Selasa, 31 Mei 2011

Puas Hati Kau?



Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik, dah 3000 dah? Haishhh... Syukur sangat sangat. Siapa sangka blog yang pada awalnya tidak ada pengikut langsong, sekarang dah ada laaa sikit sikit. Aku cuma nak cakap terima kasih daun keladi kepada semua pembaca blog Budak Lelaki Sebelah Pintu ni. Aku tahu la blog ni biasa biasa je, takde special mana pon. Dan aku tulis blog ni ikut suka hati aku je. Lantak kau la nak suka ke tak sebab aku tahu aku tak dapat nak puaskan hati semua orang. So, baik aku puaskan hati aku sendiri je. Lagi senang kan? Haha. Jahat gile aku. Anyway, thanks again! :")





potpetpotpet : Don't expect things to happen fast. :)

Gambar Budak Lelaki Bersosial Di Himpunan Sejuta Belia!

Gambar budak lelaki bersosial di himpunan sejuta belia? Budak lelaki tu aku la kot. Haha. Menurut kamus dewan, sosial ialah segala yang berkaitan dengan masyarakat. Maka, BERsosial ialah BERsegala yang berkaitan dengan masyarakat. Errr... Ni aku nak sambung cerita pasal Erra Fazira hari tu. Actually, Qarl terlibat dengan himpunan sejuta belia yang berlangsung kat Putrajaya. Qarl jadi emcee bagi Slim World yang melibatkan Ziana Zain, Erra Fazira, Azizah Ariffin dan Lisdawati. Plus, Qarl jadi emcee bagi konsert anjuran Kementerian Belia & Sukan selama tiga hari berturut-turut. So, Qarl mintak aku temankan dia la kan. Aku tak fikir panjang langsung, terus kata yes yes yes. Dan aku telah menghabiskan tiga hari kat Putrajaya. Kesimpulan dia? Penat gile! But, it was a great experience. ;)


For the first day, Qarl interview Erra Fazira pasal Slim World kat atas pentas. Aku kat bawah sibuk sibuk ambil gambar. Bukan ambil gambar aku sendiri tapi ambil gambar dorang la beb. Lepas tu, malam pulak ada konsert daripada band band indie yang boleh laaa... Haha. Jahat gile aku! Bukan apa, aku tak berapa nak kenal band band indie ni apatah lagi nama nama band dorang pelik gile. Meh sini aku bagi contoh... Errr... Aku pon dah lupa nama nama band dorang. Adeh Sorry derrr... Siapa suruh pelik sangat kan? Lain kali letak la nama bontot periuk ke sudu bengkok ke beskot lemau ke, baru la dekat di hati orang kata... =,=


She knows me! Dia tegur aku, Hizami kan? Aku teros segan... Errr... She has blog too. But, aku lupa derrr... Sorry beb. T-T


Bersama Tilu! Kenal tak siapa Tilu? Tilu kerana diriku bukan aku tiap kali kau menjauh tu? Errr... Kenal ke tak ni? Anyway, that girl is so cute! Super cute! XD


The next day, Qarl terlibat dengan persembahan daripada Korean Society. Eh. Tahu ke pasal Korean Society? Pergi google sendiri sebab aku malas nak taip. Haha. Lepas tu, Qarl interview Ziana Zain, Azizah Ariffin dan Lisdawati pasal Slim World lagi. Malam tu pulak, giliran Super Junior M pulak buat persembahan. Wow! Ramai gile manusia berkumpul kat depan pentas tu. Sampai aku tak nampak langsung ahli ahli Super Junior M! Aku hanya mampu tengok kat skrin besar yang telah disediakan je laaa... Sedih tak bunyi dia? Demmm... =,=


Bersama Kak Fifi daripada Slim World. She's such a nice person! Seronok berborak dengan dia! ;D


Diapit oleh duta duta Slim World, Azizah Ariffin dan Lisdawati. Eh. Aku dah macam anak dorang je. Siapa suruh muka budak budak sangat kan? Adeh. =,=


Wow! Ada Ziana Zain, ada Lisdawati, ada Azizah Ariffin. Errr... Tak dilupakan jugak! Ada Adie, ada Hizami, ada Ijat. Haha. Nak jugak terselit kan? >.<


On the last day, takde apa apa sangat. Macam tak best pon. Haha. Bukan apa, aku dah penat gile kot. Kat dalam hati memang fikir nak balik je. Ngeee... Sebelum balik, aku ada beli patong patong comel kat Lorong Seni tu. Dan aku bagi adik adik aku sebagai cenderahati la konon konon kan. XP


Bersama pengacara baru popular, Qarl!


Aku beli rantai Domo kat sini. The Beadxels! ;)




potpetpotpet : Esok ada reunion. Tapi dengan siapa? Tungguuu... ;)

Isnin, 30 Mei 2011

Erra Fazira & Hero Filem Terbarunya!



Saksikan filem lakonan Erra Fazira dan hero baru yang akan ditayangkan pada bila bila masa je daripada sekarang. So, tunggu la kalau berani! Errr... Kau betol betol tunggu ke ni? Lantak kau la! Haha. Okay. Tu je untuk hari ni kot. Aku busy gile ni. Aku tengah jadi manager sorang pengacara baru ni. Errr... Siapa dia? Haaa... Nanti aku cerita boleh? Okay. Bye!



potpetpotpet : Himpunan Sejuta Belia!

Jumaat, 27 Mei 2011

Kapel Yang Kiut! Lebih Kiut Daripada Justin Bieber & Selena Gomez!

Kapel yang kiut! Lebih kiut daripada Justin Bieber & Selena Gomez! Haha. Kau tengok aku dengan yakinnya letak tajuk macam tu... Memang nak kena lempang kasi sedar diri sikit. Adeh. Tapi aku rasa kapel ni memang kiut gile! Aku rasa aku macam tak tipu sebab aku rasa macam kiut je. Anyway, kapel ini telah didapati berlegar-legar dalam Tesco pada petang hari semalam. Dah takde tempat lain ke nak dating? Tesco? Really? Nak tahu kapel yang kiut yang dimaksudkan? Errr... Ni haaa... >.<












Tak kiut ke kapel ni? Haha. Takpe takpe. Layankan je bila aku dah cakap kiut. Anyway, masa ni aku keluar pergi Tesco, keluar dengan family. Mula mula aku macam malas nak join. Tapi aku macam bosan je duduk rumah. So aku macam ikut la sekali. Kesimpulannya ialah macam best pulak bila keluar pergi Tesco bersama keluarga ni. Errr... Mesej ini macam dibawakan oleh kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, dari saya iaitu Budak Lelaki Sebelah Pintu kepada anda! Haha. Sewel dah tu... XD



potpetpotpet : Esok macam ada plan besar. :)

Khamis, 26 Mei 2011

Scotty McCreery Is The New American Idol!



Wow! Scotty McCreery is the new American Idol! Haha. Dah agak dah! Scotty McCreery tak pernah dapat bottom sepanjang musim ni berlangsung. Plus, Scotty McCreery memiliki suara jantan yang dahsyat! Suara jantan pon tak macam dia. Boleh? Anyway, tahniah Scotty McCreery! Aku yakin permata Scotty McCreery bakal bersinar dalam industri hiburan ni. Suara dia ibarat suara emas bagi country music kau tahu. Mungkin boleh ganti Brad Paisley? :)



 
 
 
Lauren Alaina? Walaupon dia menjadi pilihan judges tapi nampaknya nasib tak menyebelahi dia. Kesian. Takpe takpe. Ada je peserta yang popular even tak menang American Idol ni. Nak kena bagi contoh ke? Errr... Cari ah sendiri! Haha. Okay. Dah habis dah rancangan ni. Lepas ni apa pulak? X-Factor!



potpetpotpet : I told you so...

Shhh... Perbualan Dua Orang Perempuan Mengandung!

Masih terngiang-ngiang dalam kepala hotak aku ini... Eh. Kejap. Dalam kepala hotak atau di cuping telinga? Mana satu yang betol ni? Masih terngiang-ngiang dalam kepala hotak aku ini atau masih terngiang-ngiang di cuping telinga aku ini? Errr... Okay. Kita tinggalkan isu yang tak seberapa itu. Mari kita kembali ke pangkal jalan. Aku nak cerita pasal perbualan yang aku dengar masa aku lepak kat hospital hari tu. Sebelum tu, kau mampu nak lepak kat hospital? Haha. Aku duduk kat atas benda yang memang dicipta untuk manusia melabuhkan punggungnya iaitu kerusi sambil sambil menunggu nombor giliran dipanggil. Errr... Ingat lagi peristiwa tu? Sila rujuk kat sini kalau tak ingat sangat. Kat belakang tempat duduk aku tu, ada dua orang perempuan yang sedang sarat mengandung tengah rancak berborak. Nak tahu apa yang dorang borakkan?




Aku nak sangat anak lelaki. Ingatkan dapat lelaki...

Tu la kau, siapa suruh buat tengahari? Tengok aku! Aku buat tengah tengah malam!

Ye laaa... Eh. Kau tahu, doktor marah tau bila aku sibuk sibuk nak tahu jantina baby ni. Doktor kata kenapa orang selalu tanya jantina baby je, tak tanya baby ni sihat ke tak.

Ye ke?

Ye la. Dia kata patutnya tanya kesihatan baby ni macam mana, ni tak, tanya laki ke perempuan je tahu.

Hehe. Betol jugak tu. Eh. Kau tahu kan Kiah tu? Dia sekarang dah vogue de vass!

Haaa?

Dia sekarang vogue de vass la.

Haaa? Apa?

Dia sekarang dah meletop! Laki dia handsome kau...

Ye ke? Kau ni...

Hehe. Tapi tak boleh lawan laki aku la. Laki aku lagi handsome. Hurmmm... Aku memang sayang dia sampai mati kau tahu.



Errr... Daripada perbualan tu, baru aku tahu kalau nak dapat anak lelaki kena buat tengah tengah malam. Nak dapat anak perempuan? Buat tengahari la! Haha. Betol ke ni? Adeh. Macam mana la aku boleh dengar perbualan dorang ni? Pening kepala! =,=



potpetpotpet : Ada maklumat tambahan yang ingin dikongsikan di sini?

Rabu, 25 Mei 2011

Wordless Wednesday #1


(American Idol Finale) Lauren Alaina Tarik Diri? Haley Reinhart Ganti Lauren Alaina?



Huh? Biar betik? Lauren Alaina hilang suara? Ada laporan menyatakan bahawa Haley Reinhart baru je habis rehearsal tiga buah lagu - House of Rising Sun, I Who Have Nothing dan Bennie and The Jets. Laporan berkenaan turut menyatakan bahawa Haley Reinhart bakal menggantikan Lauren Alaina pada malam American Idol Finale tu. Sebab apa pulak? Sebab Lauren Alaina hilang suara sejak semalam. Errr... Betol ke ni? >.<


Okay. Aku tak tahu betol ke tak. Tapi kalau betol la Haley Reinhart ganti Lauren Alaina, aku okay je kot sebab aku memang adore Haley Reinhart. Hehe. Pada pendapat aku, ni semua publisiti semata-mata. Taktik beb! Adeh. Dahsyat ah kalau tiba tiba Lauren Alaina tak dibenarkan untuk perform malam American Idol Finale tu. First time kot berlaku! Kalau betol betol berlaku la kan. Tapi macam tak je? Siapa punya kerja sebarkan drama macam ni? Nak minta simpati la tu... =,=


Anyway, kau dah tahu ke single Scotty McCreery dengan Lauren Alaina? Haaa... Meh sini aku nak beritahu! Menurut sumber yang boleh dipercayai, single Scotty McCreery ialah Love You This Big. Dan single Lauren Alaina pulak berjudul Like My Mother Does. Apa yang aku tahu, lagu Like My Mother Does tu pernah dimuatkan dalam album sulung Kristy Lee Cook yang berjudul Why Wait. Errr... Kenal tak siapa Kristy Lee Cook tu? Dia bekas peserta American Idol jugak, satu musim dengan David Cook, David Archuleta dan Syesha Mercado. Tak kenal la tu? Lantak kau la! Tak masok es pi hem pon soalan ni. Eh. Nak dengar macam mana lagu Like My Mother Does tu?



 
 
 
Ada maklumat tambahan! Haley Reinhart akan menyanyikan lagu sendiri masa American Idol Finale nanti! Maksud aku, single dia la kot? Wow! I just can't wait to hear it! Tak dilupakan jugak, peserta yang telah mencetuskan kontroversi kerana tersingkir sebelum waktunya iaitu Pia Toscano bakal mengeluarkan single yang berjudul Counterfeit tak lama lagi. Tapi aku tak tahu la bila single tu nak terberanak. Haha. XD



potpetpotpet : Aku bajet Scotty McCreery menang! Eh. Lauren Alaina kot?

Tips Memiliki Header Cun Seperti Budak Lelaki Sebelah Pintu

Errr... Betol ke lelaki tak pernah puas? Aku rasa? Errr... Betol kot! Cuba tengok header baru aku tu ah! Haaa... Tukar lagi beb. Aku kalau dah start buat header, memang dalam masa seminggu tu tiap tiap hari tukar header baru. Siriyes kot! Kau tak percaya? Cuba tengok esok macam mana. XP


Header ni baru siap petang tadi. Berpeloh aku buat. Haha. Aku ni tak reti sangat nak guna adobe photoshop ni. Aku bantai pelan pelan, siap la satu! Aku bangga derrr... Sebab apa? Sebab header ni merupakan antara hasil terbaik yang pernah aku buat. Diulangi, antara hasil terbaik yang pernah aku buat! Amboi. Bunyi macam riak je kan? Astaghfirullah al azim. Maksud aku, header yang kau buat tak tersenarai ye. Harap maklum. Takut jugak kau fikir aku fikir ahli fikir. Eh. Takut jugak kau fikir aku fikir header aku lagi terbaik daripada header kau! =,=




Daripada aku tak tahu langsung macam mana nak guna adobe photoshop, sekarang lihat la hasil dia! Menarik bukan? Haha. Aku jujur beb. Aku main belasah je adobe photoshop tu. Tekan tu tekan ni. Lama lama, pandai la sikit sikit. Kalau aku tak tahu nak edit macam mana, aku google je. Tengok macam mana nak guna adobe photoshop dengan lebih berkesan dan berbekam di hati. Bak kata pepatah, experience is the best teacher! Bila dah selalu main dengan adobe photoshop ni, aku kira dah rapat la dengan adobe photoshop ni. Boleh? Anyway, setiap kali aku buat header lepas tu aku upload, aku rasa puas gile! Aku puas sebab aku tahu tu penat lelah aku. Dan bertambah puas bila aku mendapat reaksi yang positif daripada kawan-kawan. ;)





Tips Memiliki Header Cun Seperti Budak Lelaki Sebelah Pintu
First, pilih gambar gambar kau yang paling hot. Tak kisah la gambar gambar tu kau bajet hot ke atau kau perasan hot ke. Apa yang penting, hot! Dan aku telah memilih tiga keping gambar aku yang paling hot tapi pada pendapat aku la kan. Hurmmm... Susah betol nak pilih tiga keping sebab aku rasa semua gambar aku hot! Haha. See? Aku telah riak dengan sengaja. Oleh itu, mari kita sama sama beristighfar ye. Astaghfirullah al azim... >.<
Second, pilih satu watak kartun yang menarik perhatian. Untuk header aku, aku telah memilih Domo sebagai penampilan istimewa sebab budak budak sekarang tengah gile dengan Domo ni. So, aku selitkan Domo ni bagi memastikan blog aku relevan dengan kehendak pasaran. Errr... Alasan yang munasabah kan? =,=
Ketiga, pilih font kegemaran kau. Pilih je la mana mana kau suka. Kalau aku, aku suka font yang nampak kemas dan simple. Bukan tak minat font yang complicated yang ada ekor panjang melilit sana melilit sini tapi aku rimas ah tengok font macam tu. Rasa macam nak gunting je! Eh. Kalau susah sangat nak pilih, kau guna je times new roman! XD
Keempat, pilih design macam mana kau nak buat. Ikut aku, aku bantai je la. Ada la dalam empat lima enam kali aku tukar design. Tapi ikut kelapangan kau la. Kalau kau busy berangan, baik kau upah mereka yang pakar je. Tak payah susah susah nak buat sendiri. Haha. Aku siriyes dalam gelak tawa ni. =,=


Kau ada nak berlagak macam aku? Baru pertama kali buat header meletop sikit, dah nak bagi tips! Haha. Dahsyat gile aku tengok diri sendiri. Kau berani ke nak buat macam aku? Haha. Errr... Perlu ke aku nak taip haha setiap kali aku mengeluarkan kenyataan? Haha. Haish... Dah dah. Sebelum aku mengakhiri entri pada hari ni, aku nak berkongsi sesuatu dengan kau. Haaa... Kongsi apa pulak ni? Ni dia header terawal masa aku mula mula guna nama blog ni sebagai Budak Lelaki Sebelah Pintu.




See? Ada sekeping cili merah yang melekat kat hujung tu. Lepas tu, aku taip Budak Lelaki Sebelah Pintu kat tepi dia. Kesian gile kan? Hehe. Kalau tak silap aku, aku cuma guna photoscape masa tu. Siap beberapa kali tukar width dengan height dia semata-mata nak bagi betol betol muat kat atas tu. Innocent gile aku masa tu. Adeh. Nostalgia sungguh! Siapa yang sempat tengok blog aku masa aku guna header cili tu? Aku dah start sedih dah ni. T-T



potpetpotpet : Better in time. :)

Selasa, 24 Mei 2011

Kata Kunci Pada Hari Ini Ialah Sabar Aje La!




Kriiinggg!!! Kriiinggg!!! Kriiinggg!!! Adeh. Bila masa pulak telefon rumah aku bunyi macam tu? Tak kisah la! Persoalan yang patut dipersoalkan sekarang ialah siapa pulak yang call rumah aku pagi pagi buta ni? Aku tengah syok syok mimpi... Adeh. Dengan sopan santun yang dibuat-buat lalu aku mengangkat gagang telefon tu.



"Wai? Wapucetau? Eh silap silap. Hello?"

"Mi... Dah siap belom?"

"Errr..."

"Cepat sikit. Appointment tu pukul 10. Kalau lambat nanti, kena datang hari lain pulak. Cepat!"

"Alaaa... Relax la atok. Don't worry, be happy! Kojap jo nak poie sepital tu haaa... Tak jauh mano pon. Sekangkang vavi je!"

"Kau jangan main main Mi. Tak pasal pasal kau tolan ompat puluh ompat tayar beskal bersama rantainya sekali! Dah! Cepat!"



Okay. Dialog tu aku dah tukar sikit sikit kasi lawak. Aku rasa macam lawak. Errr... Tak lawak langsung ek? Haha. Malam tadi mak aku dah pesan kat aku supaya hantar atok aku gi hospital pukul 10 pagi sebab atok ada appointment dengan doktor. Aku bajet pukul 10 tu la baru nak gerak kan? Alih alih, kena sampai sana sebelum pukul 10! Aku tengok jam baru pukul 9 pagi. Haaa??? Dah pukul 9? Mati laaa...



Dipendekkan cerita, aku dah siap. Aku pergi ambil atok aku kat rumah dia. Eh. Lupa nak beritahu! Adik aku atau nama manja dia Bob ikut sekali. Tapi aku suruh dia drive sebab aku malas. Haha. Dipendekkan cerita, sampai jugak kitorang kat hospital tu sebelum pukul 10. Phewww... Hebat gile Bob bawak kereta! Tak benti benti aku mengucap dalam kereta! =,=



Dipanjangkan cerita, aku tak tahu nak pergi mana bila dah sampai kat hospital tu. Siriyes beb! Atok ada tunjuk surat appointment tu. Tapi aku tak faham langsung. Nak pergi bahagian mana ni? Adeh. Aku pergi tanya guard sambil tunjuk surat appointment tu. Dia suruh aku jalan terus belok kiri lepas tu terus pergi sebelah kiri. Errr... Kau nampak ke apa yang aku cuba sampaikan? Buat buat nampak je la ye. Bertindak mengikut arahan, aku sampai kat tempat yang dituju. Kalau tak silap aku, kat klinik ultrasound kot? Aku pergi kat kaunter pertanyaan, aku tunjuk surat appointment. Check punya check, saudari tu kata kenapa tak datang 5 Mei hari tu? Aku terus pening pening ayam. Apa ni? Saudari tu suruh aku pergi jumpa doktor kat bahagian temujanji tu. Seperti biasa, aku ikut arahan yang dikeluarkan. Aku pergi jumpa doktor tu. Doktor dengan ikhlas tengok surat appointment tu. Errr... Aku tak habis habis tunjuk surat appointment tu. Siapa suruh tak faham surat appointment tu kan? Adeh. Doktor pon kata benda yang sama. Atok sepatutnya kena datang 5 Mei untuk ujian ultrasound tu. Lepas tu, atok datang hari ni sebenarnya untuk ambil keputusan ujian 5 Mei tu. Aku dah tension dah. Siapa punya kerja ni tak bawak atok pergi appointment 5 Mei hari tu? Demmm... Kesian atok. Last last, doktor tu pilih tarikh untuk reappointment. Nak tahu bila? 8 Ogos beb! Lama gile nak kena tunggu. Sabar ye atok! :'(



Haaa... Kan dah panjang aku taip kali ni? Ada banyak lagi insiden yang berlaku. Tapi cukup la setakat ni. Kau bukan baca pon kan? Haha. Dipendekkan cerita, urusan kat hospital tu selesai sebelum pukul 4 petang. Kau bayangkan aku kat hospital tu daripada pukul 10 pagi sampai la 4 petang! Gile ah. Apahal lama sangat kan? Haaa... Tunggu nombor giliran nak kena panggil tu punya pasal la! Sabar aje la... Siriyes beb! Aku ingat aktiviti memancing je yang memerlukan kesabaran tahap tinggi. Tak sangka pulak aktiviti menanti nombor giliran untuk dipanggil di hospital turut memerlukan kesabaran yang bukan sikit! =,=





potpetpotpet : Kau baca sampai habis? Tahniah! :')

Isnin, 23 Mei 2011

Terima Kasih Cikgu! Kami Sayang Cikgu!

Hurmmm... Aku dah habis praktikal kat sekolah tu. Mulai minggu ni, aku tak lagi menjejakkan kaki kat sekolah tu. Esok aku dah tak pergi sekolah awal awal pagi. Esok aku dah tak masuk kelas laju laju. Esok aku dah tak mengajar dorang topik baru. Adeh. Macam sedih pulak bunyi dia. Nak buat macam mana kan? Adat pertemuan beb. Nak tak nak, kena berpisah jugak. So, sila pasrah sekarang. Buat adik-adikku sekalian, cikgu di sini akan sentiasa mendoakan kejayaan kamu semua, dunia dan akhirat! Cikgu juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada kamu semua kerana sudi menjadi sebahagian daripada hidup cikgu yang entah apa apa ni... Okay. Aku macam nak nangis sekarang! T-T






Sebelum aku mengakhiri entri sedih pada hari ini, aku ingin berkongsi dengan korang satu video yang aku sempat rakam. Satu je pon, tak banyak kan? So, tengok je laaa... Boleh? Masa ni, aku beritahu dorang yang aku akan habis praktikal kat sekolah tu tak lama lagi. Maksudnya, aku dah tak ajar dorang lagi dah lepas ni. Hurmmm... Lepas tu, sebelum aku keluar daripada kelas tu, aku menjadi sebak laju laju. Errr... Kenapa tiba tiba aku menjadi sebak ni? Apa yang dorang dah buat? Dorang telah melakukan sesuatu yang aku tak expect langsung. Siriyes beb! Dan aku jamin kalau korang berada kat tempat aku waktu tu mesti korang dah meleleh air mata dah. Ngeee... Tak percaya? Jom tengok! >.<






potpetpotpet : Patah tumbuh hilang berganti?

Ahad, 22 Mei 2011

Lagu Lagu Baru Yang Sodap Den Dongar | Pitbull, Chris Brown, Lady Gaga, Blue & Inna

Bersempena dengan hari Ahad ni, aku nak berkongsi dengan kau lagu lagu baru yang hangat lagi best. Aku tak tahu la kalau kau tak suka kan. Tapi lantak ah! Ni blog aku, mesti la aku nak update pasal apa yang aku suka. Takde kena mengena dengan kau kan? Haha. Tiba tiba je nak marah marah ni apahal? Sengal gile. Aku dapat tahu lagu lagu baru ni daripada carta kat sini. Jom dengar sekarang! ;)





Pitbull - Give Me Everything ft. Ne-Yo, Afrojack, Nayer



Chris Brown - Beautiful People ft. Benny Benassi



Lady Gaga - Edge Of Glory



 Blue - I Can



Inna - Sun Is Up





potpetpotpet : Yang mana satu kau suka dengar? Ke takde langsung? =,=

Cerita Basi Yang Panjang Berjela Tapi Seronok Dibaca. Errr... Syok Sendiri Nampak? Haha!

Jom dengar cerita basi! Haha. Ni cerita pasal sambutan Hari Guru kat sekolah hari tu. Best la jugak kan. Adeh. Satu hari tu memang sambut Hari Guru semata-mata. Pagi pagi lagi dah kena beratur ramai ramai. Bajet macam pengantin la berarak dari atas sampai bawah. Dah la aku pakai baju macam nak pergi nikah! Budak budak yang kata la kan. Siap ada kompang sekali tu! Hebat ah! >.<


Depan cikgu muda. Belakang cikgu tua. Kejam ke bunyi dia?


Lepas tu, duduk ramai ramai kat kerusi plastik. Seperti biasa, kena baca ikrar dan tak dilupakan jugak, nyanyian lagu Kami Guru Malaysia kategori sumbang berirama. Haha. Jahat gile kutuk diri sendiri! Takpe takpe. Kutuk diri sendiri adalah sopan berbanding kutuk orang lain. Kau ingat kau cahhhannntekkk sangat nak kutuk orang lain? =,=


Aku tengah khusyuk lagi tawadhok mendengar utusan yang dibacakan. Tak tahu la kalau kau percaya kan. Eh. Kau percaya ke ni? =,=


Kemuncak yang dinanti-nanti ialah persembahan istimewa daripada aku dan cikgu cikgu praktikal yang lain. Haha. Aku tak sangka aku boleh menangis bila ingat balik persembahan tu. Bukan sebab terharu tapi sebab terkedu! Dah la. Malas nak memalukan diri sendiri, tengok je la gambar yang aku tempek ni haaa... Eh. Lupa pulak nak beritahu kau. Aku menyanyi masa tu! Dan aku rasa macam tak best je. Tapi cikgu cikgu puji aku pulak dah. Hurmmm... Entah entah aku kena sindir kot? Kesian gile aku. =,=


Bajet tengah nyanyi pasti berjaya di akademi fantasiaaa... =,=


Dah selesai semua tu, cikgu cikgu kena get ready for games. Sambi sambil tu, sempat lagi ambil gambar dengan pelajar pelajar. Errr... Sekali dapat hadiah beb! Sedih betul aku bila dapat hadiah ni. Mana tak sedih, first time kot dapat hadiah masa Hari Guru! Kira ni pengalaman pertama aku menyambut Hari Guru sebagai sorang cikgu. Kau tak nak berkongsi sedih dengan aku? T-T


Sorang nakal, sorang sopan. Aku sayang both of them!


Terima kasih daun keladi! Warna baju budak budak ni pon dah macam daun keladi. Errr... Kelakar tak aku cuba buat lawak ni?


Macam potret keluarga pulak.


Okay. Ada tiga permainan dijalankan serentak hari tu - bola sepak, bola baling dan sukaneka. Seperti biasa, bola sepak untuk lelaki, bola baling untuk perempuan dan sukaneka pulak terbuka. Dan aku join apa? Jeng jeng jeng. Aku join sukaneka! Haha. Kenapa aku join sukaneka? Sebab sukaneka ni pelik pelik games dia. Tu yang best tu! Kalau aku main bola sepak, aku mesti tension nak menang. Errr... Ada je alasan kan? Sedar tak sedar, dah habis cerita pasal Hari Guru aku. Sekian. >.<


Aku memang siriyes main ni. Fokus beb!


Best gile main hoki guna buah kelapa!


Sebahagian daripada hadiah yang aku terima. :')



potpetpotpet : Aku dah mula bercuti daripada kelmarin! XD

Khamis, 19 Mei 2011

Errr... Macam Dah Lambat Sangat Kot? Kira Halal La!



Adeh. Takpe ke aku wish Selamat Hari Guru hari ni? Haha. Macam dah lambat sangat kot? Tak kisah la! Aku nak wish jugak. Aku tak dapat nak update pasal Hari Guru hari tu disebabkan talian internet yang tidak memuaskan hingga mampu mengundang cacian, makian, herdikan apatah lagi kutukan. Errr... Dalam hati je ah! Tak sopan cakap kuat kuat. =,=


Bercakap pasal Hari Guru ni, aku mesti ingat cikgu. Nama pon Hari Guru kot! Takkan ingat pasal jururawat? Errr... Aku paling tak boleh lupa peristiwa dahsyat masa aku darjah 5. Eh. Ke darjah 4? Alamak... Terlupa pulak! Tadi kata tak boleh lupa kan? Haha. Okay. Aku yakin aku darjah 4 masa tu. Aku belajar bahasa Inggeris dengan sorang cikgu perempuan ni. Ada satu hari, cikgu tu suruh kitorang bawak kertas ujian bahasa Inggeris bulan berapa tu aku tak berapa nak pasti nak discuss la pasal soalan soalan dalam kertas ujian tu haaa. Nak dijadikan drama, aku terlupa bawak! Demmm... Macam mana aku boleh terlupa pulak ni??? Dah la cikgu tu garang gile! Mati ah aku! Aku dah nervous pada saat dan ketika cikgu tu suruh aku berdiri. Tak pasal pasal aku kena marah habis habisan. Lepas tu, tiba tiba, jeng jeng jeng, tara pap pap paaa... PAAAAANNNGGGGG!!! Aku kena lempang derrr. Adeh. Sakit sampai mencucuk hidung! =,=


Tak aci betol. Aku terlupa bawak kertas ujian je pon. Tapi kena lempang memang tak ingat dunia la sakit dia. Haha. Dahsyat gile cikgu dulu dulu. Sekarang? Lu pikir la sendiri! Tak nak fikir sudah. Aku tak paksa pon. Okay? Dah la. Aku nak bukak hadiah hadiah ni haaa... XD



potpetpotpet : Esok last day aku kat sekolah tu! Sedih? Atau gembira? Hurmmm...

Rabu, 11 Mei 2011

Istimewa 11 Mei


Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan duhai ibu...
Allah selamatkan kamu...


Eh. Dah 11 Mei!!! Haaa... Siapa tahu ada apa dengan 11 Mei? Siapa tahu, aku bagi gula sepeket. Sepeket pon cukup la kan? Nak tak? Rugi la siapa tak nak. Siriyes! Gula dah mahal sekarang. Even aku nak beli gula gula doploh sen kat kedai runcit pon aku tak berani dah. Takut pulak gula gula doploh sen tak dapat empat bijik. >.<


Tiba tiba aku teringat pasal kejadian semalam. Aku beli air teh o ais limau sebungkus. Cuba kau teka, best tak air teh o ais limau tu? Haaa... Best gile wa cakap sama lu! Sebab apa? Sebab teh o ais limau tu kurang manis. Errr... Tak kisah la kurang manis pon. Tapi macam tak letak gula langsung kot? Adeh. Nasib baik aku jenis suka air macam tu. Kalau tak, aku dah lama ptttuihhh ptttuihhh dah air tu. Haha. Apasal aku rasa macam cerita aku ni takde kaitan langsung dengan tajuk entri pada hari ini? =,=


Okay. Back to the topic, 11 Mei merupakan hari kelahiran ibu. Errr... Ibu kau ke? Aku tahu pulak hari kelahiran ibu kau? Haha. Ibu aku la beb! Cuba baca entri ini. Aku ada sebut pasal hari kelahiran ibu. Oleh itu, aku ingin memberikan ucapan yang sejibik macam dalam entri ini. Boleh? Aku malas nak taip ah! Errr... Jujur ni... =,=



potpetpotpet : Aku bad mood kejap tadi. >.<

Selasa, 10 Mei 2011

Lelaki Bujang Macam Aku!



Itu diaaa... Status biasa bagi seorang lelaki bujang trrrang tang tang macam aku. Tak makan nasi, makan megi. Tak makan megi, makan nasi. Haha. Biasa ah. Nak jimat punya pasal. Makan memang tak boleh nak ikut selera. Tapi kalau aku ikut selera jugak, bank negara pon tak menang tangan nak support aku. Errr... Aku siriyes kot? Adeh. Anyway, aku takde la setiap hari nak makan megi. Kau nak mampos makan megi hari hari? Dah la tak sihat! Rasa pulak dah la sedap! Eh. Macam berlawanan je bunyi dia? =,=


Semalam aku makan nasi putih, ayam goreng dan beberapa batang kacang panjang. Tidak dilupakan juga, kicap manis sebagai penyeri majlis. Haha. Sedap gile wa cakap sama lu! Bukan setakat menjilat jari je, lidah siap koyak rabak gara gara kenikmatan yang jelas terasa. Hurmmm... Betul ke sedap sangat? >.<


Haaa... Terliur tak? XD



potpetpotpet : Rindu air tangan ibu... T.T

Ahad, 8 Mei 2011

Carta Lagu K-Pop Paling Popular | Minggu Pertama Mei 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera! Kita kembali lagi dalam carta lagu K-Pop paling popular bagi minggu pertama pada bulan Mei ini. So, tanpa melengahkan masa lagi, biar saya memulakan carta pada hari ini dengan lagu yang menduduki tangga pertama. Okay. Pada minggu lepas, lagu ini berada pada kedudukan yang sama. Nampaknya, lagu ini berjaya mengekalkan kejuaraannya selama dua minggu berturut-turut! Tahniah diucapkan kepada 4MINUTE kerana lagu Mirror Mirror sekali lagi menduduki tangga teratas bagi carta lagu K-Pop pada minggu ini. Bagi tangga tangga yang seterusnya, sila tengok sendiri. Boleh? ;)


[1] 4MINUTE - Mirror Mirror




[2] f(x) - Pinocchio (Danger)




[3] Rainbow - To Me




[4] Big Bang - Love Song




[5] Girl's Day - Twinkle Twinkle



[6] CNBlue - Intuition
[7] Park Bom - Don't Cry
[8] Kim Tae Woo - Echo
[9] A Pink - Don't Know
[10] Clover - La Vida Loca






potpetpotpet : Happy Mother's Day!

Abang Tahu Abang Tak Berapa Pandai Dalam Bab Bab Macam Ni

Happy Mother's Day kepada ibu tercinta, Puan Zaimah. Abang sebagai anak yang sulung lagi soleh sikit sikit dengan ini mendoakan kebahagiaan ibu tak kira di dunia mahupun di akhirat. Di samping itu, abang turut mendoakan supaya ibu dapat menunaikan haji secepat yang mungkin bersama-sama dengan suami ibu yang tercinta, merangkap sebagai ayah abang. Haha. Abang tahu abang tak berapa pandai dalam bab bab macam ni - meluahkan perasaan melalui perkataan apatah lagi perbuatan. Ngeee... Takpe la. Biar Allah je yang tahu. ;)


Walaupun abang takde kat rumah sekarang, abang tahu keluarga kita tak berapa amik port sangat dengan Mother's Day ni. Kenapa abang boleh cakap macam tu? Jeng jeng jeng. Sebab apa pulak kan? Sebab yang dicari-cari ialah hari jadi ibu yang jatuh pada tanggal 11 Mei setiap tahun! So, hari jadi ibu dijamin dekat dekat dengan Mother's Day. Oleh itu, Mother's Day terus jatuh nombor dua dengan sepantas kilat. Haha. Kalau abang lupa wish Mother's Day kat ibu, abang mesti bagi alasan yang abang tunggu hari jadi ibu. Alasan yang bijak bukan? Erk. Harap harap tak derhaka la. So far, abang tak bertukar jadi batu lagi. Adeh. >.<





potpetpotpet : Panggilan aku dalam keluarga ialah abang. Sila jangan keliru atau pening.

Sabtu, 7 Mei 2011

Koleksi Gambar Bersama Ibu

Haaa... Sempena dengan Mother's Day ni, aku nak berkongsi dengan korang gambar gambar selebriti popular di dunia yang SEMENTARA ni bersama mak dorang. Adeh. Jom tengok sama sama! Menarik derrr... Ada Beyonce! Ada Britney Spears! Ada Justin Bieber! Ada Katy Perry! Ada dan lain lain! Haha. Tengok ah muka muka dorang ni sama tak dengan muka mak dorang. As for me, aku rasa rasa Katy Perry la paling serupa dengan mak dia. Siriyes! Korang dah boleh bajet muka Katy Perry masa tua nanti. Sonang sajo. Nak tahu macam mana? Tengok je la muka mak dia sekarang! Cuma Katy Perry edisi tua tu kena tambah botox sikit sikit je. Ke banyak banyak? Lantak ah. =,=


Alicia Keys

Beyonce

Britney Spears

Carrie Underwood

Chris Brown

Fergie

Gwen Stefani

Jennifer Lopez

Jessica Simpson

Justin Bieber

Justin Timberlake

Katy Perry

Miley Cyrus

Taylor Swift

Usher



potpetpotpet : Nantikan gambar aku dengan mak aku pulak. Tungguuu...

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com