Aku kat dalam library ni. Tengah SERONOK berparti memerah otak. SERONOK gilerrr ... Sila percaya aku tipu part SERONOK tu. Haha. Esaimen bertimbun dah macam Banjaran Titiwangsa kau tahu. Tesis pun tak siap lagi. Pulak tu, esok malam aku ada mid-term test untuk paper Kaedah Berangka (Numerical Method). Dengan ini aku mengumumkan bahawasanya kepala otak aku dah kusut kurus serabai misai pening cacing apa apa lah. Dahsyat tak ? Okay okay. Wish me luck dalam menghadapi segala onak duri cehhh yang mendatang what so ever lah. Kini gemilang itu semakin pasti ku genggam ... Teruja tak dengar aku nyanyi secara tulisan ? Haha.
potpetpotpet: Dah lama tak karok.