Rabu, 30 Mac 2011

Gambar Pilihan Minggu Ini - Biodata Cikgu

Aku tengah syok syok tanda buku latihan, tiba tiba boleh terjumpa ni!!!



potpetpotpet : Lecturer aku datang tadi. Errr... Esok la aku cerita! XD

Isnin, 28 Mac 2011

Teaching Aids! Erk. Mengajar Aids?

See? My teaching aids maaa...


Aku tak ajar budak tadika. Tapi aku ajar budak tingkatan satu. Tapi aku macam ajar budak tadika pulak kan. Tapi tak kisah ah. Erk. Apa yang penting, aku seronok gile walaupun agak penat masa nak buat segala menatang teaching aids tu. Tak kisah la apa korang nak kata, mungkin seperti - teaching aids banyak pon tak guna kalau budak tak faham satu kejadah pon. Well. Aku setuju sikit sebab aku tak setuju sikit. Apakah?


Teaching aids ni merupakan salah satu pendekatan untuk memudahkan dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kalau kau guna something yang menyukarkan dan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, tu nama dia bukan teaching aids!!! Habis, apa nama dia? Tu nama dia teaching aids kepala hotak kau!!! Haha. Dah nama pon teaching aids, maka, dijamin ah dapat membantu budak. Kalau tak dapat membantu budak, tu siriyes bukan teaching aids wa cakap sama lu. Jadi, guru kena bijak memilih teaching aids yang bersesuaian. Plus, teaching aids yang banyak dan pelbagai dapat menggambarkan kesungguhan guru dalam menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang terbaik.


Jadi, teaching aids yang aku maksudkan takde kena mengena dengan mengajar aids. Aids mana pulak kan? Aids penyakit tu ah. Haha. Sila tepuk dahi sama sama. =.=



potpetpotpet : Be positive! ;D

Jumaat, 25 Mac 2011

Kau Guna Gambar Aku Lepas Tu Kau Add Akaun Facebook Aku??? Kau Memang Teeettt!!!

Klik sampai besar!


See? Ni aku tak puas hati ni. Dah la guna gambar aku, lepas tu boleh pulak kau add akaun facebook aku? Demmm... Kau memang annoying gile beb. Entah macam mana kau boleh slumber badak add akaun facebook aku ni kan. Apa kena dengan kau ni haaa? Kau sengaja nak bagi aku sakit hati ke haaa? Eh. Tiba tiba roh Nasir Bilal Khan datang kan. Adeh. Kau bajet kau handsome sangat ah tu? Guna gambar aku suka suka hati? =.=


Hurmmm... Okay. Fine. Kau guna je la gambar aku tu. Ni aku nak buat pengakuan sikit. Aku memang upload semua gambar aku ni semata-mata untuk kau. Dan sebab tu aku ada letak cop nama aku kat gambar yang kau guna tu. Anyway, aku ada banyak lagi gambar kalau kau nak guna. Jadi, aku nak bagi satu cadangan ni. Kalau boleh, kau buat la setiap satu gambar aku tu satu akaun facebook. Biar meriah sikit facebook ni dengan gambar gambar aku. Boleh? =.=



potpetpotpet : Entah.

Lelaki Seksi?



Lelaki seksi? Okay. Fine. Aku salah baca. Seksis rupanya. Adeh. Baru nak perasan seksi. Kenapa kata seksis? Kenapa tak kata seksi? Demmm... Aku tak kira. Aku tetap baca seksi!!! =.=



potpetpotpet: Good things sometimes come in small packages. ;D

Khamis, 24 Mac 2011

Sharifah Amani - Dah Beri Betis, Nak Peha Pulak!



Wow! She's gojes bebeh! Haha. Aku dah terbeli majalah InTrend keluaran April 2011!!! Fuhhh... Tak pernah pernah aku nak terbeli majalah majalah macam ni. Apahal pulak aku tiba tiba sanggup membuang tabiat ni? Hurmmm... Kau tengok ah Sharifah Amani tuuu... Bak kata pepatah, dah beri betis, nak peha pulak! Erk. Pepatah tu macam tak perlu kot? Lantak ah. Lantak, Lan botak, Lan makan tahik katak. Yang penting, aku nampak betis dengan peha dia. Adeh. Sampai terberdarah hidung aku tengok dia beb! Tak pasal pasal kena cop gila seks pulak nanti. Anyway, aku kalau boleh nak paksa korang beli majalah ni even korang bukan pembaca setia majalah ni sama macam aku. Haaa... Kenapa pulak kan? Klu dia ialah muka surat 142. ;P



potpetpotpet : Bersambung nanti. XD

Rabu, 23 Mac 2011

Lagu Wajib Karok!



Adeh. Aku nak kongsi salah satu lagu wajib karok aku dengan korang. Ni entry berkonsepkan melukut di tepi gantang semata-mata. Entry yang tidak mendatangkan apa apa faedah. Cehhh... Dah tahu takde faedah, apahal pulak nak update kan? Well well well. Aku memang sengaja buat hal update entry sengal macam ni. Haha. Eh. Nak dengar ke? Sila tekan play button. Kalau korang takut hidung korang berdarah semasa mendengar suara baik punyer cilok aku, baik korang tekan play button lepas tu picit mute serta merta. Melalui kaedah ni, sama je macam korang tekan X button kat sebelah kanan tu. Sengal tak bila aku explain semua pointless points ni? =.=


 Sila sedu sedan sekarang.



potpetpotpet : Jom karok!

Isnin, 21 Mac 2011

Budak Lelaki Sebelah Pintu Punca Kesesakan Lalu Lintas Terbanyak!



Berani brader tu kata aku punca kesesakan lalu lintas terbanyak kat blog dia? Cisss... Tak boleh jadi ni. Betul betul tak boleh jadi ni. Apa nak jadi, jadi ah! Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadiii... Boleh? Sila abaikan. Anyway, brader tu siap tunjuk bukti lagi, siap print screen pulak tu!!! Dasat dasat. Aku tak mampu nak membuat kenyataan balas bagi menafikan tuduhan yang dilemparkan. Adeh. Aku rasa baik aku diam je ah. Malas nak kecoh kecoh.




Ni aku nak story sikit. Aku tak tahu kenapa aku suka gile beb. Sebab apa pulak kan? Jeng jeng jeng. Bila aku check bahagian keywords, cuba teka keywords apa paling banyak? Haaa... Budak Lelaki Sebelah Pintu! I was like, biar betik? I thought that people suka cari something yang lucah, atau something yang mempunyai unsur-unsur seksual. Tapi kan... Tapi kan... Tapi kan... Aku tak sangka pulak ada dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan makhluk suka cari Budak Lelaki Sebelah Pintu. Cehhh... Mula nak bongkak la tuuu... =.=


Sila klik gambar ni bagi mendapatkan visual yang besar lagi gedabak.



potpetpotpet : Ada latihan rumah sukan petang ni.

Sabtu, 19 Mac 2011

Stefano Langone | The Next American Idol?

Siapa tengok the latest season of American Idol? In my opinion, American Idol's tenth season ni dijamin menyajikan keistimewaan yang tiada tolok bandingnya. Cehhh... Cakap macam nak iklan. Haha. Kenapa aku begitu yakin sekali? Sebab aku tengok para peserta kali ni unik gile.


Ada suara husky siap growling lagi - Haley Reinhart.
Ada suara high pitch gile - James Durbin.
Ada suara soul habis - Jacob Lusk.
Ada suara jantan sejantan jantannya - Scotty McCreery.
Ada suara annoying wa cakap sama lu - Paul McDonald.
Ada suara lemak merdu - Thia Megia.
Ada suara sedap didengar - Stefano Langone.
Ada suara country - Lauren Alaina.
Ada suara seorang diva - Pia Toscano.
Ada suara biasa biasa je - Karen Rodriguez.
Ada suara yang aku tak suka langsung - Casey Abrams.


Haha. See? Menarik kan? Now, tinggal Top 11. And Karen Rodriguez became the second finalist sent home from American Idol's tenth season. Sekali lagi, 3 girls have received the fewest votes. Adeh. Aku yakin that next week, another girl will be sent home.


Anyway, aku nak story pasal favorite contestants aku. Hehe. I have two! One is Stefano Langone, and the other one is Haley Reinhart. Let me start with Stefano Langone. Aku bajet dia bakal jadi American Idol kali ni, based on his performances. Stefano Langone reminds me of David Archuleta. Haha. Dia nampak sungguh sungguh bila nyanyi. Dan salah satu habit dia masa dia nyanyi kat atas pentas ialah tutup mata! Feel tuuu... For those yang tak tengok American Idol, Stefano Langone dapat jadi finalist melalui wild card je pon. ;D



One of his best performances.


Next, Haley Reinhart! Wow! Aku suka gile dengan suara dia. Haley Reinhart's gifted. Dengan suara serak serak basah macam tu, I think she'll go far in this competition with the right song choices. Kalau dia salah pilih lagu, dia mungkin akan terkeluar pada minggu hadapan. Kenapa aku cakap macam tu pulak kan? Jeng jeng jeng. Dah dua kali kot Haley Reinhart ni tersenarai sebagai tiga peserta yang mendapat undian paling rendah. Demmm... I do hope she'll make it to the final. She deserves it!



 She's so good!



potpetpotpet : Who's your favorite?

Man Juara Raja Lawak (2011) Musim Ke-5! Edisi Aku Pon Nak Update Jugak!

Ada R2. Ada Balas. Ada Man.


Persembahan pembukaan nyanyian beramai-ramai oleh para peserta Raja Lawak musim ke-5 yang dah agak menarik. Siap menari menari tuuu... Syabas bebeh! Paling tak boleh belah, bila Johan sekali lagi buat lawak Jamal Abdillah ni. Dan kenapa lawak Jamal Abdillah ni tak pernah membosankan? Adeh. Sengal gile Johan ni. Tak habis habis dengan lawak Jamal Abdillah dia. XD


Pusingan 1
In my opinion, the first round ended in a tie between Balas and R2. Both of them were equally funny. Tapi kan, lawak Balas dengan R2 ada unsur lucucah sikit. Lucucah? Lucu tambah lucah! Haha. Boleh? So, macam mana dengan Man pulak? Hurmmm... Kureng sikit nampaknya.


Pusingan 2
Man was better than Balas. Entah. Aku tak berapa nak paham lawak Balas kali ni. Apakah? Man pulak membawakan isu mat rempit yang dia pernah bawak dulu. Surprisingly, he was funny. But, I was expecting more from him. Sebab aku tahu dia lebih lawak daripada tu. Cehhh... Konon konon ah kan. R2? Okay la. As a conclusion, the second round went to Man.


Apa apa pon, tahniah Man kerana telah berjaya menjadi juara Raja Lawak musim ke-5! Masa awal awal pencarian Raja Lawak ni bermula, aku tak expect pon Man boleh jadi juara. Tapi Man telah berjaya menunjukkan peningkatan yang dahsyat dalam setiap persembahan. So, Man memang layak bergelar juara kali ni. ;)



potpetpotpet : Aku memang tak boleh belah dengan David Teo ah. Dia patut masuk Raja Lawak kot.

Khamis, 17 Mac 2011

Aku Jumpa Contest Paling Senang Di Dunia! Sila Percaya!



Cehhh... Mentang mentang aku kata aku jumpa contest paling senang di dunia, gambar yang ditonjolkan kali ni secara tak sengaja mempamerkan wajah sedikit riak. Boleh? Astaghfirullah al azim. Ngeee... Anyway, here's a new contest by Dunia Gadis Si Bintang Biru dan Saya, Blog Dan Dot Dot Dot. Wow. Sampai dua orang blogger sekali? Dasat dasat. Dah macam kes nak gi tandas pulak dah kan. Biasa ah. Nak gi tandas ni kena berteman sebab takut sorang sorang. What the? Tiba tiba bagi contoh yang takde kena mengena. =.=


Apakah spesies contest yang dianjurkan oleh Dunia Gadis Si Bintang Biru dan Saya, Blog Dan Dot Dot Dot ni sampai aku bajet contest ni paling senang di dunia? Jeng jeng jeng. Sila berdebar-debar sekarang. Nak tahu tak nak tahu tak? Boleh klik pautan kat bawah ni. ;)




Masalahnya sekarang, tak susah langsung kot! Semua gambar blogger femes, kecuali gambar blogger kedua tu je yang suam suam kuku. Adeh. Rugi gile kau tak join. Siriyes wa cakap sama lu. Siapa tak join contest ni memang tolak rezeki ah. Apalagi? Join ah! Senang gile beb. Dah dah. Aku kata join sekarang! Kau tak reti reti lagi? =.=



potpetpotpet : Aku naik penimbang berat elektronik tadi. Eh. Penting ke beritahu elektronik? Haha. Guess what? I gained some kilos!!! T.T

Rabu, 16 Mac 2011

Katy Perry + Rihanna + Adele + Pixie Lott + Natasha Bedingfield = Jessie J



Wow! Katy Perry + Rihanna + Adele + Pixie Lott + Natasha Bedingfield = Jessie J? Like, seriously? Betul ah. At least, in my opinion. Haha. Jessie J, born Jessica Ellen Cornish in Redbridge, is a British singer and songwriter. Jessie J mula mencipta nama when she began writing tracks for artists, including Miley Cyrus. Haaa... Sila teka lagu apa sekarang. Ce teka ce teka! Tak tahu? Cesss... Have you heard of Party In The USA? That song is the most successful track she co-wrote. Interesting kan? >.<


Jessie J tampil dengan album pertama yang menggunakan judul Who You Are atau Kau Siapa. Haha. For me, the album is quite good, or interesting? Hurmmm... I read a lot of reviews about Who You Are ni. Most of them have said that Jessie J doesn't sound original. But why? Kalau kau dengar lagu lagu Jessie J dalam Who You Are ni, kau mesti rasa macam kau tengah dengar sikit sikit suara Katy Perry, Rihanna, Adele, Pixie Lott dan Natasha Bedingfield. 0.0


Anyway, Who You Are offers 13 new tracks. And Jessie J co-wrote all of the songs in this album. Impressive! For your information, I'm a brand new fan of Jessie J! I adored her attitude instead of her multi-octave voice. She delivered songs with confidence money can't buy. Jom tinjau tracks dalam Who You Are ni. No matter la people kata Jessie J takde identiti pon. As long as she's awesome in my eyes! ;)

  1. Price Tag
  2. Nobody's Perfect
  3. Abracadabra
  4. Big White Room (Live)
  5. Casualty Of Love
  6. Rainbow
  7. Who's Laughing Now
  8. Do It Like A Dude
  9. Mamma Knows Best
  10. L.O.V.E.
  11. Stand Up
  12. I Need This
  13. Who You Are

Listen To These: Price Tag, Nobody's Perfect, Abracadabra, Big White Room, Do It Like A Dude and Mamma Knows Best.

Her first number 1 single!
 
 
Kalau kau nak dengar sikit sikit suara Katy Perry, kau gi dengar Abracadabra. Kalau kau nak dengar sikit sikit suara Rihanna, kau gi dengar Do It Like A Dude. Kalau kau nak dengar sikit sikit suara Adele, kau gi dengar Big White Room. Kalau kau nak dengar sikit sikit suara Pixie Lott, kau gi dengar Mamma Knows Best. Kalau kau nak dengar sikit sikit suara Natasha Bedingfield, kau gi dengar Nobody's Perfect. How? Dah macam album kompilasi lagu lagu sedih sampai terkeluar hingus pulak dah. Adeh. Overall, aku nak bagi berapa bintang ni?




potpetpotpet : Aku gile muzik!!!

Salah Satu Daripada Tugas Guru Yang Kau Ingat Senang Tapi Bapak Gile Susah Wa Cakap Sama Lu!

Haaa... Apa dia salah satu daripada tugas guru yang kau ingat senang tapi bapak gile susah wa cakap sama lu? Eh. Perlu ke aku ulang tajuk entri? Lantak ah. Masalahnya sekarang, kau tahu tak? Kalau tak tahu tu, buat cara tak tahu. Yang kau nak buat buat tahu tu kenapa? Erk. Tiba tiba aku nak marah ni apahal pulak kan. Just please abaikan. Haha. Aku memang sengaja menyelitkan sinetron pada perenggan pengenalan kali ni. Biar nampak saspen sikit. =.=


Back to the topic, tugas tersebut ialah MARKING!!! Hoyeh hoyeh!!! Tiba tiba je aku bersorak. Boleh? Okay. Aku siriyes ni beb. Ingat senang ke nak tanda kertas jawapan pelajar? Gile susah wa cakap sama lu. Dan aku tak kata pasal tanda kertas jawapan objektif. Kalau kertas jawapan objektif tu, kacang kuda je nak tanda. Tutup mata pon aku boleh buat ah! Eh. Berlagak sikit sikit takpe kan? =.=




Ni aku kata pasal tanda kertas jawapan subjektif ni. Kalau kertas jawapan subjektif ni, memang kau boleh mula menangis sekarang. Bak kata pepatah, tak semudah ABC sebab kau kena tanda dan bukan mengeja. Jadi, completely takde kena mengena dengan ABC. Okay. Aku sendiri pening apa yang aku cuba sampaikan. >.<


Kadang kadang, ada pelajar yang tak dapat menjawab soalan dengan tepat. Jadi, aku kena ah pandai pandai nak bagi markah. Senang cakap, aku kena check betul betul, tengok mana mana bahagian yang boleh dapat markah. Dan aku kena tahu sebab kenapa bahagian tu aku bagi markah. So, nanti bila ada pelajar tanya kenapa dia tak dapat markah macam pelajar lain, senang aku nak explain. Nak baik hati sangat bagi markah pon tak boleh jugak. Haha. Kalau nak jugak dapat markah, kena rasuah sikit. Okay. Melampau nampak? XP


Alhamdulillah. Setakat ni, aku takde masalah sangat nak tanda kertas jawapan pelajar. Cehhh... Bajet dah pro la kan. Hehe. Masa tanda kertas jawapan ni la aku jumpa macam macam jenis jawapan. Kalau baca jawapan jawapan pelajar tu, siap boleh terkeluar balik menu sarapan pagi tadi. Siriyes ni beb. Dah dah. Aku nak sambung tanda kertas jawapan pelajar ni. ;)





potpetpotpet : Pen merah pen biru... Sambung sendiri! ;)

Selasa, 15 Mac 2011

Kau Ingat Kau Sorang Boleh Tengok Hikayat Merong Mahawangsa Kat Pawagam?



Haaa... Kau ingat kau sorang boleh tengok Hikayat Merong Mahawangsa kat pawagam? Aku pon boleh ah! Oleh tu, aku telah memberanikan diri untuk tampil kat pawagam yang berhampiran bersama dengan tiga orang rakan yang lain. See? Aku gigih tahap dewa kot. Aku sanggup tengok Hikayat Merong Mahawangsa tayangan 9.40 malam tuuu... Tapi aku sedih gile beb. Aku tak sempat nak snap pictures. So, kau percaya je la apa yang aku cerita ni ye. >.<


Apa yang aku rasa best pasal filem ni?
  • Surprisingly, Hikayat Merong Mahawangsa ni tidak membosankan seperti filem filem epik yang lain. Dengan dialog dialog yang santai dan bersahaja, Hikayat Merong Mahawangsa menjanjikan kelainan daripada apa yang kau jangkakan. Lebih lebih lagi, watak Ying Ying selaku dayang Puteri China yang memang Phua Chu Kang habis! Lawak ah! Siriyes aku suka gile dengan Ying Ying.
  • Ada satu babak tu, Puteri China tengah bersiram dalam besen. Eh. Boleh ke guna besen? Lantak ah. Nak kata tub, tak rupa tub sangat. Jadi, aku guna besen je ah. Tapi babak tu memang membeliakkan biji mata sekalian makhluk la kan. Kenapa? Siapa yang dah tengok, tahu ah. Siapa yang tak tengok lagi, tak reti reti nak gi tengok sekarang?
  • Penggunaan kesan khas visual (CGI) yang boleh dibanggakan. Aku memang salute habis ah. Aku tak kata CGI dia dahsyat gile. Tapi CGI yang ditonjolkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa kali ni nampak lebih real daripada Cicak Man dulu. Haha.
  • Pelakon pelakon wanita dalam Hikayat Merong Mahawangsa memang cun habis. Siap ada Deborah Henry beb! Even though Deborah Henry sebagai cameo je kot. Tapi aku pulak excited lebih.
  • Babak babak pergaduhan yang mantap! Banyak kot babak babak pergaduhan dalam Hikayat Merong Mahawangsa ni. Quite interesting la bila tengok babak babak pergaduhan yang melibatkan Putera Rom. Ada satu babak tu, Putera Rom siap boleh lompat lepas tu memutarkan diri sendiri sambil belasah orang orang Geruda. Dahsyat ah!


Apa yang aku rasa tak best pasal filem ni? Jeng jeng jeng. Aku malas pulak nak cerita. Boleh? So, sekian je la kan. Haha. Aku tak nak la rosakkan mood kau yang tak tengok Hikayat Merong Mahawangsa lagi ni. Kalau kau nak tahu, kau kena gi tengok Hikayat Merong Mahawangsa ni dulu. Aku boleh kata filem ni memang tak rugi untuk ditonton. Siriyes beb! But, you don't expect too much from watching this movie. Dan sila sematkan dalam kepala hotak kau bahawasanya kau tengok filem ni semata-mata nak berhibur je. Cehhh... Aku bagi berapa bintang ni?




potpetpotpet : Lain orang lain pandang. ;)

Isnin, 14 Mac 2011

Album Review: Britney Spears | Femme Fatale (2011)



Wow. Aku dah dengar album terbaru daripada Britney Spears, Femme Fatale! Haha. Siapa tak dengar Femme Fatale ni lagi memang out of this world la kan. Anyway, Femme Fatale has leaked since 9th of March if I'm not mistaken. Atau mungkin lebih awal? Lantak ah. Janji aku dah dengar. Cehhh... Berlagak beb! =.=


Aku dah baca a lot of reviews pasal Femme Fatale ni. Most of them have compared Femme Fatale to Blackout. Eh. You guys tahu tak lagu lagu dalam Blackout? Gimme More, Piece of Me, Radar, Break The Ice, etc. Got it? Well, aku pon rasa ada sikit persamaan. And I'm talking about the music from both albums. But, personally, I'm thinking that Femme Fatale is more adult than Blackout. Bersesuaian dengan usia Britney Spears yang dah mencapai angka 30, Femme Fatale portrays maturity. Cehhh... Dahsyat gile aku speaking. Sila jangan terkejut! XP


Femme Fatale offers 12 new tracks. You guys dah dengar her first single, Hold It Against Me? Tak logik ah kalau you guys tak tahu kan. Anyway, her second single is Till The World Ends! Dah dengar? Quite catchy la jugak, especially that chorus of "ohs". Eh. Meh tengok list of 12 new tracks of Femme Fatale. ;)

  1. Till The World Ends
  2. Hold It Against Me
  3. Inside Out
  4. I Wanna Go
  5. How I Roll
  6. (Drop Dead) Beautiful (feat. Sabi)
  7. Seal It With A Kiss
  8. Big Fat Bass (feat. Will.I.Am)
  9. Trouble For Me
  10. Trip To Your Heart
  11. Gasoline
  12. Criminal

Listen To These: Till The World Ends, Inside Out, (Drop Dead) Beautiful, Big Fat Bass, Gasoline and Criminal.


Try to listen to Till The World Ends now.

Poster Terbaru Drama Gemilang TV3!



Haha. Tu dia... Poster terbaru drama Gemilang TV3 edisi guru praktikal! Untuk makluman kau, poster ni tidak akan dijual dengan apa harga sekali pon. Cehhh... Berangan siot! Lantak ah. Janji happy! Haha. Eh. Siapa nak masuk dalam poster ni jugak? Nanti aku masukkan ye. Okay? =.=


Anyway, kitorang semua praktikal kat satu sekolah yang sama. Kau bayangkan, dalam satu sekolah tu ada 10 orang guru praktikal. Ramai gile. Siriyes beb. Ni bukan gosip macam melodi. Haha. Kentang habis wa cakap sama lu. For your information, 9 of us datang daripada UPSI. Dan 1 orang lagi daripada UPM. >.<


Syazwa : Nana : Yanti : Aziatul : Eton : Ecah : Hizami : Nas : Zu : Azri


Kitorang kira agak rapat la jugak. Dah dua kali kitorang lepak sama sama. I mean, menghabiskan masa sama sama kat luar sekolah. Eh. Nanti aku update pasal aktiviti yang dah kitorang jalani. Okay? Ngeee... Siapa sangka masa awal awal perkenalan tu, masing masing malu tak ingat dunia. Even senyum pon tak nampak gigi kan. Adeh. Bila dah lama lepas tu, masing masing terus keluar tanduk. Bukan satu dua je, sampai lima enam keluar. Dasat dasat. :P



potpetpotpet : Berkawan biar beribu. Ibu pulak biar satu. Apahal nak ibu banyak banyak?

Ahad, 13 Mac 2011

Sesi Beramah Mesra Dengan Binatang Binatang Sekalian

Seperti yang telah dijanjikan, aku nak update pasal aktiviti pertama bersempena dengan cuti sekolah ni. Cehhh... Nak beritahu korang yang aku ni menepati janji la konon konon. Boleh? Aktiviti ni telah dilangsungkan di Zoo Melaka. Mesti korang secara bongkak berkata apa barang gi Zoo Melaka kan. Okay okay. Meh sini aku nak jawab. Memang ah takde barang beb. Sebab... sebab... sebab... ada binatang je! See? Bijak betul aku menangkis hujah korang. Haha. Aku gi Zoo Melaka ni semata-mata nak memuaskan hati tuan puteri yang sorang tu. Siapa tuan puteri tu? Jeng jeng jeng. Ni haaa... Nurhusna Qahirah! 0.0


Comot! Makan eskrim kit kat tuuu... Tuan puteri tak bagi aku sikit pon! T.T


Aku rasa dah lama gile aku tak mencemarkan kaki kat Zoo Melaka tu. Entah bila last time aku gi Zoo Melaka ni entah. Siriyes aku tak ingat. Aku tengah remaja ni beb. Jadi, tak main ah lawat binatang binatang semua tu kan. Walaupun umur aku dah lebih 20 tahun! Adeh. Gara gara tuan puteri tak nak kalah dengan kawan kawan dia yang dah gi Zoo Melaka, maka, ditunaikanlah permintaan tuan puteri tu. =.=


Batu bersurat kat Zoo Melaka.


Siapa kata tak best gi Zoo Melaka? Best gile wa cakap sama lu. Aku dapat jumpa lembu dengan kerbau kalau korang nak tahu. Eh. Lembu dengan kerbau tu kat jalan terus belok kiri naik jejantas sebelah kanan  rumah korang pon ada kan? Lantak ah. Yang penting, aku dapat jumpa lembu dengan kerbau kat Zoo Melaka. Korang pernah ke jumpa lembu dengan kerbau kat Zoo Melaka? =.=


Tuan puteri kata no camera please! Haha.



Tuan puteri dah murka tu... Adeh.


My beloved sisters yang sopan depan kamera. Haha.


Tuan puteri tak reti baca nama binatang lagi. Tak pasal pasal aku yang kena bacakan nama binatang tu demi tuan puteri. Kejam kejam!


Aku dengan bangga menunjukkan rambut kat burung botak. Haha.


Kita minum kemudian! Sebab kita dah jalan dulu, jadi, tak boleh ah nak kata kita minum dulu. Eh. Perlu ke aku explain semua ni?


Rahsia di sebalik gambar ni ialah tuan puteri tak membenarkan sesiapa mendekati dia sebab nak posing sorang sorang!


Ni kat laluan bangang. Eh. Laluan bangau.


Tengok wayang! Boleh? Kepala hotak tengok wayang kat Zoo Melaka. Haha. Tengok show binatang binatang la beb.


Okay la. Nak balik dah. Bye!


See? Seronok bukan? Haaa... Bertambah seronok bila aktiviti ni dilakukan bersama keluarga. Pesanan ni dibawakan oleh Budak Lelaki Sebelah Pintu kepada korang. Eh. Sebelum tu, ada orang kirim salam kat korang. Ni haaa... orang utan!!! XP


Tu dia... Punggung mari! Haha.





potpetpotpet : Such a wonderful world!

Sabtu, 12 Mac 2011

Ce Teka! Ce Teka! Eh. Bukan Teka Teki!



Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera.


Hoyeh hoyeh! Aku dah start cuti sekolah beb. Seminggu tuuu... Kau mampu cuti seminggu? Kalau mampu, tahniah diucapkan. Kalau tak mampu, hahaha digelakkan. Adeh. Aku happy gile ni. Ni kira first time ah aku tak pergi sekolah dalam tempoh yang agak panjang. Siapa kata aku tak penat pergi sekolah? For your information, tiap tiap hari aku balik pukul 5 petang. Tak pernah awal beb. Eh. Kecuali Jumaat! Siriyes dah macam kerja pejabat. Huaaa... Sila balingkan seketul simpati kat aku.


Memandangkan aku dah start cuti, aku akan meluangkan masa sebanyak mungkin bersama blog Budak Lelaki Sebelah Pintu ni. For the next entry, aku dah bagi klu melalui gambar kat atas tu. Ce teka ce teka! Aku pergi mana tu? ;)


potpetpotpet : Siapa tak rindu aku? Aku!!!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com