Sabtu, 30 Julai 2011

Konvo Yang Paling Meriah Di Muka Bumi!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Seperti yang telah dijanjikan dalam entri Warna Warni Graduasi!, kali ni aku nak tempek gambar aku dengan kawan kawan aku. Yes. Kawan kawan yang telah bersama dengan aku sepanjang empat tahun aku memperjudikan nasib di menara gading ni. Errr... Kau mampu nak buat ayat macam aku? Haha. Aku ada kawan kawan semenangis, kawan kawan seketawa, kawan kawan sekaraoke, kawan kawan semengaji, kawan kawan sesyaithonnurrojeem dan banyak lagi ah jenis kawan kawan yang tak tersebut. Kau sebutkan boleh? :B

Actually, tak sempat pon nak bergambar dengan semua. Masing masing nak kejar masa. So, mana yang sempat je la kan? Tapi sedih jugak sebab aku tak dapat nak jumpa semua kawan aku. Sidang semua lain lain. So, aku dapat jumpa kawan kawan yang sama kos je la. Adeh. Sedih beb. Bila lagi nak jumpa kan? Takpe takpe. Hidup mesti diteruskan. Adat bertemu, sampai masa berpisah juga. Tak gitu ling? =_=

Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita tatap gambar gambar konvo yang paling meriah kat muka bumi ni. And one more thing, jangan lupakan aku wahai kawan kawan sekalian! I'll always remember all of you! Semoga kita berjaya menjadi warga pendidik yang senantiasa ikhlas dalam berbakti kepada nusa dan bangsa. :')
















potpetpotpet : This is not the end. This is just a beginning. :)

Jumaat, 29 Julai 2011

Warna Warni Graduasi!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Alhamdulillah. Dah tamat dah pengajian aku. Tak perasan pulak aku dah study empat tahun kan? Masa study dulu, bukan main bila nak habis bila nak habis. Sekarang? Eh. Sekejap gile dah empat tahun. Okay. Aku rasa korang pon sama kot? :B

Eh. Aku dah ada ijazah beb! So, siapa budak sekolah boleh jeles sekarang. :P

Aku konvo hari Khamis lepas iaitu pada 28 Julai 2011. Sesi pagi pulak tu. Memang malam sebelum tu tak boleh nak tidur la. Bukan sebab neves nak naik pentas tapi sebab bunyi anjing menyalak tak habis habis. Aku siriyes ni. Aku mana pernah main main. Kau pon tahu aku memang jenis manusia yang siriyes doploh empat jam kan? Tambah tambah pulak, adik aku tidur berdengkur kat sebelah. Memang heaven la aku tidur malam tu. =_=

Okay. Kali ni, aku nak kongsi gambar gambar yang telah diambil pada hari kejadian. Penuh dengan warna warni derrr... Dan special untuk entri kali ni, aku bagi gambar gambar aku dengan kaum keluarga dulu. Esok lusa, gambar gambar aku dengan kaum kawan pulak ye. Boleh? Tapi kan, kalau kau kata tak boleh pon, aku macam tak kisah sangat kot? :P


Bak sini semua tu!

Okay. Nak bukak kedai bunga lepas ni boleh?

Siapa lagi comel?

Terima kasih ayah! Terima kasih ibu!

Nana kat kiri. Bob kat kanan.

Hello Kitty atau Upin Ipin?

Mama dengan Mak Lang yang pernah jaga aku masa aku kecik kecik.



potpetpotpet : Siapa dah konvo sila angkat tangan sekarang!

Khamis, 28 Julai 2011

Tahniah! Kerana Akhirnya ...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Tahniah! Kerana akhirnya ... Sekian. Terima kasih. Boleh macam tu? Haha. Okay. Actually, aku baru balik daripada UPSI ni. Baru je sampai kat Melaka selepas waktu Maghrib tadi. Eh. Ada apa kat UPSI tu kan? Esok aku cerita penuh ye. Buat masa ni, kau tatap la gambar aku yang agak hensem ni. Tak pasal pasal kau dapat pahala percuma tengok keindahan ciptaan Allah kan? #okbai



potpetpotpet : Go tiger! Go tiger! Eh. Biskut tiger siriyes sedap!

Selasa, 26 Julai 2011

Ada Apa Dengan Johan Menunggu?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Sebelum cerita ni berkulat, baik aku bagitahu sekarang. Hari Jumaat (22 Julai) hari tu aku bertolak pergi Tanjong Malim sebab aku kena join Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan pada hari Sabtu (23 Julai). Yes. Kitorang berlatih tak sampai sehari je pon. Siriyes. So, hari Sabtu tu kitorang bertolak seawal jam 7 pagi untuk ke Ipoh. Dan kitorang kumpulan yang paling lambat sekali sampai kat sana. Adeh. Secara tak langsung, kumpulan kitorang dapat giliran terakhir bagi peringkat saringan. :B


Nama team kitorang ialah Em Basheer. Maksud dia? Errr...


Tengah tunggu giliran ni. Nervous tak payah cakap la.


Ada 14 buah kumpulan nasyid yang join Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan ni. Sebelum ke peringkat akhir, setiap kumpulan kena lepas peringkat saringan dulu. For your information, ada dua kategori yang dipertandingkan, kategori tradisi dan lagi satu ialah kategori moden. Sah sah la kitorang masuk kategori moden kan? Daripada 14 buah kumpulan tu, 10 buah kumpulan berada di bawah kategori moden manakala 4 buah kumpulan yang lain berada di bawah kategori tradisi. ;)


Dah selesai peringkat saringan!


Dalam hati siapa la tahu. Ni tengah tunggu keputusan ni.


Yes. Kumpulan kitorang dapat masuk final!


Daripada 10 buah kumpulan yang melalui peringkat saringan bagi kategori moden, hanya 3 buah kumpulan sahaja yang berjaya ke peringkat akhir. Dan terdapat 1 buah kumpulan sebagai johan menunggu. Maksudnya, kumpulan tersebut tak perlu nak melalui peringkat saringan ni, terus je ke peringkat akhir. Errr... Sebab apa pulak? Sebab kumpulan tu dah mewakili negeri Perak Darul Ridzuan masa Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan tahun lepas. Paling penting, kumpulan dorang dapat naib johan kot masa tu! Diulangi dengan nada yang menjengkelkan, naib johan kot! Dahsyat gile. So, apa barang dorang nak ikut peringkat saringan yang macam tak penting ni kan? Haha. :P

Alhamdulillah. Kumpulan kitorang dapat masuk peringkat akhir. Syukur! Eh. Peringkat akhir dilangsungkan pada malam hari tu jugak. ;)


Persembahan masa malam peringkat akhir tu. Hebat tak? Haha.


Sekali lagi, malam tu kumpulan kitorang dapat giliran yang terakhir jugak. Dah rezeki kot. Aku puas hati gile malam tu sebab aku tengok everyone yang kat dalam dewan tu enjoy dengan persembahan kitorang. Nervous pon dah kurang. ;)

So, tiba la masa untuk mengumumkan keputusan dia. Jeng jeng jeng. Dengan mengutip markah sebanyak 76, tempat ketiga diumumkan. Okay. Bukan kumpulan kitorang. Lepas tu, dengan mengutip markah sebanyak 77, naib johan pulak diumumkan. Eh. Bukan kumpulan kitorang jugak. Adeh. Kumpulan kitorang tak menang kot? Takpe la. Takde rezeki, nak buat macam mana kan? Seterusnya, dengan mengutip markah sebanyak 86, johan pon diumumkan. Eh. Em Basheer? Em Basheer! Wow! Memang tak dapat nak cakap apa dah. Terima kasih Allah! :)


Sebelah kiri ialah johan bagi kategori moden dan sebelah kanan johan bagi kategori tradisi.


UPSI bawa satu bas kot! Haha. Nasib la johan kan?


Bergambar bersama dengan salah sorang daripada juri pada malam tu iaitu Patrick Khamis.


Ni dengan hos pada malam tu.


En Fahmi yang banyak membantu kitorang.



potpetpotpet : Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Isnin, 25 Julai 2011

Siapa Rasa Saya Hensem?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku tengah demam ni. Baru start semalam. Ni tak sembuh lagi ni. Adeh. Mood nak cerita pasal nasyid pulak tiba tiba takde. So, layan je la topik yang bosan ni. :B

Okay. Topik pada hari ni ialah pernah tak kawan kau update status facebook kau secara diam diam ubi berisi? Yes. Diam diam dia update status kau lepas tu bukannya ubi yang kau dapat sebab macam mana kau nak dapat ubi kat facebook ni kan? Tolong jangan nak mengada-ngada mintak ubi keledek ke ubi kayu ke ubi kentang ke. Lempeng nak? Eh. Lempang nak? =_=

Apa yang aku cuba sampaikan ialah diam diam kau log in facebook kau, tiba tiba kau terus nampak status facebook kau yang berisiko untuk mendapat cacian, kejian, makian apatah lagi hinaan. Kejam kot! Adeh. Nak tahu status macam mana? Macam tajuk kat atas tu! :B




See? Tu bukan aku update ye. Aku tahu rupa aku macam mana. Dan aku takde perasaan yang melampau macam tu. Tolong la percayakan aku yang hensem ni ye. Eh. Terperasaan pulak. :P

Ni kerja kawan aku yang sorang tu. Dia pinjam laptop aku sebab dia nak online. Dah nama pon laptop aku kan? Memang facebook aku sentiasa online je even aku takde kat depan laptop sebab mungkin aku ada kat belakang laptop. Tapi kadang kadang aku kat sebelah kanan laptop. Kadang kadang kat sebelah kiri. Ikut kau la nak aku duduk belah mana. Boleh? Tapi kan, entah kenapa lepas dia selesai online hari tu, aku terus shut down laptop aku. Tak check pon facebook. Lepas tu, aku hantar dia dengan kawan kawan yang lain balik KL. Dah turun kereta, salam la sorang sorang. Sangat berbudi bahasa ye. Kata ahli syurga. Eh. Ahli nasyid. Adeh. =_=

Tiba tiba je dia bagi ucapan: 
Zami, mintak maaf pasal facebook ek? Haha.

Aku blur. Kenapa pulak nak mintak maaf pasal facebook kat aku? Pergi la mintak maaf kat Mark Zuckerberg. Aku tanya kenapa, dia tak nak jawab pulak. Okay. Fine. Sampai je aku kat rumah, aku terus log in facebook. Sekali tengok, tahik la kau!!! Berani betol dia update status macam tu! Mula mula aku nak delete status tu, tiba tiba, aku tak jadi nak delete pulak. Errr... Siapa suruh banyak sangat like kat status tu? Boleh? :B


Dia yang paling kanan sekali.



potpetpotpet : Kau boleh nak taip panjang panjang macam aku even isi dia cuma status kat facebook je? =_=

Ahad, 24 Julai 2011

Johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Okay. Tajuk dah explain apa maksud gambar kat atas ni. Aku nak balik Melaka lepas ni. So, tak sempat nak taip panjang panjang sekarang. Nantikan cerita penuh pada keluaran entri yang akan datang ye. :B



potpetpotpet : Alhamdulillah. Syukur atas nikmat yang diberikan.

Jumaat, 22 Julai 2011

Siapa Tak Join Hizami, Nak Header Satu! Lagi?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Photobucket


Guys, siapa tak join Hizami, Nak Header Satu! lagi? Cepat join sekarang! Haha. So far, aku dah dapat 104 calon dah. Wow! Aku sendiri terkejut dengan angka tu. Aku tak sangka ramai gile nak join Hizami, Nak Header Satu! ni sebab hadiah dia cuma header je pon. Yes. Hadiah dia tak semeriah giveaway blogger blogger lain. Penaja? Langsung takde! Sendiri sendiri je ni. Adeh. Sedih gile bunyi dia kan? T_T

Apa apa pon, aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada korang yang sudi join Hizami, Nak Header Satu! ni. Dengan izin Allah, aku akan cuba bagi header kepada seramai blogger yang mungkin. Yes. Aku cuba ye? :B

Bila tarikh tutup dia?
Hizami, Nak Header Satu! telah dilancarkan pada 19 Julai 2011 iaitu pada hari Selasa hari tu. So, hari ni ialah hari keempat Hizami, Nak Header Satu! ni berlangsung. Ada yang dah tanya bila nak tutup Hizami, Nak Header Satu! ni. Siapa tu? Amboi! Tak sabar nak menang dah ke? Eh. Awal awal dah tahu menang ke? Haha. Lambat lagi kot nak tutup. So, boleh la ajak blogger blogger lain untuk memeriahkan lagi Hizami, Nak Header Satu! ni. Aku pon tak decide bila tarikh tutup dia. Mungkin tahun 2020 kot baru aku tutup. =_=

Takut la nak join sebab tak pernah menang cabutan bertuah.
Errr... Banyak la korang. Gara gara tak pernah menang cabutan bertuah, korang takut nak join la? Rugi betul. Mana la tahu suratan takdir korang tiba tiba menang Hizami, Nak Header Satu! ni kan? Lagi pon, simple je nak join Hizami, Nak Header Satu! ni. Tak susah mana pon. Untung untung, korang boleh makeover blog korang kan? Siapa la yang tak nak blog dia cantik dipandang kan? Cehhh... Ayat memujuk nampak? :P

Nak join tapi penyertaan banyak sangat la!
So, apa masalahnya? Kalau banyak, korang tak boleh menang la? Boleh je kan? So, apa masalahnya? Haaa... Kan aku dah bermain dengan emosi. Haha. ;)

Klik kat sini untuk rujuk semula entri pasal Hizami, Nak Header Satu! hari tu.

Klik kat sini untuk tengok senarai calon Hizami, Nak Header Satu! setakat hari ni.



potpetpotpet : Syukuran jazilan.

Harry Tak Berapa Potter

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Semalam aku sempat tengok wayang filem Harry Potter & The Deathly Hallows: Part 2 kat GSC. Mula mula aku macam takde mood nak tengok Harry Potter ni sebab aku tak tengok Harry Potter & The Deathly Hallows: Part 1! Yes. Aku bukan peminat fanatik Harry Potter seperti yang kau harapkan. Errr... Siapa pulak yang harapkan ni? =_=

Dalam banyak banyak filem Harry Potter, aku cuma dapat tengok Harry Potter yang pertama, kedua dengan yang ketiga je. Tu pon ingat lupa lupa. Yes. Bukan ingat ingat lupa ye. Sebab lupa lagi banyak daripada ingat. Haha. Yang lain lain semua tu aku tak tengok. Hensem tak aku? Eh. Hebat tak aku? =_=


Harry tak berapa Potter!


Disebabkan ramai sangat orang tengok filem ni, aku pon tak nak ketinggalan jugak. Aku dengan yakin membeli tiket Harry Potter & The Deathly Hallows: Part 2 yang berharga enam hengget sahaja. Diulangi dengan sengaja, enam hengget sahaja. Murah gile kan? Aku rasa macam nak beli lima je masa tu sebab murah sangat. :B

Tak lama kemudian, aku pon dah habis tengok filem ni. So, dah tamat la riwayat Harry Potter ni. Yes. Even aku tak tengok beberapa filem Harry Potter, aku faham je ending dia. Tak pening pon. Bukan susah sangat nak faham. Eh. Aku tengok filem ni dengan kawan aku. Dia dah tengok semua filem Harry Potter yang sebelum ni. Dia lebih kurang peminat Harry Potter la jugak. So, kalau ada babak yang aku tak faham, aku tanya terus kat dia selaku orang yang duduk sebelah aku. Kalau dia tak dapat jawab, aku kutuk laju laju terus. Nak tahu aku kutuk macam mana? Kata minat Harry Potter, takkan tak tahu kot? Baik tak payah tengok je cerita ni kalau tak tahu. Haha. Kejam ke aku? Takde la sangat. :B


Harry ni baru Potter!


Anyway, filem ni pasal Harry Potter nak bunuh Lord Voldemort. Dah. Tu je la. Ringkas tak penerangan aku? Tak perlu nak pada suatu hari bla bla bla. Apa apa pon, mata aku berair je bila Harry Potter ni dah habis. Aku pon tak tahu kenapa. Mungkin ada orang tengah potong bawang merah dekat dekat dengan aku kot? =_=

Secara kesimpulannya, filem Harry Potter & The Deathly Hallows: Part 2 ni boleh je kalau kau nak tengok even kau tak tengok filem filem dia yang sebelum ni. :)



potpetpotpet : Lepas ni Captain America!

Rabu, 20 Julai 2011

Wordless Wednesday #8

Lelaki & Janggut Malu Malu Kucing

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Errr... Hari ni aku nak cakap pasal lelaki dengan janggut. Siapa suka lelaki berjanggut? Sila angkat tangan sekarang. Siapa yang tak suka lelaki berjanggut pulak? Sila angkat sumpah. Boleh? :B

Okay. Aku nak menunjuk janggut aku yang comel ni. Sebelum tu, aku nak bagi amaran ye. Janggut aku ni jenis yang malu malu kucing punya. Sebab janggut aku macam malu malu nak tumbuh. Sikit gile dia tumbuh. Aku macam, sila tumbuh banyak lagi boleh tak? Tak cukup ni! =_=

Sila tengok kat bahagian dagu aku tu. Nampak tak janggut malu malu kucing aku? Sila letakkan dua biji mata kau betul betul kat atas skrin bagi mendapatkan visual yang lebih dahsyat. >_<




Esok lusa hilang la janggut tu. Aku memang macam tu. Kejap je bela janggut ni. Sebab dagu aku ni jadi gatal gatal bila ada janggut ni. Siriyes beb. Aku rasa dagu aku ni alergik dengan janggut la. Bila aku ada janggut je, aku asyik nak garu bahagian dagu tak habis habis. Kadang kadang sampai terbelah tiga dagu aku! :B

Kau tak nak bela janggut? Sunnah beb. Yang perempuan pon boleh je kalau nak bela. Baru nampak lain daripada yang lain. Boleh? =_=

Last but not least, jangan lupa support Hizami, Nak Header Satu! ye. ;)



potpetpotpet : Siapa ada janggut macam aku?

Isnin, 18 Julai 2011

Baju Kurung Tanpa Gitar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Bersambung entri Pre Baju Kurung Tanpa Gitar semalam. Ada yang tak faham kenapa aku letak tajuk Baju Kurung Tanpa Gitar tu. Okay. Meh sini aku bagi ceramah sikit. Semalam aku pergi kenduri Mak Long aku. Kenduri potong jambul cucu dia. Lepas tu, aku bosan. Haha. Senang gile kan cerita aku? Terus je bagitahu isi penting. >_<

Bila aku dah bosan, aku ajak adik aku ambil gambar. Aku paksa dia posing maut. Haha. Kejam tak? Eh. Macam tak menjawab je persoalan kenapa aku letak tajuk Baju Kurung Tanpa Gitar tu kan? Sabar ye. Aku nak jawab la ni. Adik aku pakai baju kurung. Sama macam Ana Raffali yang suka pakai baju kurung tu kan? Tapi Ana Raffali tu ada gitar sekali. Adik aku ni takde gitar. So, aku pon tak tahu kenapa aku pilih tajuk tu. =_=

Okay. Jom layan gambar gambar adik aku yang telah aku tertangkap. :B




So, kau tak payah nak komen ehem ehem macam entri sebelum ni. Pura pura sakit tekak konon. Dah sakit tekak tu, pergi la makan strepsils. Tak payah nak taip ehem ehem kat ruangan komen yang disediakan. Tu pon nak kena ajar ke? Haha. Jangan kau terasa sudah la. Aku gurau gurau beb. :D

Ni la adik aku. Anak ketiga daripada enam orang adik beradik. Nama dia Nurlina Diyana. Dah. Tu je kot. Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ada gaya nasyid tak? :B



potpetpotpet : Ada kejutan malam ni!

Ahad, 17 Julai 2011

Pre Baju Kurung Tanpa Gitar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!




potpetpotpet : Mata aku macam sepet sangat kan? Matahari punya pasal la ni. :B

Rihanna Rampas Crown Lady Gaga!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Facebook Rihanna dah mencecah 40,772,479 fans! Dan jumlah ini telah mengatasi facebook Lady Gaga yang mempunyai 40,670,993 fans. Wow! 40 juta tu beb! The funny thing is bilangan fans Rihanna lagi ramai daripada bilangan rakyat negara Malaysia sekarang ni. Haha. Rihanna dah boleh buat negara sendiri kot lepas ni? :B

Secara official, Rihanna telah memegang title sebagai the MOST popular female artist on Facebook. Sebelum Rihanna, Lady Gaga yang pegang title tu. Sekarang? Rihanna dah rampas crown tu daripada Lady Gaga! Adeh. Gaduh la korang. :P






potpetpotpet : Lepas ni aku nak pergi kenduri! Eh. Apasal excited pulak ni?

Beyonce - End Of Time (2011)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Errr... Sebelum tidur, aku tertengok Beyonce perform End Of Time untuk rancangan Good Morning America (GMA) kat youtube. Takde kerja la kan pagi pagi buta layan Beyonce ni. Adeh. Tapi kan, aku rasa lagu End Of Time ni lagi best daripada Run The World (Girl) tu. Patut End Of Time ni jadi single pertama dia. :B




Okay. Ni video dia kat bawah ni. Eh. Sebelum korang tengok video ni, aku nak ingatkan korang yang video ni ada Beyonce. So, faham faham je la macam mana persembahan dia. Haha. Kalau takut dilambung ombak, sila berumah di tepi sungai. Kalau tak takut dilambung ombak, sila berumah di tepi pantai. >_<




Come take my hand
I won't let you go
I'll be your friend
I will love you so, deeply
I will be the one to kiss you at night
I will love you until the end of time



potpetpotpet :  Selamat berhujung minggu!

Sabtu, 16 Julai 2011

Blog Makeover #3 | Amira Mastura

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Blog Makeover #1 dan Blog Makeover #2 telah menampilkan dua orang blogger lelaki. So, kali ni, blogger lelaki jugak ke? Merujuk kepada tajuk di atas, memang bebal la kalau korang tak tahu jantina dia apa. I mean, bebal yang sangat sangat. Haha. Sah sah la blogger perempuan kan? =_=

Okay. Macam Amir Rayyan jugak, aku kenal Amira Mastura masa gathering bloggers suatu masa dulu. Cehhh... Suatu masa dulu ye. Macam dah sepuluh tahun je bunyi dia kan? Adeh. Dia single. Dia student lagi. Dan dia muda setahun daripada aku. Okay. Ada apa apa lagi yang korang nak tahu pasal dia? Tu je kot? :B




Kalau blogger perempuan je, korang confirm terbayangkan blog dia mesti warna pink. Kalau tak pink, mesti purple kan? Lepas tu ada bunga kat sini sikit kat sana sikit. Errr... Macam tu la apa yang aku buat kat blog Amira Mastura ni! Haha. Klise gile kan? Tapi nak buat macam mana lagi? Blogger perempuan memang nampak sangat sesuai dengan tema manja manja macam tu. ;)





potpetpotpet : Macam mana dengan nisfu syaaban korang tadi? 

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com