tekan butang on dia. Eh. Butang baju pon tiba tiba malas nak bukak. =.=
Takde idea yang datang mencurah-curah. Adeh. Ada banyak gile benda nak cerita. Tapi tak tahu macam mana nak cerita. Kesimpulannya, tak payah cerita la senang kot. Lega beb. Phewww ... =.=

On my very first day.


Thousands of stories to be told. Tapi aku takde masa nak taip semua tu. I just wanna say that now, I'm missing my old life. Or should I say, my so-called student life. Dah la. Aku nak masuk tido dah ni. Bajet mengantuk gile la kan. Padahal aku baru minum Nescafe je ni haaa. Dan cawan ni ada lagi kat sebelah aku. Nampak tak nampak tak? Ni aku siap angkat cawan ni haaa, nampak tak nampak tak? Demmm ... Aku ingat aku tengah webcam dengan kau. Boleh? Adeh. Macam mana nak tidur ni? Ada cadangan? Eh. Cadangan ditutup. Biar aku je yang bagi cadangan kat diri sendiri. Mungkin kena dengar lagu are you sleeping are you sleeping la kot. Okay. Bye! >.<



potpetpotpet : Semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku. Dan jutaan terima kasih buat semua yang sudi mengucapkan selamat di wall facebook aku. :')

Jumaat, 4 Februari 2011

Malu Gila Apabila Seorang Lelaki Tidak Tahu Menukar Tayar Yang Pancit



Aku boleh jadi sengal kat bawah jejantas ni haaa. Dasat dasat. Ni kes petang tadi ah. Aku gi jalan jalan pusing taman rumah sewa aku tu. Oh. Rumah sewa aku dekat gile dengan lebuhraya lekas. Kat belakang je pon. So, kalau kau nak lekas, kau kena lalu lebuhraya lekas supaya lekas sampai ke destinasi. Lekas lekas, sebelum terlambat! Siapa terlepas lebuhraya lekas, dia tak lekas lalu terlambat. Boleh? Nampak sangat aku takde idea nak tulis apa. =.=


Aku sampai kat depan rumah sewa betol betol dalam pukul 2.30 petang macam tu. Sampai sampai je, Kak Liza ada kat dalam rumah sewa tu. Kak Liza ni haaa tuan rumah kepada rumah sewa aku tu. So, aku pon borak borak la dengan dia. Lama jugak ah. Tambah tambah pulak, tayar kereta dia tiba tiba pancit. Aiseymennn. Aku takde pengalaman langsung beb. Macam mana nak tolong dia tukar tayar ni? Hurmmm. Tapi aku try jugak sikit sikit. Kesimpulannya, sama je macam aku tak buat apa apa. Boleh? Sila menangis sama sama dengan aku sekarang. T.T


Tak pasal pasal Kak Liza tu kol abang ipar dia. Haha. Sorry ah. Tak dapek den nak nolong eh. Takpe takpe. Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, aku dah tahu macam mana nak tukar tayar lepas ni. Yabedabeduuu! Secara tak langsung, aku bakal mula bajet hensem kalau kalau ada tayar kereta yang pancit lepas ni. >.<


potpetpotpet : Tayar kereta kau tak nak pancit sekarang? =.=

Khamis, 3 Februari 2011

Bosan? Tak Tahu Nak Buat Apa? Jadi Nak Buat Apa?

Merah pekat beb!


Bosan bosan tadi, aku ajak adik aku dengan kawan dia gi tengok wayang. Eh. Sebelum tu, meh sini aku nak cerita panjang sikit. Sila baca dengan teliti bagi membosankan lagi suasana. Cerita bermula apabila adik aku bawak kawan dia bercuti kat rumah ni haaa. Adik aku study kat Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Kawan dia tu orang Sarawak. Sempena dengan cuti Tahun Baru Cina ni, adik aku bawak dia balik Melaka sekali. Agak membazir kot nak balik Sarawak? Cuti tak sampai seminggu pon. Lain ah kalau kalau Sarawak tu belakang Cyberjaya. =.=


Masa kat kaunter tu, aku tak tahu nak tengok cerita apa. Agak lama jugak aku mentafsir setiap poster yang ada. Nak tengok Shaolin, dorang tak cukup umur lagi. Nak tengok Haq, aku takde selera pulak. Nak tengok Mr & Mrs Incredible, cerita apa pulak tu? See? Kau pon tak tahu kan? Adeh. Nak tak nak, aku decide la beb. Dengan mengaplikasikan konsep hutang emas boleh dibayar, aku telah memilih The Green Hornet sebagai pilihan terpilih yang dipilih. Konsep tu memang tak boleh belah. =.=


Dari kiri, kawan adik aku dengan adik aku.


I know what you did last raya la, cerita tu dah lama kan? Tapi nak buat macam mana, dah tu je cerita yang tinggal. Hentam je la. Hurmmm ... Siapa kata The Green Hornet tak best? Siapa siapa? Aku takde la nak kata best. Biasa biasa je la kot. Entah. Dah la watak The Green Hornet tu annoying gile. Rasa nak baling sebijik popcorn kat skrin tu. Nak baling banyak banyak, membazir tuuu. Haha. Annoying gile wa cakap sama lu. Kalau dia mati dalam cerita tu pon, aku tak kecewa langsung. Tak perlu kot sampai nak kecewa? =.=



potpetpotpet : Esok jumpa di Seremban!!!

Rabu, 2 Februari 2011

Apa Kau Rasa Bila Kau Cuma Dapat Pakai Baju Baru Sekali Sahaja?

Aku baru beli t-shirt berkolar hari tu. Bajet nak guna masa praktikal nanti la kan. So, hari tu aku ada pakai baju tu. Wow! Smart ah. Kata aku kepada diri sendiri. Kemudian, aku pon paksa kawan aku snap gambar aku memakai baju tu. Memang aku paksa pon. Nak bagi nampak kejam sikit. Amacam? Oh. Aku tengok gambar aku memakai baju tu. Buruk la pulak. Takpe la. Tak jadi nak upload. =.=


Next, lepas dah pakai baju, kena buat apa wahai adik adik sekalian? Ya. Kena membasuh baju tu wahai adik adik sekalian. Sebelum membasuh, aku telah mengawet baju tu selama beberapa hari kat dalam baldi. Sebab? Mesin basuh kat rumah aku rosak, tiba tiba kena angkut gi kedai, nak repair. Adeh. Bila dah dapat mesin basuh tu semula, aku meneruskan impian aku yang terpendam selama ni iaitu membasuh baju tu. Impian okay! Lepas membasuh, apa pulak wahai adik adik sekalian? Takpe takpe. Nanti aku cuba buat tutorial pasal ni. Boleh? Tak larat aku nak tanya satu satu. Macam la kau layan aku cakap sorang sorang ni kan? Adeh. =.=


Tadi baju tu dah kering. Adik aku tanya aku, apahal ada lubang lubang kat baju aku tu. Aku macam, biar betul? Lubang apa pulak ni? Aku terus check laju laju. Wow! Wow! Wow! Sejujurnya, aku tak sebut wow sebanyak tiga kali pon. Sejujurnya, aku tak sebut wow sebanyak dua kali pon. Sejujurnya, aku tak sebut wow sebanyak satu kali pon. Sejujurnya, aku tak sebut apa apa pon. Boleh? Aku tengah geram sampai tak boleh nak kata apa apa. Arggghhh!!! Aku baru pakai sekali je baju tu. Macam mana boleh ada lubang lubang tu? Demmm ... Siamang punya lipas! Atau tikus? =.=


Happy Chinese New Year!!! ;)



potpetpotpet : Orang tamak selalu rugi. Aku tamak? Mungkin la kot. T.T

Selasa, 1 Februari 2011

Design Blog Paling Comel Setakat Ini

Terima kasih daun keladi! Kepada siapa pulak ni? Jeng jeng jeng. Perlu ke sampai nak buat bunyi-bunyian bagi saspen? Saje je. Takkan tak boleh kot? Eh. Aku tercakap sorang sorang pulak. Terima kasih wahai Gadis Cicak & Lelabah! Sebab? Sila bukak mata kau besar besar sekarang. Nampak tak nampak tak? Ni haaa blog aku ni, dah tukar design dia kot. Lawo gile beb! Siriyes. Aku memang salute habis dengan Gadis Cicak & Lelabah tu. Bertuah la siapa dapat kahwin dengan dia. Sebab? Boleh dapat perkhidmatan percuma design blog tuuu. Erk. =.=


Macam mana pulak Gadis Cicak & Lelabah ni tiba tiba boleh nak tukar design blog aku ni? Sebab aku dah kahwin dengan dia la. Boleh? Haha. Okay okay. Aku join Contest Nak Menang Blog Header Makeover ni pada suatu masa dulu. Cehhh ... Bajet macam lama je bunyi dia. Adeh. So, ni la hadiah dia. See? Dah lawo dah blog aku ni kan? Eh. Kau boleh mogok sekarang sebab blog kau tak lawo macam blog aku. Dan aku memang kejam malam ni sebab aku tak tahu nak taip apa lagi dah. =.=


Aku suka gile dengan header ni! ;)


Siapa nak tukar design blog?
Sila hubungi Gadis Cicak & Lelabah sekarang.
Eh. Dia takde jual cicak dengan lelabah.
Kau jangan nak pandai pandai order cicak la lelabah la kat dia.
Terajang nak terajang nak?



potpetpotpet : Apa kau rasa?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com