Selasa, 28 November 2017

Lirik Lagu Aizat Amdan - Sampai Ke Hari Tua

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Sempena dengan pernikahan Fattah Amin dan Fazura, Aizat Amdan telah menghasilkan lagu baharu yang berjudul Sampai Ke Hari Tua buat pasangan popular tersebut. Tak pasti lah sama ada lagu itu akan dinyanyikan oleh Fattah Amin ataupun Aizat Amdan sendiri. Maklum lah, Fattah Amin pernah bekerjasama dengan Aizat Amdan menerusi lagu Wanita Terakhir dan Cinderella (OST Hero Seorang Cinderella).

Lirik Lagu Aizat Amdan - Sampai Ke Hari Tua

Jika ku radio dan engkau lagunya
kan aku putarkan hingga semua terleka
begitulah kita ditakdirkan untuk bersama

Jika ku air wudhuk mu menjadi seri mu
dalam lima waktu

Jika kau kuat percaya akulah jodoh mu
jaga mu selalu

Menarilah sayang di hari bahagia
di bawah bulan bintang
kasih kita berdua

Jangan bimbang sayang
kita harungi bersama berdua selamanya
sampai ke hari tua
mencintaimu

Kaulah watak utama dalam setiap drama
yang sering dimainkan menjadi kegilaan
begitulah kita ditakdirkan untuk bersama

Menarilah sayang di hari bahagia
di bawah bulan bintang
kasih kita berdua

Jangan bimbang sayang
kita harungi bersama berdua selamanya
sampai ke hari tua
mencintaimu

Engkaulah satunya menjadi milikku
sampai ke hari tua
mencintaimu

Gambar Pernikahan Fattah Amin & Fazura

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Tahniah diucapkan kepada pasangan Fattah Amin dan Fazura kerana telah selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara, malam tadi. Fazura, 34, sah bergelar isteri kepada Fattah Amin, 27, hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.50 malam. Majlis pernikahan itu hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat kedua-duanya. Fazura kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden sentuhan pereka kegemarannya, Rizman Ruzaini dan solekan oleh Sheila Mohamed, manakala Fattah Amin pula segak berbaju Melayu. Tahniah sekali lagi!

Sumber: Berita Harian

Isnin, 27 November 2017

Review Filem Coco 2017 - Animasi Terbaik Tahun Ini, Menakjubkan & Penuh Warna!

Salam.


Promosi filem Coco ni besar-besaran juga. Dah lama aku tengok trailer dia kat youtube, kat panggung wayang. Tapi aku tak teruja pun nak tengok filem ni lepas tengok trailer dia. Masa mula mula tengok trailer tu, filem apa ni? Kenapa orang yang dah mati rupa tengkorak je? Tak comel langsung! Jalan cerita pun macam tak menarik. Haha! Tapi itu semua masa aku tengok trailer dia lah. Aku tak faham yang sebenarnya filem itu adalah berdasarkan budaya Mexico. 

Jadi macam mana aku boleh nak tengok filem ni? Haaa... Gara-gara aku check rating filem ni kat internet! IMDb bagi 9/10, Rotten Tomatoes bagi 96% dan Filmweb bagi 8/10! Gila lah! Dah kenapa rating filem Coco ni tinggi nak mati? Aku tahu lah filem ni pasal hidup dan mati tapi tak payah lah bagi rating tinggi nak mati. Haha!


Sinopsis:
Walaupun keluarga Miguel melarang ahli keluarganya bermain muzik, cita-cita Miguel untuk menjadi pemuzik yang terkenal seperti idolanya, Ernesto de la Cruz tidak pernah padam. Terdesak untuk membuktikan bakat muziknya, Miguel akhirnya tersesat ke "Land of Dead" dan bertemu dengan seorang penipu yang licik bernama Hector. Mereka bersama-sama meneruskan perjalanan yang luar biasa untuk merungkai rahsia keluarga Miguel.

Filem Coco ini bertemakan kekeluargaan dan juga kesungguhan mengejar cita-cita. Tapi jalan cerita dia bukan biasa biasa. Filem ni memang cukup rasa dengan gembira dia, dengan sedih dia. Geram pun ada! Kali ini Pixar tidak mengecewakan dengan membawakan sebuah filem animasi yang menyentuh tentang hidup dan mati tapi penuh dengan warna warni. Ada suka, ada duka, ada gembira, ada air mata.

Bila babak gembira, aku boleh tersenyum sendiri kat dalam panggung wayang tu. Gila lah! Bila babak sedih pula, bergenang juga air mata aku. Tapi tak tumpah lah sebab aku cover baik punya. Babak kelakar pun banyak. Kebanyakan babak kelakar dia lain daripada yang lain, tak klise lah orang cakap tu. Lagu-lagu dalam filem ini pun sedap. Bulu tengkuk aku meremang juga lah  masa Miguel berduet dengan Hector kat atas pentas tu. Aku pula terharu Miguel dapat nyanyi dan main gitar depan orang ramai. Dah kenapa? Emosi lah! Selain itu, apa yang paling menarik dalam filem ni? Selain daripada jalan cerita yang unik, filem ni mempunyai twist dan kejutan yang agak memeranjatkan. Tak sangka betul yang... Ehhh kena tengok sendiri lah! Haha!

Jom kita tengok poster-poster filem Coco yang sarat dengan warna warni?






Serius cantik visual filem ni! Penuh dengan warna, penuh dengan imaginasi. Sempena cuti sekolah, filem Coco ini sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga tanpa mengira peringkat umur. Mesej-mesej yang disampaikan dalam filem ini juga sangat bermakna dan memberikan pengajaran kepada sesiapa yang menonton. Antara mesej yang terdapat dalam filem Coco ini ialah:
  • Keluarga kita tidak akan pernah membiarkan kita biarpun kita telah membelakangkan keluarga kita, biarpun kita berdegil dengan keputusan kita.
  • Sentiasa mengejar cita-cita atau impian walaupun tiada siapa yang percayakan kita.
  • Jangan sesekali dilupakan mereka yang telah pergi meninggalkan kita.
  • There are always two sides to every story.


Siapa dah tengok filem Coco ini?

Sabtu, 18 November 2017

Price Catcher - Aplikasi Semak Harga Barang Harian Untungkan Pengguna

Salam.


Apa itu Price Catcher?

Aplikasi Price Catcher dibangunkan untuk membantu kita sebagai pengguna dalam membuat pilihan yang lebih bijak dan menguntungkan. Menerusi aplikasi ini, kita berupaya mendapatkan maklumat harga barangan keperluan semasa. Di samping itu, info mengenai kedai yang menawarkan harga patut juga disediakan. Peniaga pula diberikan peluang untuk mempromosikan perniagaan mereka melalui aplikasi Price Catcher ini. Jangan tak tahu, info berkenaan harga minyak semasa turut dikemas kini paling awal pada setiap hari Rabu.


Perbandingan harga yang menguntungkan

Jadilah pengguna yang bijak dengan membuat perbandingan harga barangan terutamanya kat kedai atau pasar raya yang sering dilawati. Siapa tak nak dapatkan harga barangan yang paling murah kan? Cuma leceh lah kalau terpaksa pergi setiap pasar raya yang ada berdekatan untuk mengenal pasti harga barangan kat mana yang paling murah dan berpatutan. Betul tak? Tapi itu dulu, sekarang tiada lagi masalah macam tu. Haaa... Bagi memudahkan pengguna serata alam buana, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil inisiatif dengan membangunkan satu aplikasi Android dan iOS yang dapat menyelesaikan masalah perbandingan harga. Nak jadi pengguna bijak? Muat turun aplikasi Price Catcher sekarang!

Penggunaan aplikasi Price Catcher

Aplikasi Price Catcher ini adalah mudah digunakan. Haaa... Korang hanya perlu memilih barangan  yang dikehendaki dan menetapkan lokasi pencarian. Lepas itu segala informasi yang korang perlukan akan terpapar berserta alamat kedai atau pasar raya yang berkenaan. Mudah kan? Rugilah kalau korang tak ambil kesempatan dengan kemudahan macam ni. Menerusi aplikasi ini, korang sebenarnya dapat membuat perbandingan harga barangan supaya korang mendapatkan nilai yang terbaik sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan keperluan harian.

Nak tahu lebih lanjut? Jom kita tengok contoh cara penggunaan aplikasi Price Catcher seperti kat bawah ni.






Mudah kan? Korang ingat korang ada masa untuk pening sakit kepala cari harga barangan harian yang murah kat mana? Haha! Terima kasih KPDNKK!

Rabu, 15 November 2017

Fattah Amin & Fazura Nikah Di Mekah?

Salam.


Menurut Harian Metro, ada sumber mereka memberitahu Fattah Amin dan Fazura bakal bernikah di hotel di Makkah dalam tempoh mereka mengerjakan umrah. Sumber tersebut juga memberitahu bahawa mereka telah bertunang malam semalam di kediaman nenek Fazura di Petaling Jaya. Wah! Kalau betul lah berita ini, aku pun nak ucapkan tahniah kepada Fattah Amin dan Fazura. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka sepanjang berada di Mekah dan semoga mereka mendapat umrah yang mabrur.

Haaa... Kalau dah nama pun Fattah Amin, semua orang nak ambil tahu kan? Selepas tular berita pernikahan ini, berduyunlah netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan popular tersebut. Tapi tidak kurang juga netizen yang tidak puas hati dengan berita ini sebab mereka tidak mendengar dari mulut Fattah Amin atau Fazura sendiri. Mereka meminta Fattah Amin dan Fazura supaya tampil dan menjelaskan perkara yang sebenar sama ada berita ini sahih ataupun tidak. Emosi betul lah aku dengan perangai netizen yang bajet semua kena beritahu dorang. Kau dah kenapa? Macam lah korang nak sponsor sedulang dua hantaran. Haha!

Jom kita tengok antara komen komen netizen kat instagram milik Fattah Amin.

"Semoga dipermudahkan urusan..."

"Alhamdulillah dah nikah..."

"Kalau nak privacy sangat, tak payah jadi artis..."


"Kita doakan yang baik baik buat mereka..."


"Tahniah kalau bagai benar dikata..."

"Bagusnya Fattah Amin nikah di Tanah Suci..."


"Aku salah seorang peminat yang happy kalau betul berita mereka bernikah ini..."


"Kalau dah tunang dengan Fazura tu tolong beritahu ye..."

"Kalau betul dah nikah atau bertunang, kenapa lah nak sorok dekat media dan semua orang?"


"I think no problem to hide..."


"Congratulations Fattah..."


"Bila umum kena kecam tak umum kena kecam..."


"Tahniah..."


Walaupun aku bukan peminat Fattah Amin ataupun Fazura, tapi aku follow instagram dorang juga. Tu bukan peminat kan? Pengikut je kan? Haha!

Sumber: Harian Metro & Beautiful Nara

Selasa, 14 November 2017

Cuti 2018 - Senarai Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Wahhh... Dah tak sabar nak masuk 2018 ke tu? Korang ada rancang apa apa tak untuk tahun 2018 nanti? Kot kot lah korang ada rancang nak pergi bercuti ke luar negara ke nak buat majlis pernikahan ke nak terberanak seorang dua ke. Haaa... Sebelum korang nak rancang semua tu, kena lah rujuk kalendar 2018 supaya rancangan kita tu nanti kena pada waktunya. Betul tak? Jadi mari kita lihat senarai cuti umum, cuti negeri dan cuti persekolahan di Malaysia sepanjang tahun 2018.

Petunjuk:
___ Cuti Umum
___ Cuti Negeri
___ Cuti Sekolah

JANUARI

1 Januari, Isnin
Tahun Baru 2018
Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu

14 Januari, Ahad
Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Negeri Sembilan

21 Januari, Ahad
Keputeraan Sultan Kedah
Kedah

31 Januari, Rabu
Hari Thaipusam
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang & Selangor

FEBRUARI

1 Februari, Khamis
Hari Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan

16 & 17 Februari, Jumaat & Sabtu
Tahun Baru Cina

MAC

4 Mac, Khamis
Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu
Terengganu

17-25 Mac (9 hari)
Cuti Sekolah

23 Mac, Jumaat
Keputeraan Sultan Johor
Johor

30 Mac, Jumaat
Good Friday
Sabah & Sarawak

APRIL

14 April, Sabtu
Israk dan Mikraj
Kedah, Negeri Sembilan & Perlis

15 April, Ahad
Hari Melaka Bandaraya Bersejarah
Melaka

26 April, Khamis
Keputeraan Sultan Terengganu
Terengganu

MEI

1 Mei, Selasa
Hari Pekerja

7 Mei, Isnin
Hari Hol
Pahang

17 Mei, Khamis
Awal Ramadan
Johor, Kedah, Melaka

17 Mei, Khamis
Keputeraan Raja Perlis
Perlis

29 Mei, Selasa
Hari Wesak

30 & 31 Mei, Rabu & Khamis
Hari Kaamatan (Pesta Menuai)
Sabah & Labuan

JUN

1 & 2 Jun, Jumaat & Sabtu
Perayaan Hari Gawai Dayak
Sarawak

2 Jun, Sabtu
Nuzul al-Quran
Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan

15 & 16 Jun, Jumaat & Sabtu
Hari Raya Puasa

9-24 Jun (16 hari)
Cuti Sekolah

JULAI

7 Julai, Sabtu
Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia
Pulau Pinang

22 Julai, Ahad
Hari Kemerdekaan Sarawak
Sarawak

OGOS

18-26 Ogos (9 hari)
Cuti Sekolah

22 Ogos, Rabu
Hari Raya Qurban

23 Ogos, Khamis
Hari Raya Qurban
Kelantan, Terengganu, Kedah & Perlis

31 Ogos, Jumaat
Hari Kebangsaan

SEPTEMBER

9 September, Ahad
Harijadi Yang di-Pertua Sarawak
Sarawak

9 September, Ahad
Keputeraan Yang di-Pertuan Agong

11 September, Selasa
Awal Muharram

16 September, Ahad
Hari Malaysia

OKTOBER

6 Oktober, Sabtu
Harijadi Yang di-Pertua Sabah
Sabah

12 Oktober, Jumaat
Harijadi Yang di-Pertua Melaka
Melaka

15 Oktober, Isnin
Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
Johor

24 Oktober, Rabu
Keputeraan Sultan Pahang
Pahang

NOVEMBER

2 November, Jumaat
Keputeraan Sultan Perak
Perak

6 November, Selasa
Deepavali
Kecuali Sarawak

11 & 12 November, Ahad & Isnin
Keputeraan Sultan Kelantan
Kelantan

20 November, Selasa
Maulidur Rasul

24-30 November (7 hari)
Cuti Sekolah

DISEMBER

1-31 Disember (31 hari)
Cuti Sekolah

11 Disember, Selasa
Keputeraan Sultan Selangor
Selangor

25 Disember, Selasa
Hari Krismas

Tak sabarnya nak pergi bercuti!

Ayda Jebat Kecewa Gagal Ke AJL 32 - "Next Buat Lagu Ala 90an"

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Nampaknya bahang Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) semakin terasa bila Ayda Jebat mengeluarkan komen komen tentang kegagalannya mendapatkan tempat di acara berprestij tersebut di laman instagram miliknya. Haaa... Ayda Jebat agak terus terang dengan kekecewaannya itu. Ye lah. Penyanyi mana yang tidak kecewa jika tidak berjaya ke AJL kan? AJL kot! Hampir semua penyanyi mengidamkan untuk bertanding di pentas itu. Tapi nak buat macam mana, belum ada rezeki lagi. Akim sendiri pernah mengeluarkan kenyataan untuk tidak lagi menyertai AJL kerana 4 tahun berturut-turut hanya sekadar berjaya ke peringkat separuh akhir je. 4 tahun tu! Tapi Ayda Jebat baru 2 tahun je kan? Sabar lah ye. Ada lagi 2 tahun lagi. Haha!

Jadi mari kita lihat antara komen komen yang dikeluarkan oleh Ayda Jebat sendiri di laman instagramnya.

"Korang ada taste."


"Kena baik dengan juri atau produser dulu..."


"Takkan berkembang selagi ada politik."

"Next buat lagu ala 90an."

"Industri taknak pembaharuan."


Normal lah bila tengah kecewa macam tu. Kadang kadang kita tak sedar kita mengeluarkan komen komen yang mungkin menyinggung hati dan perasaan orang lain. Cuma mungkin Ayda Jebat boleh elakkan komen komen seperti itu secara terbuka kerana mengundang pelbagai pandangan dan tanggapan negatif daripada orang ramai. Tapi kalau Ayda Jebat tak kisah, kisah pula aku? Haha! All the best to Ayda Jebat!

Isnin, 13 November 2017

Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) - Senarai Lagu, Penyanyi, Komposer & Penulis Lirik

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Tahniah kepada semua finalis Anugerah Juara Lagu ke-32! Nampaknya kita dapat lihat penyanyi-penyanyi muda dan baharu telah mendominasi pentas AJL ke-32 kali ni, antaranya ialah Khai Bahar, Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Hael Husaini dan Ara Johari. Tak dilupakan juga penyanyi-penyanyi yang saban tahun tersenarai dalam AJL, Dayang Nurfaizah dan Hazama. Adakah kategori Vokal Terbaik pada AJL kali ini akan menjadi milik Dayang Nurfaizah sekali lagi? Atau kehadiran Salma akan menamatkan ketuanan Dayang Nurfaizah terhadap kategori itu? Tapi jangan dilupa kehebatan dan kemerduan paduan suara Syamel dan Ernie Zakri!

Sejujurnya aku berpuas hati dengan senarai lagu yang berjaya ke AJL 32 ini. Walaupun aku mengharapkan lagu Terus Mencintai (Siti Nordiana), Aisyah (Projector Band), Zalikha (Floor 88) dan Lagu Untuk Laila (Akim & The Majistret) untuk mara, tapi lagu-lagu yang dah tersenarai ini pun dah cukup memadai. Cuma satu lagu je aku tak berapa berkenan! Lagu yang mana satu? Biarlah rahsia... Haha!

Lagu: AKHIRNYA CINTA
Penyanyi: Salma
Komposer & Penulis Lirik: Ajai & Slen

Lagu: AKU CINTA
Penyanyi: Syamel & Ernie Zakri
Komposer & Penulis Lirik: Syamel

Lagu: AKU YANG SEBENAR
Penyanyi: Hazama The Penglipur Lara
Komposer & Penulis Lirik: M.Nasir & Ad Samad

Lagu: AMBOI
Penyanyi: Altimet
Komposer & Penulis Lirik: Altimet

Lagu: BAYANG
Penyanyi: Khai Bahar
Komposer & Penulis Lirik: Alam & Patrick Anohada

Lagu: JAMPI
Penyanyi: Hael Husaini
Komposer & Penulis Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

Lagu: LEBIH SEMPURNA
Penyanyi: Syamel
Komposer & Penulis Lirik: Syamel

Lagu: MENAHAN RINDU
Penyanyi: Wany Hasrita
Komposer & Penulis Lirik: Ibnu & Gouffran

Lagu: SEJATI
Penyanyi: Azmi Caliph Buskers
Komposer & Penulis Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan

Lagu: SEPARUH MATI KU BERCINTA
Penyanyi: Dayang Nurfaizah
Komposer & Penulis Lirik: Ajai

Lagu: TERGANTUNG SEPI
Penyanyi: Haqiem Rusli
Komposer & Penulis Lirik: Ibnu & Gouffran

Lagu: WARKAH UNTUKKU
Penyanyi: Ara Johari
Komposer & Penulis Lirik: Hang Nadim & Laq

Tak sabarnya! Terlalu banyak lagu kegemaran aku layak ke pentas AJL ni. Rambang mata aku nak sokong yang mana satu. Haha!

Jumaat, 10 November 2017

Gaji 2018 - Jadual & Tarikh (Penjawat Awam)

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Bila duit dah habis, mula lah tertanya-tanya bila gaji nak masuk ni. Walaupun aku sebenarnya dah boleh agak agak tarikh gaji nak masuk, tapi aku tetap nak google juga. Aku seorang saja ke yang macam ni? Haha! Kes ni macam kita berulang kali buka tutup pintu peti ais dengan harapan sekotak coklat ferrero rocher muncul secara tiba-tiba lepas kali kedua kali ketiga kita buka pintu peti ais tu. Boleh?

Jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan ni adalah untuk rujukan serta semakan bagi penjawat awam atau kakitangan awam kerajaan bagi semua kementerian atau jabatan persekutuan seluruh negeri di Malaysia. Ni untuk memudahkan kita merancang dan menguruskan perbelanjaan isi rumah atau kewangan peribadi agar lebih teratur dan berhemah.

Tarikh Bayaran Gaji Bulanan Kakitangan Sektor Awam Tahun 2018

Januari
Tarikh Gaji: 25 Januari 2018

Februari
Tarikh Gaji: 8 Februari 2018

Mac
Tarikh Gaji: 22 Mac 2018

April
Tarikh Gaji: 25 April 2018

Mei
Tarikh Gaji: 24 Mei 2018

Jun
Tarikh Gaji: 7 Jun 2018

Julai
Tarikh Gaji: 25 Julai 2018

Ogos
Tarikh Gaji: 14 Ogos 2018

September
Tarikh Gaji: 25 September 2018

Oktober
Tarikh Gaji: 25 Oktober 2018

November
Tarikh Gaji: 22 November 2018

Disember
Tarikh Gaji: 24 Disember 2018

Simpan duit tu sikit. Ni aku cakap kat diri sendiri juga ni. Haha!

Lirik Lagu Achey - Yang Terindah

Salam.


Lirik Lagu Achey - Yang Terindah

Lihat diriku
aku merayu
walaupun secebis kasih
beri kepadaku

Ia cukup bermakna
sebelum ku terlena
lena untuk selamanya

Yang terindah
engkau tetap di dalam ingatan
yang terindah
manis mengatasi kepahitan

Cintaku tetap satu
hanyalah kepadamu
yang tersemat di ragaku

Yang terindah
ku pintakan di dalam doaku
yang terindah
bila tercipta cinta padamu

Setia di jiwaku
setia di hatiku
kaulah yang terindah

Lihat diriku
aku merayu secebis kasihmu
ia bermakna sebelum lena
lena selamanya

Cintaku tetap satu
hanyalah kepadamu
yang tersemat di ragaku

Yang terindah
ku pintakan di dalam doaku
yang terindah
bila tercipta cinta padamu

Setia di jiwaku
setia di hatiku
kaulah yang terindah

Selasa, 7 November 2017

Rahsia Nugget Ayam McD - Lebih Jimat & Kenyang!

Salam.


Pehhh... Sedapnya nugget ayam McDonald's ni! Aku ni kalau dah kenyang, kalau setakat nak kunyah kunyah, aku ambil set nugget ayam je bila singgah McDonald's. Cuma tak kenyang sangat lah kalau ambil set nugget ayam tu. Padahal harga dah sama dengan set burger dan ayam goreng kan? Jadi beli lah set burger atau ayam goreng kerana lepas ni korang dah boleh goreng sendiri nugget ayam McDonald's tu kat rumah. Lebih jimat, lebih kenyang, lebih puas hati! Ehhh... Biar betik? Betik lah ni! Tak percaya, lepas ni korang boleh cuba beli nugget ayam dari jenama First Pride. Rasa dia memang sama dengan nugget ayam McDonald's! Haaa... First Pride tu yang mana satu? Macam kat bawah ni.


Kenapa nugget ayam dari jenama First Pride ni sama dengan nugget ayam dari McDonald's? Kerana First Pride ni adalah merupakan produk MacFood Services (M) Sdn Bhd! Haaa... Jadi lepas ni kalau korang singgah McDonald's, tak payah lah ambil set nugget ayam ni. Sebab harga set tu dah boleh beli lebih daripada 15 ketul nugget ayam. Ehhh... Ke lebih? Aku pun takde masa nak kira berapa ketul nugget ayam dalam tu. Kau kira sendiri boleh tak? Emosi pula tiba-tiba. Haha!


Tapi kalau dah malas nak fikir tu, beli je lah nugget ayam kat McDonald's tu.

Isnin, 6 November 2017

Aishah Diperli Terlebih Kos Kain, Tiada Designer Sudi Taja Baju

Salam.


Masa konsert Gegar Vaganza minggu ke-2 semalam, aku tak berapa berkenan dengan baju Aishah tu sebenarnya. Baik dari segi pemilihan warna baju, gaya tudung dan rekaan baju tu sendiri, aku rasa agak kurang menyenangkan. Serba serbi tak kena! Tapi tu pada mata aku je lah. Tapi rupa-rupanya ada kisah di sebalik semua tu! Aku dapat tahu rupa-rupanya tiada designer yang sudi untuk menaja baju Aishah setakat hari ni. Hmmm... Kesiannya! Menurut Deegun Rahman, ada designer siap perli takut takut terlebih kos beli kain pula. Pehhh... Kejam betul perangai. Tak nak sponsor tu dah lah, tak payah lah nak perli sampai macam tu sekali. Betul tak?


Teringat kejadian Siti Nordiana masa Gegar Vaganza musim ke-2 yang lalu. Pada awalnya, memang takde designer nak taja Siti Nordiana kerana nama dia masa tu memang sejuk beku belum keluar dari freezer. Tapi tengok lah lepas tu, terus designer berlumba-lumba nak taja baju dia sampai hari ni. Hebat kan?

Cuma aku betul betul kesian kat Aishah ni. Sebab Aishah ni bukan penyanyi satu lagu lepas tu terus senyap dan tenggelam. Aishah ni living legend kot! Lagu hits Aishah ni punya lah bersepah sana sini. Vokal Aishah terutamanya masa zaman kegemilangan dia dulu tu tak payah cakap lah, memang terbaik di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Anugerah Industri Muzik (AIM). Tapi nasib Aishah sekarang? Hmmm... Semoga lepas ni ada juga rezeki Aishah untuk bekerjasama dengan designer di pentas Gegar Vaganza musim ke-4 ni. Semoga berjaya Aishah!

-dikemas kini-

Alhamdulillah. Setelah cerita ini menjadi tular, Aishah telah dihujani dengan pelbagai tawaran untuk tajaan baju bagi konsert Gegar Vaganza minggu ke-3. Haaa... Tu nama dia rezeki. Namun, Aishah turut menjelaskan situasi sebenar mengenai cerita yang tersebar tentang tiada designer yang sudi untuk menaja baju  dia. Menurut Aishah, tidak timbul isu tiada penaja kerana dia lebih selesa bersederhana macam sekarang ni, cukup sekadar ditemani oleh suami.



Semoga Aishah terus dimurahkan rezeki!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com