Jumaat, 30 April 2010

Laptop Aku Hilang!!!


Hey. Siapa pulak berani curi laptop aku ni? Hey kau nak kena penampar tiga puluh lapan kali? Duh. Habis habis. Ada banyak gila stuff dalam laptop hijau aku tu. Ya. Ada lagu lagu best. Ada movie movie best. Ada esaimen esaimen best ke. Ada game game best. Paling best ada gambar gambar aku dengan kawan kawan. Fuh. Sayang betol. Pencuri laptop keji pencuri laptop keji pencuri laptop keji. Ulang sampai hari kiamat. Sakit hati betol. Aku sayang laptop hijau itu. Huaaa... Tiada maaf bagimu wahai pencuri laptop. Sila ke neraka dengan cepat, pantas dan sekarang!


Wah. Oh. Itu ucapan sepatah dua kata mungkin apa yang aku rasa kalau aku jadi mangsa pencuri laptop. Memandangkan blog ni untuk tatapan umum maka ayat ayat sudah ditapis jadi lagi sopan dan santun. Eh eh lagi dahsyat kot kalau laptop hijau aku tu betol betol hilang.

Cerita malam tadi. Ada budak hilang laptop dia. Then, kawan kawan budak tu pon tolong cari laptop dia yang hilang tu kat setiap bilik kat kolej kediaman ni. Ya. Sukahati buat spot-check. HohO. Well. Tak boleh nak salahkan dorang. Kalau aku pon mungkin aku buat macam tu jugak. Siapa tak sayang bini? Eh eh siapa tak sayang laptop? Hopefully laptop aku tak menjadi sasaran pencuri laptop yang bodoh tu. Lantak.

Nichkhun from 2PM.
Nak curi muka dia boleh tak?
HohO.

Here's my theory. Pencuri laptop tu mungkin daripada kalangan kawan kawan budak tu. Sebab? Laptop budak tu tiba tiba hilang. Sedangkan sebelom ni orang lain letak laptop masing masing bersepah sana sini tapi tak hilang pon. Kan kan kan? So kebarangkalian pencuri laptop tu kroni kroni dia jugak. Entah entah pencuri laptop tu termasok dalam kawan kawan budak tu yang sibuk sibuk tolong cari laptop hilang tu. Wah. Aku ada macam Detective Conan tak? HohO. Minat gila kat series Detective Conan. Best best.


potpetpotpet: Kalau la ada mesin pengesan pencuri laptop. HohO.

Hey! Tak Reti Nak Reply SMS Ke?

Ya. Aku sedang marah marah ni. Fed up tahap beruang anak lapan. Eh eh bukan aku yang beranak lapan. Beruang tu. Okay. Siapa siapa? Jeng jeng jeng. Wah. Saspen betol bunyi bunyian tersebot.  Kan kan kan? Aku marah betol kat diri sendiri. Boleh? Aku nak cerita pasal aku ni bukan spesies gila sms. Betol. Aku rasa pelik. Kau tak rasa sayang eh rasa sayang sayang eh hey lihat nona jauh rasa sayang sayang eh. Fuh. Kembang kuncup peparu aku nak sebot sekali nafas. Kau boleh? Erk. Okay. Aku bukan orang yang gila sms sana sini. Aku jugak bukan orang yang suka pandang pandang jeling jeling kat handphone aku 24 jam. Itu bukan aku. Itu mungkin kau. Betol. Aku tak tipu. Aku bukan spesies yang selalu gian nak sms.


Aku banyak habiskan masa aku depan laptop hijau aku. Eh eh takde kaitan dengan Ingat Hijau Ingat Daus ya. Aku lebih lebih suka online. Betol betol betol. Sila buat suara macam Upin dan Ipin. Lantak terkepit kepit halkum aku. Surfing internet lagi best daripada sms sms ni. Bantai je la. Aku selalu leka online dan kemudian aku tak tahu aku letak kat mana handphone aku. I was like eh eh mana handphone aku pulak ni. Masa tu aku terus buat solat sunat hajat dan jugak solat sunat istikharah. Boleh? Then aku baru nak terkedek kedek cari handphone aku. Oh. Atas meja belajar rupanya. Fuh. Aku tengok kat skrin handphone tu. Eh eh ada beberapa sms. Dah lama pulak tu sms tu sampai. Ada la dalam minggu lepas. HohO. Bantai je la. Mood nak reply pon dah takde langsong. Rasa macam dah tak fresh nak reply. Bak kata pepatah, idamkan yang lebih segar, kupas la sendiri. HohO. Sorry. That's why kadang kadang aku tak reply mesej mesej tu. Fuh. Harap harap takde orang terasa. Ya. Itu kelemahan aku. My handphone lebih kepada aksesori je. Lantak.

potpetpotpet: Agak agak kenapa aku tak minat sms sms ni? HohO.

Khamis, 29 April 2010

Aku Nak Terjun Daripada Bangunan! Percaya Pada Diri Dengan Harapan Dan Keyakinan.

Siapa duduk rumah kat tingkat yang paling tinggi? Siapa siapa? Cepat mengaku. Eh eh rumah apa yang tingkat tinggi tinggi tu? Oh. Pangsapuri ke? Bantai je la. Yang penting aku nak tahu siapa duduk tempat tinggi tinggi ni. Please please mengaku.

Aku ada hajat ni. Bukan hajat nak buang air. Tak perlu kot aku nak beritahu kau kalau aku nak buat benda tu. Najis mutawassitah betol. Ni pasal lain. Aku nak terjun daripada tingkat paling tinggi. Boleh la boleh la boleh la. Aku sedang kecewa sedih pilu duka merana yang amat. Ini gila. Arghhhh...


Kau tahu? Soalan tadi bapak gila susah! Aku jawab paper Industrial Chemistry pukul 2:30pm tadi. Fuh... Susah susah susah. Lain baca lain soal. Geram!!! Aduh.

Okay. Malas nak fikir fikir na na na na na. HohO. Lantak la apa nak jadi pon. Alhamdulillah. Tinggal satu paper je lagi. Best betol. Eh eh lupa pulak. Tadi aku nak terjun tu bukan sebab aku nak bunuh diri. Bukan bukan. Aku nak cuba sayap pari pari yang aku buat semalam guna kertas surat khabar kuning kuning dan jugak lidi penyapu dua keping. Nak cuba kot kot aku boleh terbang sebelah helikopter guna sayap pari pari tu mana la tahu. Tuah ayam nampak di kaki. Hang Tuah pulak dah lama mati. Sekian. Eh eh FarhanaDr nak join sekali? Jom jom. HohO.


potpetpotpet: Gagal sekali sila menangis puas puas. Mungkin kau tak gagal lagi lepas ni. Kan kan kan?

Keputusan American Idol Season 9 Top 6. Siapa Keluar?

Siobhan Magnus was sent home!
Okay.
American Idol Season 9 dah tak best.
Now it is Top 5.
Tinggal siapa je?
Big Mike, Crystal Bowersox, Lee Dewyze, Aaron Kelly and Casey James.
Sudah.
Stop watching AI.
Benci benci benci.

Gambar Kucing Buat Buat Lawak. Wajib Tengok!

 Okay. Nak tekan mana satu dulu ek? Tan tan tut keladi we we siapa terkentot dia anak cina tua. Haaa...

 Cari benda tersembunyi. Cepat cepat. Sementara stok masih ada.

 Kau ingat kau sorang je boleh buat buat comel? Aku pon boleh jugak menurut kata si kucing itu.

 Haha. Aku ingat belon tadi. Sengal.

 Berapa kali mak dah ajar? Dua tolak satu jawapan dia satu terjatuh. Faham? Isk isk isk. Degil betol budak ni.

Negaraku. Tanah tumpahnya darahku.

 Shhh... Mintak mintak la takde sesiapa nampak aku.

 Jangan cuba cuba nak goda I okay.



potpetpotpet: Gelak guling guling sebab kelakar.

Bukti High Heels Yang Membunuh. Gila!









potpetpotpet: Siapa berani?

Rabu, 28 April 2010

Tahniah. Lepas Hafal, Jadi Lupa. Best Gila!

Duh. Kepala hotak berdesiiiiiiiiiing... HohO. Esok paper wajib hafal hafal ni. It's all about the facts! Gila. Aku tak pandai nak hafal hafal ni. Siapa yang pandai? Sassy Boy jugak. Dia hebat kalau hafal hafal ni. Tahniah. HohO. Logik la kalau dia dapat result meletop kebaboom nanti.


Apakah masalah aku nak hafal hafal ni? Okay. Ni aku nak beri contoh. Konon konon aku dah hafal how to manufacture petroleum pagi tadi. Sampai agak agak meroyan terpekik terlolong jugak masa aku nak hafal segala fakta tu. Then, tiba pulak nak jawab exam. Lupa!!! Haaa... Best tak hidop macam tu? Rasa macam nak buat lompat bintang dua belas kali. Padan muka.


Tiba tiba aku teringat tentang sesuatu. Jeng jeng jeng. Aku pernah dengar sesuatu daripada Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK). Jeng jeng jeng lagi. HohO. Beliau kata kalau kita tak mengulang kaji apa yang telah kita belajar dalam masa 48 jam a.k.a. 2 hari, kita boleh lupa apa yang kita belajar. Erk. Macam kau tak belajar apa apa la maksudnya. Boleh? Oh. Kalau macam tu tak payah datang kuliah la. Kan kan kan? Okay. Nak sambong hafal hafal.



potpetpotpet: Hafal. Lupa. Hafal. Lupa. Hafal. Lupa. So nak hafal ke tak ni? HohO.

Nikmat Nasi Kerabu Pada Tengahari.

Wah. Aku makan nasi kerabu for my lunch. HohO. Aku berjaya jugak bangon agak awal semata mata nak beli nasi kerabu. Ya. Takot pulak nasi kerabu tu habis nanti tak pasal pasal aku makan menu picisan dan tak berkhasiat lagi. Eh eh macam la sebelom ni aku selalu makan benda benda berkhasiat. Tipu tipuan semata mata.


By the way, aku suka nasi kerabu. Suka suka suka. Why? Nasi kerabu ada nasi. Eh eh perlu ke kau tak tahu nasi kerabu ada nasi? Nama pon dah terang terang nasi. Bantai je la. Next, nasi kerabu ada budu. HohO. Betol kan? Entah. Aku pon tak pasti macam mana rasa budu tu. Aku pandai skill telan menelan je. Seriously. Lidah aku tak berapa nak berfungsi gara gara aku sedang kira berapa kali aku dah kunyah ni sebab nak genapkan 40 kali. Hebat tak aku menipu? Nasi kerabu jugak ada sambal kelapa dan sambal ikan. Wah. Aku suka gila dua dua benda ni. Best best. Sungguh enak ditelan begitu saja. Kau gila? Kunyah kunyah dulu okay. Tak pasal pasal kau tercekik dan mati. Jeng jeng jeng. HohO. Kemudian, nasi kerabu pon ada letak ulam ulaman yang bapak gila banyak dan aku tertanya tanya kenapa tak letak lagi banyak banyak banyak. Boleh? Eh eh sedap la nasi kerabu.

potpetpotpet: Makan sambil menangis. Lantak.

Aku Bukan Tiru Redmummy. Aku Tiru Hanis Zalikha.

Eh eh betol ni. Aku bukan tiru Redmummy. Ini adalah pengakuan eksklusif aku. Okay. Sila beri perhatian. Kalau aku nak tiru Redmummy sudah tentu aku akan guna nama seperti Redboy atau Redbuddy atau Redbaby atau Redman atau Redzuan. Eh eh kalau nama dia Redzuan macam mana? HohO.


Okay. Apahal blog aku merah? Well. Aku takde jawapan. HohO. At first aku decide nak guna template warna merah ni sebab ada cili kat atas tu. Comel bukan? Dan jugak  bersempena dengan kegilaan aku kat makanan pedas. Aku suka makan pedas pedas dan kau kena tahu aku akan minta cili potong kalau tak cukup pedas. Betol. Ini kisah benar. Eh eh aku tak berapa nak minat cili merah sebenarnya. Cili merah tak pedas langsong. Tak best tak best. Aku minat cili hijau kecik atau lebih dikenali sebagai cili padi dan jugak cili burung. Apa lagi nama samaran cili hijau kecik tu? HohO. Nikmat betol masa gigit gigit cili hijau kecik tu. I know la cili cili ni boleh memudaratkan kesihatan. So sekarang aku dah cuba kurang kurangkan. Takot jugak tak pasal pasal isi perot aku terburai sebab meletop pedas sangat. Eh eh boleh ke macam tu?


The most important thing is pada awal kemunculan aku dalam dunia blogging ni aku tak kenal langsong dengan Redmummy. Betol. Tak sangka pulak beliau sangat popular dengan warna merah ni. Hebat hebat. Aku kagom gila dengan beliau. Aku cuma kenal dengan Ini Belog Saya pada masa tu. Ya. Siapakah dia? Tak logik la kalau blogger blogger tak kenal dia. Jeng jeng jeng. Dia Hanis Zalikha. Nama pon dah cantik. Orang dia tentu tentu la cantik. Eh eh aku pulak handsome. Kami macam sesuai sangat. Okay. Aku saja selitkan unsur unsur berangan tak ingat dunia melampau lampau. Sila hayati dengan gelak sorang sorang. Aku tengok dia macam best je buat blog. Aku pon secara tak sengaja tiba tiba join dunia blog ni. HohO. Sekian saja sejarah hidup Budak Lelaki Sebelah Pintu pada hari ni. Harap maklum, maklong dan jugak makyong. Ala ewa ewa bule ewa bule teraju tigo. Bantai je la.


potpetpotpet: Menarik okay. HohO.

Selasa, 27 April 2010

400 Bukan Sedikit. Happy!


Terima kasih.
Saudari Hawa telah melengkapkan angka 400 bagi barisan Para Pencinta.
Eh eh besar tapak tangan nyiru saya tadahkan.
Apalagi kawan kawan semua.
Jom singgah blog saudari Hawa ni.

Ini Teka Teki Dan Sila Jawab. Ada Berani?

HohO. Cuba teka nak? Dalam banyak banyak bulan, bulan apa bila perempuan perempuan kurang bercakap? Sila sila. Aku rasa mesti kau dah pernah dengar teka teki ni kot. Kan kan kan? Apalagi sila berikan jawapan. HohO. Eh eh takde hadiah tau kalau kau jawab dengan betol. Kalau nak jugak eh eh lantak kau la.

Okay. Cuba teka lagi nak? HohO. Eh eh kali ni bukan spesies teka teki. Tapi kalau kau nak anggap macam teka teki pon sukahati la. Aku makan apa for lunch tadi? Jeng jeng jeng. Jeng jeng jeng. Jeng jeng jeng.  Wah!!! Nak teros beritahu jawapan ni. Boleh tak kau buat buat  muka macam nervous gila? Keropok CORNTOZ dan jugak TWIGGIES. HohO. Tak sihat bukan? Betol. Tapi aku tak sempat nak singgah cafe nak makan nasi dan lauk pauk. Eh eh bukan tak sempat cuma malas. Malas yang betol betol malas. So nak senang nak kenyang aku telan la benda benda tu sambil baca doa selamat.

 Perisa ayam pon jadi la walaupon tak dapat makan ayam betol betol. Bantai je la.
 Ada lagi sekeping. Siapa nak?

potpetpotpet: Janji esofagus aku dapat berfungsi. Eh eh tahu tak apa itu esofagus? Jeng jeng jeng.

Aku Penghasot Hebat. Sila Buat Buat Gelak Jahat.

Wow. Tajok aku dah macam ada unsur unsur Cik Zara. Boleh? Okay. Back to the story. Aku tak tahu la aku ni good influence or not. Why? Aku dah berjaya menghasot tiga orang kawan aku.

 
Jeng jeng jeng. Hasot apakah? Adakah mencuri selipar selipar di masjid? Oh no no no. Aku hasot dengan setan kuasa lima supaya dorang buat blog! Buat blog! Buat blog! Buat blog! Ya sila buat muka terkejot berok konon konon aku beritahu berita paling dahsyat seperti Wan Maimunah menang Bintang Paling Popular ABPBH tahun 2020. Harap bersabar Wan Maimunah hoi. Lama lagi tahun 2020 tu.


And finally dorang dah ada blog. Sila sila bangga diri. HohO. Siapakah beliau beliau itu? Jeng jeng jeng sekali lagi. Klik pada nama dorang kalau kau berani. Kalau kau tak berani jugak, buat buat klik sambil tutup mata boleh? Boleh la boleh la boleh la.

 

Well. Dorang masih baru lagi dalam dunia blogging ni. Aku pon baru jugak okay. Eh eh eh tak sampai setahon kot. Jom buat segmen tinjau meninjau blog dorang. Mungkin kau boleh berkongsi pendapat dan ideas with them. Why not kan? Plus, menambah lagi bilangan nombor dalam senarai kawan kau. Awesome!!!

potpetpotpet: Eh eh aku jugak berjaya menghasot dorang join Nuffnang dan Gengblogger. HohO~

Am I Gorgeous?


Thanks a bunch to Jaja'Z. Sayaaaaaaaaaang Jaja'Z. Boleh? HohO.
Siapa nak award ni?
HohO.
 Okay.
Aku nak beri kat follower follower baru blog ni boleh?
Sila buat buat gembira dan berbesar hati nak dapat award ni.
HohO.
Jeng jeng jeng.
Eh eh siapa yang dapat award ni boleh la letak kat dalam blog dia.
Sila sila.


potpetpotpet: Rasa rasa macam gorgeous pulak. Lol.

Kemunculan Pertama Hizami Dalam Legasi Cinta Alisia. Siapakah Dia?


Hizami muncul sebagai salah satu watak dalam bab ke-15 siri Legasi Cinta Alisia. Nak tahu? Jom baca karya wanita hebat Shafaza Zara sila sila klik di sini. Jom. 

Isnin, 26 April 2010

Next Plan Please.

Aku nak cerita pasal paper Analytical Chemistry petang tadi. Oh. Aku tahu mesti kau dah bosan nak dengar cerita cerita macam ni bukan? Merungut merungut merungut. Okay. Seperti biasa, soalan soalan spesies tangkap maut gila. Kecewa.


Eh eh kita abaikan pulak pasal tu. Benda dah jadi tak boleh nak buat apa apa. Just keep moving forward. Okay. Next plan please. Apakah? Jom karok karok! HohO. Oh kat TM ni ada karaoke jenama jamban je. Eh eh jamban pon jamban la. Yang penting aku nak melalak lalala sampai tercampak segala bijik bijik kelemumur (ketombe) ni. Boleh? Lantak.


potpetpotpet: Hidup pendek. Jangan stress.

Kembang Kembang Tak Ingat Dunia.

Sila klik pada gambar kalau ada masalah mata. Sila sila.

Wow. Blog aku sudah mula stabil. Oh. Jadual kat atas ni merupakan jadual bertugas kelas 2 Mawar Plastik. HohO. Bukan bukan. Jadual tu adalah data statistik kunjungan ke blog Budak Lelaki Sebelah Pintu pada minggu lepas. Terima kasih terima kasih. Eh eh setiap kunjungan unik mencatatkan angka melebihi 250 secara purata. What an achievement!!! Terima kasih terima kasih.

Okay. Tanggal 20 April 2010 mencatatkan angka tertinggi iaitu terdapat 451 kunjungan unik. Manakala pada 24 April 2010 pula mencatatkan 261 kunjungan unik iaitu angka terendah pada minggu lepas. Well. Terima kasih terima kasih. I try my best to keep this blog alive.

potpetpotpet: Tanpa anda siapalah saya. Eh eh rasa macam sedang berdiri kat atas pentas. Mana trofi orang emas bogel tadi?

Aku Bukan Manusia Yang Layak.

Oh. Tajok ada terselit sentimen jiwang jiwang. Boleh? Well, petang tadi my mom called me. She was so sorry since tak ingat nak wish me happy birthday on that particular day. Oh my mom. Tak perlu semua tu. I'm okay. Tak kecik hati pon. Dan kalau kecik hati pon for what? Ya. I know that you have a lot of works to do. And also you are getting older. Me too. It's normal if sekali sekala ingat ingat lupa. Oh. Aku pulak selalu lupa lupa ingat sebab aktiviti lupa lebih banyak daripada aktiviti ingat. Serious. HohO. Plus, aku bukan manusia yang layak untuk kecik hati lebih lebih lagi with my own mother. Dosa dosa. Okay. To my mom, semoga sihat selalu! Love you.


potpetpotpet: Sila sayangi ibu anda. Pesanan ini dibawakan secara sukahati lantak kau nak terima ke tak sendirian berhad. Sekian. Pecah kaca pecah gelas, kau ni apahal suka sangat pecah pecah barang ni? Jawab jangan tak jawab.

Elemen Seks Menjadi Pilihan Utama.

Oh. This is my opinion. Ya. Pada pemerhatian mata aku yang rabon kuasa ratos ratos ni, aku tengok entri yang mempunyai elemen seks menjadi antara pilihan utama para pembaca. Generally. HohO. Entah. Aku pon tak pasti kenapa. Aku pura pura tak pasti dan tanya tanya kenapa eh.


Mungkin elemen seks itu sendiri merupakan daya penarik yang hebat. Erk. Sama konsep macam serbuk penaik kot. Entah. Siapa yang tak nak baca kalau entri yang diselitkan mengandungi perkataan seksi, lucah, awek, bikini, kontroversi dan entah macam macam lagi. Semua orang nak tahu. Joyah. Munah. Bedah. Senah. Salmah. Limah. Dan lain lain ah lagi. Penggunaan perkataan perkataan tu pon secara tiba tiba dan mengejot telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan para pembaca. Apakah? Siapakah? Bagaimanakah? Betolkah? Salahkah? Berdekah dekah? Oh. Yang last ni bukan spesies soalan.


Eh eh kadang kadang best jugak tinjau tinjau entri macam ni. Terbuka sikit kepala hotak. Takde la duduk sebumbung selantai sedinding selangit selangit selangit selangit selangiiiiiiiiiiit (credit to Mas Idayu) kat bawah tempurung bersama sama dengan katak katak. Betol tak? Ya. Lagipon kau ada kepala dan jugak hotak. Pandai pandai fikir la. Yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. Bak kata pepatah, ambil yang jernih buang yang keruh. Maka, sayangilah sungai kita. Bersedia atau tidak, bolos saja dinding itu!

potpetpotpet: Aku pon pernah buat jugak entri guna patah kata konon konon panas. Sekali sekala. HohO. Eh lupa pulak. Jutaan terima kasih kepada Auntie B kerana sudi membuat kemunculan pada entri kali ni. Sayang Auntie B ketat ketat. Lantak.

Ahad, 25 April 2010

Teh O. Cucur Ikan Bilis. Home Sweet Home.

Wow. Sedap gila. Minom petang air teh o. Makan petang cucur ikan bilis. Best best best. Aku berlinangan air mata sambil menikmati semua ni. Oh. Mana tak jadi macam tu panas panas lagi aku dah ngap cucur tu. Lantak. HohO. I miss my home sweet home. Lol~


potpetpotpet: Tak sabar nak balik rumah. Betol.

Jerit Kuat Kuat Tidaaak!!!

Wah. Seronok gila bila dapat ucapan ulang tahun kelahiran kat laman facebook. Agak dalam juta juta jugak la. Aku tipu sunat sebab aku dah sunat. Boleh? HohO. Terima kasih kepada anda. Eh eh anda yang mengucapkan selamat. Tak termasok ucapan selamat pagi, selamat petang dan jugak selamat malam. Thanks.

Next. Aku dah selesai menduduki dua kertas peperiksaan. One was Optimization Methods. Another one was Mathematical Research Methods. Fuh. Setakat ni aku tak berpuas hati dengan apa yang aku dah jawab. Benci benci benci. Seriously. So aku tak boleh nak target tip top kebaboom cak cak cak. Faham faham sendiri sudah. Study pon macam nak tak nak. How?


Anyway. Semalam aku tak study langsong. Sebab sebelom ni dah dua hari berturut turut aku bersengkang mata dan berkangkang kaki tak tidor malam. Study maut gila. HohO. Lantak.


Next papers pulak bersifat seram dan kejam sakit jiwa. Analytical Chenistry dan Industrial Chemistry. Tidaaak!!! Jerit kuat kuat. Kepala hotak aku aku ni pon dah kembang kuncup kembang kuncup secara melampau nak sedot ilmu lagi dan lagi. Bayangkan mengikut imaginasi dan kreativiti masing masing. Okay. Nak sambong study kot.

 
potpetpotpet: Doakan kejayaan bersama. Deal?

Gambar Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Hizami Rahim.

 Eh eh eh. Aku pon tak tahu apahal.

Sedang memotong kek tanpa memandang kek. Boleh?

Lil cake. I thought this was the real cake. Lol~

Jeng jeng jeng. The delicious cake.

This was mine. Duh. Kenyang gila. Aku dah gemok! Betol.

Thanks a bunch for the presents.

From the another angle.

From left: Tan, Sing, Din, Hizami and Jac.

Again. From left: Tan, Fini, Sing, Din, Hizami and Jac.

The lorry. Sempat jugak kan? Haha.

I love this. Love you friends.

Aku dapat kad ulang tahun kelahiran daripada seseorang. Wow. I really appreciate it. Thanks dear.

potpetpotpet: Terima kasih daun keladi atas ucapan selamat from everyone of you. Wow. I just can't ask for more. The love is everywhere. Love you guys!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com