Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dah salam sejahtera!
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, aku masih lagi bernafas pada hari ni. Terima kasih kepada ibu dan ayah yang telah banyak membantu aku sepanjang hidup aku ni. Tak dilupakan jugak kepada adik adik, saudara mara, jiran tetangga dan rakan rakan yang telah menghulurkan bantuan meringankan beban pada saat saat aku memerlukan. Since hari ni merupakan hari terakhir bagi tahun 2011, aku nak sorot beberapa kejadian, kenangan, memori atau entri yang menarik yang telah berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2011 ni. So, selamat menyorot semua!
JANUARI
Aku dengan beberapa orang kawan yang lain telah berpeluang untuk menghadiri Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-25 yang telah berlangsung kat Stadium Putra Bukit Jalil.
Alhamdulillah. Aku dapat join salah satu event terbesar yang telah dianjurkan oleh Nuffnang iaitu Maxis Om Nom Nom Race. Aku bergerak sebagai satu kumpulan dengan Adie, Afiq dan Ijat. Even group aku tak menang apa apa tapi aku sangat puas hati sebab dapat join Om Nom Nom Race ni.
Aku dapat idea buat satu game yang mana setiap orang kena komen tiga patah perkataan sahaja. Last last jadi la satu karangan yang tak berapa nak lawak. Tak percaya? Sila klik link kat bawah ni.
FEBRUARI
Tahun lepas aku ada menang full blog makeover daripada Cicak & Lelabah tapi baru bulan ni aku dapat merasa full blog makeover tu.
MAC
Malam tu aku dapat mesej dari Qarl kata blog aku masuk majalah In-Trend dan aku terkejut! Aku laju laju beli majalah In-Trend pada keesokan harinya.
APRIL
Memandangkan aku praktikal kat Negeri Sembilan, aku pergi jalan jalan kat Istana Lama Seri Menanti dengan beberapa orang kawan aku lagi.
Aku gembira dan puas hati sebab dapat mendaki Bukit Broga dengan kawan kawan yang sama praktikal satu sekolah dengan aku.
MEI
Kali ni giliran blog aku pulak masuk majalah Remaja! Terima kasih banyak banyak kepada Mira sebab dia yang cadangkan blog aku.
Aku super excited sebab ni merupakan pertama kali aku sambut hari guru sebagai seorang guru kat sekolah.
Aku telah menghabiskan masa selama tiga hari tiga malam menemani Qarl kat Himpunan Sejuta Belia yang bertempat di Putrajaya.
JUN
Aku dapat jumpa Najwa Latif kat belakang pentas.
Aku tak sangka aku boleh jadi johan masa Festival Nasyid UTeM 2011 sebab ni first time aku menceburi bidang nasyid ni.
JULAI
Alhamdulillah. Rezeki sekali lagi berpihak kepada aku bila dinobatkan sebagai johan dalam Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan dan seterusnya mewakili negeri tersebut untuk Festival Nasyid Kebangsaan (FNK) yang akan datang.
Setelah genap empat tahun aku study kat UPSI, sekarang aku dah boleh menarik nafas lega sebab aku dah berjaya menggenggam segulung ijazah.
OGOS
Aku dengan berbesar hati nak buatkan header secara percuma untuk blogger blogger yang bertuah.
Bersempena dengan bulan Ramadhan ni, Qarl dan Amir Rayyan telah menjemput aku untuk berbuka puasa ramai ramai dengan blogger blogger yang lain.
SEPTEMBER
Aku dapat beraya bersama beberapa orang blogger di sekitar Melaka.
OKTOBER
First time aku dapat peluang tengok teater kat Istana Budaya. Such a great experience.
Aku pergi hantar ibu dan ayah aku kat Kompleks Tabung Haji kat Kelana Jaya.
Since ibu dan ayah pergi haji, aku la yang bertanggungjawab jaga rumah ni. Sepanjang ketiadaan ibu dan ayah, aku telah berjaya memasak bihun goreng yang rasa dia sangat sedap.
NOVEMBER
Husna telah berjaya menggondol dua anugerah semasa majlis penyampaian hadiah dia.
Aku berpeluang berjumpa dengan Nisa Kay kat Mid Valley.
Aku tak sangka aku boleh menang tiket VIP ke AIM 18.
Aku secara tak sengaja jumpa Cikgu Zara kat Dataran Pahlawan
Alhamdulillah. Ibu dengan ayah telah selamat kembali daripada menunaikan haji di tanah suci Mekah setelah beberapa hari flight kena delay.
DISEMBER
Aku join FESTKUM 2011 yang telah diadakan di Johor selama seminggu.
potpetpotpet : Semoga Allah membuka pintu rezeki yang lebih luas lagi untuk aku pada tahun depan dan tahun tahun yang berikutnya.