Sabtu, 31 Mac 2018

Sertai Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018) Plaza Shah Alam

Salam.


Pencarian Ikon Wanita Melayu kini kembali! Haaa... Ni dah masuk tahun kelima penganjuran Pencarian Wanita Melayu atau lebih sinonim dengan akronim PWM ni. Jadi apa yang menariknya tahun ni? Pada tahun ini, pihak penganjur telah membuka peluang kepada semua gadis Melayu kat luar sana tu tanpa mengira saiz atau bentuk tubuh badan untuk mencuba nasib di pentas Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018). Maksudnya tak kisah lah kurus ke, gemuk ke, tak berapa kurus ke, tak berapa gemuk ke, feeling model ke, feeling ahli gusti ke, semua boleh masuk PWM2018 ni! Serius ni aku tak tipu. Tahniah Plaza Shah Alam!


Berminat? Haaa... Tengok butiran mengenai uji bakat yang akan dijalankan kat bawah ni.

Sesi Uji Bakat Pencarian Wanita Melayu 2018
Tarikh: 31 Mac 2018
Tempat: Plaza Shah Alam
Masa: 11 pagi (sesi pertama) dan 2 petang (sesi kedua)

Setiap peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, kemahiran berkomunikasi dan bakat yang ingin ditonjolkan.

“Malay Girls Rule Too!”

Seiring dengan kempen global woman empowerment, pihak Plaza Shah Alam mengambil peluang dengan menjadikan tagline “Malay girls rule too!” sebagai tagline rasmi yang akan digunakan sepanjang tempoh penganjuran Pencarian Wanita Melayu tahun ini.



Mentoring Session

Ini julung julung kalinya sesi mentoring akan diadakan buat 12 finalis yang akan terpilih. Empat mentor yang terpilih adalah pemenang Pencarian Wanita Melayu yang terdahulu, iaitu, Ashira Kaseh (2014), Ayu Harris (2015), Hazwani Zaini (2016) dan Nurul Ain (2017).

Setiap mentor akan ditugaskan untuk mengendalikan 3 finalis bagi membentuk personaliti, keyakinan serta imej sebagai wanita Melayu. Kelas solekan, etika, pertandingan memasak dan aktiviti luar sebagai riadah telah disusun sepanjang tempoh seminggu sebelum mereka melangkah ke peringkat akhir PWM2018.

Habib Jewels Penaja Utama PWM2018

Habib Jewels menjadi penaja utama program Pencarian Wanita Melayu 2018 kali ini sama seperti tahun sebelumnya. Antara penaja lain yang turut memberi sokongan terhadap penganjuran PWM2018 ialah Ice-Watch, Elianto, ARCO.MY dan D’Qapas.


Kat bawah ni adalah merupakan acara yang telah disusun untuk acara PWM2018.

31 Mac 2018
Sesi uji bakat di ruang legar Plaza Shah Alam

5 April 2018
Press conference PWM2018

21 April 2018
Peringkat separuh akhir PWM2018

22 April 2018
Mentoring Session
  • Rock climbing
  • Kelas etika
  • Perundingan imej & fitting session bagi peringkat akhir

23 April 2018
Kelas dan demo solekan bersama ELIANTO
Lokasi: Elianto HQ, Mid Valley

25 April 2018
Lawatan ke HQ Habib Jewels selaku penaja utama PWM2018

26 April 2018
Pertandingan memasak
Lokasi: Plaza Shah Alam

28 April 2018
Acara Kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018
Lokasi: Plaza Shah Alam
Masa: 2 hingga 5 petang 

Pencarian Wanita Melayu - Plaza Shah Alam

Tujuan Pencarian Wanita Melayu ini diadakan adalah bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden pada hari ini. Mula dianjurkan pada tahun 2014, pemenang utama akan menerima gelaran Ikon Wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden pada hari ini.

Sepanjang penganjuran acara ini, empat Ikon Wanita telah diangkat, iaitu, Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini dan Nurul Ain Basiron.


Plaza Shah Alam

Berada di tengah bandar Shah Alam, Plaza Shah Alam yang terletak di Seksyen 9 ni telah lebih sepuluh tahun menawarkan keperluan gaya hidup seharian. Bukan setakat tu je, kat Plaza Shah Alam yang dimiliki syarikat Evergreen Venues Sdn Bhd ni turut dihuni badan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, FAMA dan lain-lain.

Untuk syarat penyertaan, korang boleh baca kat laman rasmi Plaza Shah Alam seperti di bawah:

Laman Web: http://www.plazashahalam.com/contests/borang-penyertaan-pencarian-wanita-melayu-2018

Facebook: https://www.facebook.com/PLAZA.SHAH.ALAM/

Instagram: https://www.instagram.com/plazashahalam/

Semoga berjaya!

Jumaat, 23 Mac 2018

Senarai Gunung Tertinggi Di Malaysia: Menuju Puncak Gemilang Cahaya

Salam.


Bukan main bersemangat nampak? Haaa... Kat sini aku cuba senaraikan gunung-gunung yang terdapat di Malaysia mengikut ketinggian. Kot kot boleh jadi reference untuk ekspedisi pendakian aku yang seterusnya. Tapi harap harap bukan sekadar hangat hangat tahi ayam lah kan? Haha! Jadi mari kita tengok gunung mana yang kita dah daki, gunung mana yang kita belum daki, gunung mana yang kita tak pernah dengar, gunung mana yang biar betul gunung ni ada kat Malaysia dan gunung mana yang kenapa bukit lebih tinggi dari gunung. 

Senarai Gunung Di Malaysia Mengikut Ketinggian Dalam Meter
  1. Gunung Kinabalu, Sabah - 4,095 meter
  2. Gunung Trusmadi, Sabah - 2,642 meter
  3. Gunung Tambuyukon, Sabah - 2,579 meter
  4. Gunung Murud, Sarawak - 2,422 meter
  5. Gunung Mulu, Sarawak - 2,376 meter
  6. Gunung Tahan, Pahang - 2,187 meter
  7. Gunung Korbu, Perak - 2,183 meter
  8. Gunung Yong Belar, Sempadan Perak-Kelantan - 2,181 meter
  9. Gunung Gayong, Perak - 2,173 meter
  10. Gunung Chamah, Kelantan - 2,171 meter
  11. Gunung Yong Yap, Sempadan Perak-Kelantan - 2,167 meter
  12. Gunung Ulu Sepat, Sempadan Perak-Kelantan - 2,161 meter
  13. Gunung Batu Putih, Perak - 2,131 meter
  14. Gunung Tama Abu, Sarawak - 2,112 meter
  15. Gunung Irau, Pahang - 2,110 meter
  16. Gunung Benum, Pahang - 2,107 meter
  17. Gunung Apd Runan, Sarawak - 2,103meter 
  18. Gunung Gerah, Sempadan Perak-Kelantan - 2,103 meter
  19. Bukit Batu Lawi, Sarawak - 2,092 meter
  20. Bukit Batu Buli, Sarawak - 2,092 meter
  21. Gunung Tumang Batak, Sempadan Perak-Pahang - 2,082 meter
  22. Gunung Bilah, Sempadan Perak-Kelantan - 2,081 meter
  23. Gunung Berembun, Pahang - 2,078 meter
  24. Gunung Bieh, Perak - 2,073 meter
  25. Gunung Belatok, Perak - 2,031 meter
  26. Gunung Junction, Perak-Pahang-Kelantan - 2,071 meter
  27. Gunung Gedung, Pahang - 2,065 meter
  28. Bukit Batu Lawit, Sarawak - 2,046 meter
  29. Gunung Berinchang, Pahang - 2,031 meter
  30. Bukit Batu Iran, Sarawak - 2,018 meter
  31. Gunung Tangga, Pahang - 2,014 meter
  32. Gunung Swettenham, Perak - 1,961 meter
  33. Gunung Shoid, Kelantan - 1,947 meter
  34. Gunung Hulu Kechau, Pahang - 1,945 meter 
  35. Gunung Lamaku, Sabah - 1,943 meter
  36. Gunung Liang Timur, Pahang - 1,933 meter
  37. Gunung Liang Barat, Perak - 1,933 meter
  38. Gunung Berhid, Kelantan - 1,931 meter
  39. Gunung Challi, Sempadan Perak-Pahang - 1,922 meter
  40. Gunung Siku, Pahang - 1,915 meter
  41. Gunung Tok Nenek, Perak - 1,904 meter
  42. Gunung Noring, Perak - 1,888 meter
  43. Gunung Bintang, Perak-Kedah - 1,862 meter
  44. Gunung Noring Timur, Sempadan Perak-Kelantan - 1,861 meter
  45. Bukit Pagon, Sarawak - 1,850 meter
  46. Gunung Beremban, Pahang - 1,841 meter
  47. Gunung Basor, Kelantan - 1,840 meter
  48. Gunung Bintang Utara, Kedah - 1,835 meter
  49. Gunung Semangkok, Selangor - 1,824 meter
  50. Gunung Penelope, Pahang - 1,800 meter
  51. Gunung Suku, Perak - 1,797 meter
  52. Gunung Kuar, Perak - 1,772 meter
  53. Gunung Ulu Kali, Selangor - 1,772 meter
  54. Bukit Bujang, Pahang - 1,771 meter
  55. Gunung Besar, Perak - 1,748 meter
  56. Gunung Warpu, Kelantan - 1,745 meter
  57. Gunung Rock, Pahang - 1,740 meter
  58. Gunung Cecil, Pahang - 1,740 meter
  59. Gunung Besah, Perak - 1,720 meter
  60. Gunung Chabang, Perak - 1,711 meter
  61. Gunung Beluat, Pahang - 1,700 meter
  62. Gunung Jasar, Pahang - 1,696 meter
  63. Gunung Rajah, Selangor - 1,684 meter
  64. Gunung Titiwangsa, Perak - 1,680 meter
  65. Bukit Tunggul, Sempadan Selangor-Pahang - 1,663 meter
  66. Gunung Hulu Semangkok, Sempadan Selangor-Pahang - 1,668 meter
  67. Gunung Bubu, Perak - 1,657 meter
  68. Gunung Bah Gading, Perak - 1,621 meter
  69. Gunung Murud Kecil, Sarawak - 1,620 meter
  70. Gunung Rambong, Perak - 1,600 meter
  71. Gunung Tamu Renan, Sarawak - 1,585 meter
  72. Gunung Tenampok, Sabah - 1,581 meter
  73. Gunung Perdah, Pahang - 1,576 meter
  74. Gunung Ulu Jerneh, Perak - 1,576 meter
  75. Gunung Bintang South, Perak - 1,560 meter
  76. Gunung Tera, Kelantan - 1,556 meter
  77. Gunung Ulu Teras, Perak - 1,549 meter
  78. Gunung Rabong, Kelantan - 1,538 meter
  79. Gunung Ulu Titi Basah, Perak - 1,533 meter
  80. Bukit Hulu Bernam, Selangor - 1,526 meter
  81. Gunung Lebah, Pahang - 1,522 meter
  82. Gunung Pallas, Pahang - 1,520 meter
  83. Gunung Lawit, Terengganu - 1,519 meter
  84. Gunung Tapis, Pahang - 1,512 meter
  85. Gunung Ayam, Kelantan - 1,504 meter
  86. Gunung Behrang, Perak - 1,500 meter
  87. Gunung Nuang, Selangor - 1,493 meter
  88. Gunung Bedung, Pahang - 1,469 meter
  89. Gunung Besar Hantu, Sempadan Pahang-Negeri Sembilan - 1,461 meter
  90. Bukit Peteri, Pahang - 1,461 meter
  91. Gunung Mandi Angin, Sempadan Terengganu-Pahang - 1,460 meter
  92. Pine Tree Hill, Sempadan Selangor-Pahang - 1,456 meter
  93. Gunung Ulu Merah, Perak - 1,450 meter
  94. Gunung Hijau, Perak - 1,448 meter
  95. Gunung Ulu Perus, Pahang - 1,433 meter
  96. Gunung Bunga Buah, Selangor - 1,430 meter
  97. Gunung Stong, Kelantan - 1,422 meter
  98. Gunung Chingkai, Perak - 1,397 meter
  99. Gunung Diwangsa, Pahang - 1,395 meter
  100. Gunung Hulu Bakar, Pahang - 1,391 meter
  101. Gunung Palas, Pahang - 1,391 meter
  102. Gunung Che Tahir, Kelantan - 1,379 meter
  103. Gunung Ulu Telang, Pahang - 1,376 meter
  104. Gunung Gagau, Sempadan Kelantan-Terengganu-Pahang - 1,376 meter
  105. Gunung Bintang False, Perak - 1,373 meter
  106. Bukit Selidang, Sarawak - 1,372 meter
  107. Gunung Nonohan, Sabah - 1,366 meter
  108. Gunung Menyelit, Sarawak - 1,362 meter
  109. Gunung Talang, Selangor - 1,345 meter
  110. Gunung Ulu Bakau, Sempadan Selangor-Pahang - 1,345 meter
  111. Gunung Magdalena, Sabah - 1,346 meter
  112. Gunung Inas, Sempadan Perak-Kedah - 1,341 meter
  113. Gunung Ulu Soh, Perak - 1,324 meter
  114. Gunung Malalon, Sabah - 1,320 meter
  115. Gunung Terbakar, Pahang - 1,320 meter
  116. Bukit Kabut, Perak - 1,318 meter
  117. Gunung Padang, Terengganu - 1,315 meter
  118. Gunung Berangkat, Kelantan - 1,297 meter
  119. Gunung Saji, Kelantan - 1,284 meter
  120. Gunung Tribulation, Sabah - 1,280 meter
  121. Gunung Perdis, Pahang - 1,279 meter
  122. Gunung Ledang, Johor - 1,276 meter
  123. Gunung Panggang Paku, Pahang - 1,266 meter
  124. Bukit Lata Papalang, Kedah - 1,266 meter
  125. Gunung Paya Tengah Poi, Sarawak - 1,242 meter
  126. Gunung Bujang Melaka, Perak - 1,234 meter
  127. Gunung Kenderong, Perak - 1,223 meter
  128. Gunung Biong, Perak - 1,218 meter
  129. Gunung Jerai, Kedah - 1,217 meter
  130. Gunung Panggau Dulang, Sarawak - 1,210 meter
  131. Gunung Gajah Terom, Terengganu - 1,206 meter
  132. Bukit Ulu Laho, Perak - 1,203 meter
  133. Gunung Jasar, Perak - 1,200 meter
  134. Gunung Baubak, Sempadan Kedah-Perak - 1,199 meter
  135. Gunung Telapak Buruk, Negeri Sembilan - 1,193 meter
  136. Gunung Irong, Pahang - 1,191 meter
  137. Changkat Perah, Perak - 1,185 meter
  138. Gunung Chintawangsa, Kelantan - 1,184 meter
  139. Gunung Sarut, Terengganu - 1,180 meter
  140. Gunung Lang, Perak - 1,145 meter
  141. Gunung Hulu Lenik, Selangor - 1,140 meter
  142. Gunung Guak Rimau, Perak - 1,131 meter
  143. Gunung Templer, Sabah - 1,120 meter
  144. Gunung Kubang Badak, Kedah - 1,113 meter
  145. Gunung Gabis, Pahang - 1,106 meter
  146. Gunung Penumpu, Pahang - 1,094 meter
  147. Gunung Unyok Tapang, Sarawak - 1,080 meter
  148. Gunung Laris, Pahang - 1,075 meter
  149. Gunung Terra, Kelantan - 1,068 meter
  150. Gunung Pulang, Pahang - 1,063 meter
  151. Gunung Peninjau, Perak - 1,058 meter
  152. Gunung Serundum, Pahang - 1,055 meter
  153. Gunung Lerek, Pahang - 1,049 meter
  154. Gunung Kachang, Terengganu - 1,047 meter
  155. Gunung Tebu, Terengganu - 1,039 meter
  156. Gunung Belalai, Pahang - 1,038 meter
  157. Gunung Besar, Johor - 1,036 meter
  158. Bukit Mersing, Sarawak - 1,019 meter
  159. Gunung Tiong, Johor - 1,014 meter
  160. Gunung Belumut, Johor - 1,010 meter
  161. Gunung Pari, Johor - 1,006 meter
  162. Gunung Perenggan, Sempadan Kedah-Perak-Thailand - 998 meter
  163. Gunung Kubang, Terengganu - 980 meter
  164. Gunung Serudum, Pahang - 975 meter
  165. Gunung Pukin, Sempadan Johor-Pahang - 967 meter
  166. Gunung Tembat, Terengganu - 960 meter
  167. Gunung Brangsa, Sarawak - 960 meter
  168. Gunung Bekok, Johor - 953 meter
  169. Gunung Lubok Koi, Sarawak - 943 meter
  170. Gunung Cherlak, Pahang - 934 meter
  171. Gunung Tungku, Pahang - 928 meter
  172. Bukit Kobeh, Perak - 896 meter
  173. Gunung Rembau, Negeri Sembilan - 884 meter
  174. Gunung Raya, Kedah - 881 meter
  175. Gunung China, Kedah - 881 meter
  176. Bukit Tajam, Pahang - 877 meter
  177. Bukit Tujuh, Pahang - 867 meter
  178. Gunung Perak, Kedah - 864 meter
  179. Gunung Hulu Pari, Perak - 860 meter
  180. Bukit Chergau, Terengganu - 855 meter
  181. Gunung Hulu Kemapan, Pahang - 854 meter
  182. Gunung Chemendong, Johor - 846 meter
  183. Gunung Tok Bidan, Kedah - 842 meter
  184. Gunung Pertawai, Johor - 840 meter
  185. Gunung Jua, Pahang - 829 meter
  186. Western Hill, Pulau Pinang - 830 meter
  187. Gunung Angsi, Negeri Sembilan - 824 meter
  188. Gunung Santubong, Sarawak - 810 meter
  189. Gunung Ulu Baranang, Sempadan Negeri Sembilan-Selangor - 809 meter
  190. Gunung Keledang, Perak - 808 meter
  191. Gunung Gagak, Negeri Sembilan - 807 meter
  192. Gunung Ulu Kaho, Sempadan Perak-Thailand - 792 meter
  193. Gunung Kapal, Terengganu - 790 meter
  194. Bukit Idung, Pahang - 781 meter
  195. Gunung Silantek, Sarawak - 780 meter
  196. Bukit Ulu Tapah, Perak - 778 meter
  197. Gunung Bayu, Kedah - 776 meter
  198. Gunung Bagahak, Sabah - 774 meter
  199. Gunung Berantai, Pahang - 768 meter
  200. Gunung Tampin, Negeri Sembilan - 764 meter
  201. Bukit Derow, Pahang - 745 meter
  202. Gunung Spaoh, Sarawak - 740 meter
  203. Gunung Perlis, Sempadan Kelantan-Pahang - 733 meter
  204. Mount Wullerstorf, Sabah - 720 meter
  205. Bukit Tok Jenung, Pahang - 720 meter
  206. Gunung Mat Chinchang, Kedah - 713 meter
  207. Gunung Padang Temambong, Sempadan Pahang-Perak - 701 meter
  208. Gunung Hulu Lawit, Perak - 679 meter
  209. Gunung Bongsu, Kedah - 658 meter
  210. Gunung Janing, Johor - 655 meter
  211. Gunung Pulai, Johor - 654 meter
  212. Bukit Chini, Pahang - 641 meter
  213. Gunung Jono, Negeri Sembilan - 640 meter
  214. Gunung Muntahak, Johor - 634 meter
  215. Bukit Batu Lawi, Sarawak - 624 meter
  216. Gunung Sumalayang, Johor - 614 meter
  217. Bukit Damar Dua, Perak - 607 meter
  218. Bukit Pelarit, Perlis - 553 meter
  219. Bukit Ma'okil, Johor - 578 meter
  220. Mount Hatton, Sabah - 570 meter
  221. Bukit Pemandang, Pahang - 566 meter
  222. Bukit Lubok Kawah, Perak - 560 meter
  223. Bukit Seluang, Perak - 560 meter
  224. Gunung Janing Barat, Johor - 543 meter
  225. Gunung Sirongol, Sabah - 541 meter
  226. Bukit Cemingat, Pahang - 524 meter
  227. Bukit Jenderus, Pahang - 520 meter
  228. Gunung Panti Barat, Johor - 513 meter
  229. Gunung Lambak, Johor - 510 meter
  230. Gunung Senyum, Pahang - 486 meter
  231. Bukit Bertangga, Pahang - 472 meter
  232. Gunung Panti, Johor - 457 meter
  233. Bukit Takun, Pahang - 442 meter
  234. Gunung Lubok Tedong, Selangor - 433 meter
  235. Bukit Banang, Johor - 427 meter
  236. Gunung Lepo, Selangor - 427 meter
  237. Bukit Broga, Selangor - 400 meter
  238. Bukit Tabur, Selangor - 396 meter
  239. Bukit Batu Tongkat, Johor - 395 meter 
  240. Bukit Gayong, Pahang - 339 meter

Berdasarkan senarai gunung kat atas ni, dah berapa puncak yang korang dah tawan? Haaa... Dah boleh plan next hiking kat mana dan bila ni.

Khamis, 22 Mac 2018

Panduan & Pengalaman Mendaki Gunung Angsi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Salam.


Pada hari Selasa bersamaan dengan 20 Mac 2018, aku dan kawan-kawan kat tempat kerja telah berjaya menawan puncak Gunung Angsi yang terletak kat Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Haaa... Jangan risau, aktiviti mendaki Gunung Angsi ni dah dapat pelepasan dari Pengarah. Lagipun pelajar-pelajar tengah cuti pertengahan semester sekarang ni.

Kami bergerak dengan menaiki kenderaan sendiri. Tiada kenderaan disediakan nampaknya. Jadi semua bertolak dari rumah masing-masing. Jarak rumah aku dengan Gunung Angsi lebih kurang 70 kilometer, hampir 60 minit masa perjalanan. Aku keluar rumah lepas Subuh dalam pukul 6:20 pagi tu! Gigih ke tidak? Aku pergi kerja pun tak pernah seawal tu.


Tempat Permulaan Mendaki Gunung Angsi

Hari tu aku terus buka aplikasi Waze dan terus cari "Gunung Angsi Entrance". Alhamdulillah. Aku terus sampai kat tempat permulaan mendaki Gunung Angsi tu. Paling mengejutkan aku orang pertama sampai kat situ! Kalau ikut rekod ketepatan masa aku, aku sentiasa gagal je. Tak sangka hari tu aku sangat cemerlang! Haha! Jadi untuk mudah tak nak sesat atau salah tempat, korang guna Waze je. Mudah kan? Cuma jodoh je korang tak boleh nak guna Waze.




Permit dan Pendaftaran

Kat situ nanti ada kaunter permit dan pendaftaran. Kaunter dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat (7:30 pagi - 11:00 pagi) dan Sabtu hingga Ahad (6:00 pagi - 11:30 pagi). Harga permit untuk mendaki Gunung Angsi adalah serendah RM5.  Tapi hari tu kaunter lambat buka sikit dekat 8:45 pagi juga baru buka walaupun kat situ diberitahu kaunter buka pukul 7:30 pagi. Maklum je lah, hari bekerja kan tak ramai orang maka tu kaunter dia buka lambat sikit.


Trek Pendakian

Trek mendaki Gunung Angsi ni pada pendapat aku berada pada tahap sederhana. Ada part curam, ada part landai. Tapi dorang kata trek Gunung Datuk lebih mencabar! Aku pun tak ingat macam mana trek Gunung Datuk. Aku pernah naik Gunung Datuk masa Tingkatan 5 tahun 2005 dulu. Haaa... Diam tak diam dah 13 tahun dah aku tinggalkan sekolah! Gila! Apasal aku rasa macam baru tahun lepas ambil SPM? Nampak sangat menipu kan?





Masa Mendaki

Kami mula mendaki lebih kurang pukul 9:00 pagi macam tu. Sepanjang mendaki tu, beberapa kali juga aku berhenti rehat. Haha! Semput lah! Usia dah mencecah angka 30 ni, rasa stamina ni dah sendu sangat. Tapi alhamdulillah, aku dan tiga orang kawan yang lain berjaya sampai ke puncak Gunung Angsi dalam masa 1 jam 20 minit. Kira kami ni empat orang pertama yang sampai ke puncak Gunung Angsi hari tu. Agak agak pukul berapa aku sampai kat puncak tu? Begitulah soalan matematik peperiksaan pertengahan tahun.




Pemandangan Puncak Gunung Angsi

Secara peribadi, pemandangan kat puncak Gunung Angsi ni biasa biasa je. Tak semegah kat puncak bukit-bukit atau gunung-gunung yang lain. Tapi takpe lah, pengalaman dan kepuasan mendaki tu yang kita cari. Apa yang penting kita dah berjaya tawan puncak Gunung Angsi. Betul tak? Pemandangan cantik ke tidak itu perkara kedua. Kalau cantik ya bonus tapi kalau tak cantik pun bukan masalah. Tapi nasib baik kami mendaki pada hari bekerja jadi takde orang sangat kat puncak gunung hari tu. Syukur!






Gunung Angsi

Ketinggian: 825 meter atau 2707 kaki
Koordinat: 2.6986° N, 102.0481° E
Permit: RM5
Masa Mendaki: 1 jam hingga 2 jam

Lepas ni puncak mana pula aku nak tawan? Puncak kasih kita boleh? Cia cia cia...

Review Filem 3AM Part 3 - Seram & Kelakar Jadi Satu!

Salam.


Sebagai salah seorang peminat cerita seram dari Thailand, aku gembira gila bila dapat peluang tonton tayangan perdana filem hantu Thai ni yang berjudul 3AM Part 3. Kalau korang perasan, cerita hantu Thai ni selalu ada jalan cerita di sebalik babak seram dan lawak yang dipaparkan dalam setiap filem tu. Masa mula mula tu mungkin kita tak berapa nak faham, tapi bila dah kat hujung hujung tu mesti dia tunjukkan sebab kenapa hantu tu kacau atau bunuh orang tertentu. Pada pendapat aku, it makes sense lah bila hantu tu kacau atau bunuh orang tertentu dengan tujuan yang spesifik. Maksud aku, ada kemungkinan orang yang kena kacau atau bunuh tu punca kematian hantu tu ke kan siapa sangka siapa menduga engkau berubah tiada ku pinta.


Jadi berbalik kepada filem 3AM Part 3 ni, filem ni ada tiga bahagian cerita yang berlainan. Tapi sebenarnya ketiga-tiga cerita tu berkaitan antara satu sama lain. Haaa... Macam mana tu? Ada watak dalam cerita pertama muncul dalam cerita kedua dan ketiga. Faham ke tidak? Kalau tak faham, nak kena tengok lah filem 3AM Part 3 ni. Haha!

Cerita pertama ni relatable dengan masa kini. Cerita dia mengenai pengguna media sosial yang gila dengan publisiti murahan untuk video atau posting viral. Tentang seorang pekerja tol yang membuat posting viral sehingga menyebabkan orang yang diviralkan tu mati. Tapi ada twist dia! Haaa... Nak tahu, kena lah tengok filem ni. By the way, antara tiga cerita ni, bagi aku cerita pertama ni paling best! Seram dan kelakar!

Cerita kedua pula agak mengelirukan. Aku tak berapa faham sebenarnya. Jadi aku simpan komen aku. Haha! Cerita ketiga ni lebih kepada sedih tapi pada masa yang sama kelakar. Maksud aku, sangat kelakar! Aku gelak setengah gila tengok cerita ketiga ni. Twist dia memang korang takkan jangka! Tak percaya? Tengoklah sendiri! 



Overall, filem 3AM Part 3 ni aku bagi 3 bintang. Aku suka dengan filem ni sebab ada part seram dia ada part lawak dia dan seperti biasa lawak cerita hantu Thai tak pernah mengecewakan! Terima kasih kepada Hangat.com kerana menaja tayangan ni. Kalau ada tayangan lagi lepas ni, hulur hulurkan tangan ringan ringankan beban. Bye!

Penulis Artikel: OhQarl

Lirik Lagu Khai Bahar & Fatin Husna - Rahsia Kita

Salam.


Nampaknya Khai Bahar dan Fatin Husna dah muncul dengan single duet pertama mereka berjudul Rahsia Kita. Video muzik lagu tersebut juga dilancarkan pada hari yang sama dengan video muzik lagu duet Wany Hasrita dan Tajul dengan tajuk Rindu Dalam Benci. Wow! Tak pasti sama ada ini strategi pemasaran yang bijak atau sebaliknya. Dah tentu kedua-dua lagu akan dibanding-bandingkan kerana kedua-kedua lagu tersebut adalah merupakan lagu duet antara penyanyi-penyanyi yang popular masa kini. Dan setiap penyanyi mempunyai kelompok peminat tersendiri.

Lagu Rahsia Kita duet Khai Bahar dan Fatin Husna ini lebih moden dan segar berbanding lagu Rindu Dalam Benci duet Wany Hasrita dan Tajul yang masih mengekalkan pop melayu yang dibawakan oleh Achik Spin dan Siti Nordiana. Tapi lagu mana yang lebih sedap? Haaa... Lagu mana yang lebih sedap itu subjektif. Orang kata ikut selera masing-masing lah ye? Kalau ikut selera aku, aku lebih tangkap perasaan dengan lagu Rindu Dalam Benci berbanding lagu Rahsia Kita. 

Lirik Lagu Khai Bahar & Fatin Husna - Rahsia Kita

Khai Bahar:
Angin perlahan menyentuh jantungku
Bercerita tentang kita
Tak ku temukan sebuah jawapan
Dalam ketenangan

Fatin Husna:
Haruskah ku simpan semuanya
Rahsia antara kita berdua
Bakal kau temui setelah ku tiada

Khai Bahar:
Tak ku sangka sesuatu darimu
Indah umpama langit
Namun akhirnya dirimu
Membuatkan aku terluka

Fatin Husna:
Hati meruntun cari pandangan
Akhirnya tak kelihatan
Tak ku temukan sebuah jawapan
Dalam kepalsuan

Khai Bahar & Fatin Husna:
Haruskan ku simpan semuanya
Rahsia antara kita berdua
Bakal kau temui setelah ku tiada

Khai Bahar:
Tak ku sangka sesuatu darimu
Indah umpama langit
Namun akhirnya dirimu
Membuatkan aku terluka

Khai Bahar:
Nafas menanti kepastian
Hilang cari jawapan
Cintamu pada diriku
Terhenti buat seketika

Khai Bahar & Fatin Husna:
Tak ku sangka sesuatu darimu
Indah umpama langit
Namun akhirnya dirimu
Membuatkan aku terluka

Khai Bahar & Fatin Husna:
Nafas menanti kepastian
Hilang cari jawapan
Cintamu pada diriku
Terhenti buat seketika


Lirik Lagu Wany Hasrita & Tajul - Rindu Dalam Benci

Salam.


Wah! Duet Wany Hasrita dan Tajul kembali dengan single kedua bertajuk Rindu Dalam Benci. Sejujurnya lagu baru ni sama sedap (mungkin lebih sedap?) dengan lagu mereka sebelum ni, Di Sana Cinta Di Sini Rindu. Terima kasih diucapkan kepada komposer Patrick Kamis kerana terus menghasilkan lagu duet seperti ini, meneruskan legasi Achik Spin dan Siti Nordiana di industri hiburan. Aku suka betul dengan suara Wany Hasrita dalam lagu kali ni, merdu gila. Suara Tajul pula melengkapkan kemerduan suara Wany Hasrita. Suara kedua-dua penyanyi tidak melebihi antara satu sama lain. Such a perfect duo!

Lirik Lagu Wany Hasrita & Tajul - Rindu Dalam Benci

Wany Hasrita:
Jauh tersemat di jiwaku
Rasa rindu dalam benci
Kerna timbulnya rasa sayang
Sayangnya terpaksa mengalah

Tajul:
Kita hanya insan biasa
Penuh dugaan tidak terduga
Menumpang rindu dan sayang
Pada yang bukan milik kita

Wany Hasrita:
Walau sakit tanpa kerelaan
Melepas segala yang tercipta

Tajul:
Takdirnya kita pasrah
Kembalikan rindu kita

Wany Hasrita:
Pada dia yang setia
Kita telah melafazkan janji

Tajul:
Menjadi pasangan bahagia
Bersamanya untuk selamanya

Wany Hasrita:
Ku masih terbayang-bayang
Lepaskan saja usah dikenang

Tajul:
Tak usah melayan rindu
Kerana kita milik orang


Jumaat, 16 Mac 2018

Ketahui Hak Pekerja Di Malaysia: JTK, KWSP & PERKESO

Salam.


Semester kali ni aku ditugaskan untuk mengajar kursus Hak Pekerja kepada semua pelajar semester 5 kat sini. Kira semester terakhir mereka belajar kat sini lah. Sebenarnya kursus Hak Pekerja ni pertama kali dijalankan pada semester ni. Walaupun aku ni bidang matematik, tapi atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, kursus matematik terpaksa digugurkan untuk beberapa semester belakangan ni. Dalam masa aku mengajar kursus Hak Pekerja ni, aku juga belajar banyak perkara yang mungkin sebelum ni aku tak ambil pusing langsung.

Objektif kursus Hak Pekerja ni diperkenalkan kepada pelajar agar mereka lebih memahami hak dan tanggungjawab Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum memasuki alam pekerjaan. Selain itu, kursus ini membantu mempersiapkan pelajar tentang asas perancangan kewangan dan persaraan supaya mereka lebih bersedia menghadapi hari tua. Pelajar juga didedahkan dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK), KWSP dan PERKESO. Bagus kan? Kursus ni memperkasakan pelajar untuk bekerja dan mengetahui hak-hak mereka sebagai pekerja.

Bagi kursus Hak Pekerja ni, silibus latihan dibahagikan kepada empat (4) topik utama. Jadi mari kita tengok topik-topik yang telah dimasukkan dalam kursus ni?


Pengenalan Kepada Undang-Undang
  • Pengenalan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK)
  • Undang-undang yang dikuatkuasakan oleh JTK
  • Pekerja dan majikan
  • Pembayaran upah
  • Waktu bekerja dan cuti
  • Daftar pekerja dan rekod gaji
  • Pemberhentian dan faedah penamatan
  • Aduan, tuntutan pekerja dan kes buruh

Topik ni lebih menjurus kepada peranan JTK dalam mempertahankan hak-hak pekerja. Sekiranya pekerja menghadapi masalah di tempat kerja atau hak-hak mereka diketepikan, aduan boleh dibuat kepada JTK mengikut prosedur yang telah ditetapkan.


Skim KWSP dan Manfaatnya
  • Pengenalan kepada KWSP
  • Kepentingan simpanan KWSP kepada pekerja
  • Tanggungjawab dan fungsi KWSP
  • Manfaat KWSP
  • Pengeluaran persaraan
  • Pengeluaran sekaligus
  • Pengeluaran pra-persaraan
  • Pindahan simpanan melalui ahli Skim Pelaburan Ahli (SPA)
  • Manfaat pengeluaran KWSP
  • Tanggungjawab dan manfaat pekerja dan majikan di bawah Skim KWSP
  • Manfaat mencarum dengan KWSP
  • Lucut hak perlindungan simpanan
  • Pemindahan simpanan ahli kepada pendaftar wang tak dituntut
  • Kemudahan tambahan simpanan dan Skim SP1M (tambahan simpanan Akaun 1)
  • Simpanan syariah
  • Kepentingan penamaan

Topik ni menjelaskan fungsi dan peranan KWSP secara terperinci. Melalui topik ni, pelajar mengetahui kepentingan mencarum dengan KWSP yang membantu pekerja merancang kewangan mereka pada hari tua terutamanya selepas persaraan.


Keselamatan Sosial
  • Konsep dan definisi keselamatan sosial
  • Prinsip dan cabang keselamatan sosial
  • Jenis manfaat keselamatan sosial
  • Latar belakang dan perlindungan keselamatan sosial
  • Pengenalan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  • Peranan pekerja dan majikan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP 1969)
  • Bayaran caruman PERKESO
  • Faedah-faedah perlindungan PERKESO
  • Program-program PERKESO
  • Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (AKSPS 2017)

Topik ni mengingatkan pelajar yang malang tu tidak berbau. PERKESO sebenarnya membantu meringankan beban pekerja yang mengalami kemalangan yang mungkin mengakibatkan kecederaan, kecacatan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, kematian dan sebagainya. 


Asas Perancangan
  • Isu ketidakcukupan simpanan persaraan
  • Perancangan persaraan keperluan dan kepentingan
  • Perancangan persaraan yang berkesan
  • Inflasi
  • Faedah dan pulangan berganda
  • Perancangan jangka panjang
  • Strategi persaraan
  • Mengenal pasti keperluan diri untuk menghadapi usia tua
  • Langkah-langkah untuk meningkatkan simpanan persaraan
  • Khidmat nasihat persaraan

Topik ni membantu pelajar merancang kewangan selepas persaraan dan bagaimana kehidupan pada hari tua.

Tu dia serba ringkas mengenai kursus Hak Pekerja yang diperkenalkan pada semester ni. Semoga kita menjadi pekerja yang lebih berilmu, bersedia menghadapi segala kemungkinan dan mempertahankan hak-hak kita sebagai seorang pekerja. Nanti aku cuba kongsikan secara terperinci setiap topik yang ada kat atas tu.

Lirik Lagu Ismail Izzani - Luar Biasa feat. Alif

Salam.


Ismail Izzani telah tampil dengan single baharu yang berjudul Luar Biasa featuring Alif. Tak silap lagu ni baru je release semalam kot? Secara peribadi, aku suka gila dengan lagu ni. Lagu yang sangat fresh terutamanya kat dalam industri muzik Malaysia ni. Tak ramai artis kat Malaysia yang cuba bawa genre macam ni. Kalau ada pun, mungkin Kaka Azraff? Lagu dia berjudul Bukan Hal Aku tu siap dapat masuk Anugerah Juara Lagu tahun tu. So, good luck Ismail Izzani

Lirik Lagu Ismail Izzani - Luar Biasa

Apa erti sayang
erti setia
setiap hari sayang
yang luar biasa

Aku tahu
ini lebih dari cinta
apalah kami jika bukan
luar biasa

Kau juga yakin
ini lebih dari cinta
dan jika kau sedia

Akan aku hadir
hanya untukmu
akan aku lawan
hanya untukmu

Akan aku rindu
hanya padamu
tak usah kau bimbang
dan tak usah tertanya

Apa erti sayang
erti setia
setiap hari sayang
yang luar biasa

Apa erti sayang
erti setia
setiap hari sayang
yang luar biasa

We ain't gotta go viral
please stay the same
then we'll go uo
the only way

You know that I will give you what you want
just so you know you're second to none

Akan aku hadir
hanya untukmu
akan aku lawan
hanya untukmu

Akan aku rindu
hanya padamu
tak usah kau bimbang
dan tak usah tertanya

Apa erti sayang
erti setia
setiap hari sayang
yang luar biasa

Apa erti sayang
erti setia
setiap hari sayang
yang luar biasa

Bukan lebih tahu
tapi jika kamu yakin
jangan ragu-ragu

Like a different feeling
tak kau sangka macam kena pop quiz
terima sahaja adanya
dan selalu ingat pada-Nya

You know what the life could bring
you don't want the finer things
I can't even lie
good vibes for the win

Aku doakan hanya yang terbaik untuk kami
cinta yang luar biasa

Cinta yang luar biasa

Yang luar biasa


Khamis, 1 Mac 2018

Lirik Lagu Sufian Suhaimi - Di Matamu

Salam.


Sufian Suhaimi kembali dengan single baru berjudul Di Matamu. Katanya lagu tersebut adalah merupakan luahan perasaan terhadap segala apa yang berlaku antara Sufian Suhaimi dan Elfira Loy. Hmmm... Doa yang baik baik je lah. 

Lirik Lagu Sufian Suhaimi - Di Matamu

Apakah kau cuba menentukan
Keikhlasan hatiku padamu
Betapa ku mencuba
Mendapatkan secebis kasihmu

Apakah kau tak mampu untuk menentukan
Di antara kaca dan permata
Betapa telahanmu
Memaksaku mengundurkan diri

Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu di dunia ini
Dan kau membuang diriku
Sesuka hatimu dan memilih dia

Dan ku tersandar begini
Meratapi hati yang telah dilukai
Aku sedar betapa hinanya
Aku di matamu

Lirik lagu ni memang sedih. Semoga kedua-duanya tabah menghadapi dugaan ni.

Lirik Lagu Floor 88 - Aqilah

Salam.


Lepas kejayaan lagu Zalikha, Floor 88 kembali dengan single baharu yang judulnya masih menggunakan nama perempuan, iaitu, Aqilah. Sekali dengar dah boleh tahu lagu ni lagu dari Floor 88. Which is a good thing lah kan? Maksudnya Floor 88 ni ada identiti sendiri. Aku layan lagu Aqilah ni sebab lagu dia catchy dan senang ingat lagi lagi korus dia asyik ulang nama Aqilah. Hopefully lepas ni Floor 88 boleh keluarkan single balada ataupun slow rock sebab suara vokalis dia pun not bad sedap juga.

Lirik Lagu Floor 88 - Aqilah

Ini sambungannya cerita si Zalikha
Bukan tentang dia tentang adik tirinya
Apa yang ku tahu nama dia Aqilah
Semangat hatiku mencuba kali kedua

Rambut ikal mayang hitam manis orangnya
Sekali ku pandang berdesup aku tergoda
Bagaimana aku ingin mendapatkannya
Fikiran celaru dan hati tak tentu arah

Benar kata mereka mabuk bercinta
Akan lupa semuanya
Mandi tak basah, tidur tak lena
Makan tak berselera

Oh Aqilah cinta hatiku
Oh Aqilah I said I love you
Oh Aqilah tolonglah aku
Terima ku jadi kekasihmu

Oh Aqilah dengarkan aku
Hati ini hanya untuk dirimu
Oh Aqilah percayalah kataku
Hati ini dah tertulis namamu

Belahlah dada dan lihat hatiku
Sucinya cintaku kepada kamu

Aqilah... Aqilah...
Aqilah... Aqilah...


Kronologi Neelofa Lancar Koleksi Tudung Di Zouk

Salam.


Selama tiga hari berturut-turut nama Neelofa hangat diperkatakan oleh netizen. Sana sini Neelofa. Tenggelam dah pasal Fattah Amin dan Fazura! Ehhh... Nama Neelofa menjadi buah mulut netizen gara-gara Neelofa melancarkan koleksi tudung terbaru dia kat kelab malam Zouk. Isu ni terus berpanjangan kerana Neelofa tidak mengakui kesilapan dan memohon maaf. Tapi lepas Neelofa dah mengeluarkan kenyataan maaf malam tadi, aku anggap isu ni dah selesai. Setuju?

Mari kita tengok kronologi kontroversi Neelofa beberapa hari lepas.

26 Februari 2018 (Isnin)
  • Neelofa lancar koleksi tudung di kelab malam Zouk
  • Video viral perempuan-perempuan bertudung menari kat majlis tersebut mula tersebar
  • Netizen terkejut dan mengecam tindakan Neelofa dan mereka yang terlibat

27 Februari 2018 (Selasa)
  • Neelofa mengeluarkan kenyataan yang dia tak peduli dengan kritikan orang ramai
  • Neelofa menjelaskan yang lokasi dipilih bersesuaian dengan tema dan bajet
  • Ustaz menasihati Neelofa kerana tindakan Neelofa mengundang fitnah
  • Tak sampai 24 jam, koleksi tudung Neelofa yang dilancarkan malam tadi dah sold out
  • Mufti Perak berharap Neelofa bertaubat dan jangan ulang lagi
  • Mufti Wilayah Persekutuan menulis surat terbuka kepada Neelofa
  • Neelofa mempertahankan tindakan melancarkan koleksi tudung di kelab malam Zouk dengan kenyataan siapa yang tak datang je yang kecoh

28 Februari 2018 (Rabu)
  • Neelofa membalas teguran Mufti dengan mengucapkan terima kasih atas teguran yang diberikan
  • Netizen marah kerana Neelofa tidak mengakui kesilapan dan meminta maaf
  • Kakak Neelofa mewakili Naelofar Hijab memohon maaf kerana kontroversi yang timbul
  • Neelofa akhirnya memohon maaf

1 Mac 2018 (Khamis)
  • Neelofa tarik diri sebagai hos bagi majlis bersama Perdana Menteri

Semoga Neelofa terus bersikap rendah diri dan menjadi inspirasi kepada semua belia tidak kira jantina, bangsa mahupun agama.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com