Khamis, 28 April 2011

Hizami Rahim & Peminat Fanatik

Aku search Hizami Rahim kat facebook. Nak tahu aku jumpa siapa? Aku jumpa Hizami Rahim!!! Haha. Sengal gile kau. Dah kau search Hizami Rahim, mesti ah keluar Hizami Rahim. Takkan keluar Shahir AF8 kot? Pfffttt... Anyway, apa yang best, aku tak sangka aku boleh jumpa ramai manusia yang menggunakan nama Hizami Rahim. Wow! Siapa sangka, nama Hizami Rahim ni boleh dikatakan agak trendy pada masa kini. Pfffttt lagi... Aku tak kisah sangat pasal nama tu sebab aku tahu bukan aku sorang nama Hizami Rahim kat dunia ni. Haha. Tapi, aku teruja gile bila aku tengok terdapat beberapa Hizami Rahim yang menggunakan gambar sama macam aku pernah upload suatu masa dulu. Jom sama sama pfffttt... =.=


Apa apa pon, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka mereka yang berkenaan kerana menjadikan aku sebagai idola dorang. Tak sangka aku ada peminat peminat fanatik macam dorang ni semua. Tengok ah, dorang sanggup tak nak guna nama dorang, sebaliknya, dorang guna nama Hizami Rahim dan seterusnya menjadikan gambar aku sebagai profile picture dorang. Wow! I couldn't ask for more. I'm speechless. Bukan senang nak jadi femes macam aku ni kau tahu. Kau ada ke orang nak guna nama kau serta gambar gambar kau sekali? Takde kan? Haaa... Sebab tu aku sayang dorang ni. Terima kasih bebeh! Please support me forever and for always! Boleh? :')





potpetpotpet : Sila baca dengan mata hati kalau kau nak mendalami apa yang aku cuba sampaikan. =.=

Selasa, 26 April 2011

Aku Dapat Hadiah Hari Jadi 3 Dalam 1! Yahoo!

Aku gurau gurau hari tu. Masa tu aku tengah borak borak sifar dengan budak budak pantun. Tak best ah taip dalam bentuk perenggan macam ni. Aku nak bagi dialog sikit boleh? Oleh itu, sila baca seperti di bawah. XD



Aku la siapa lagi: Eh. 23 April ni besday saya tau. Nanti boleh ah bagi hadiah kat saya.

Budak pantun pertama: Oh. 23 tu hari apa ek?

Budak pantun kedua: Hari Sabtu la.

Budak pantun pertama: Oh. Nasib baik hari Sabtu tak sekolah. Phewww... Tak dapat nak bagi hadiah. Haha.

Aku la siapa lagi: Okay. Fine.



Like I said, gurau gurau je bebeh. Takde niat pon nak paksa dorang bagi hadiah. Erk. Ada sikit la kot? Opsss... Terjujur pulak. Adeh. Susah betul jadi manusia yang jujur ni. Haha. Apa apa pon, hari Sabtu memang tak sekolah... Tu mula mula la. Tapi, sangkaan aku meleset derrr. Sebab apa? Tiba tiba hari Sabtu tu kena gi sekolah gara gara nak ganti cuti Deepavali yang akan datang lamaaaaaaaaaa lagi... Haha. Jangan mengeluh okay? Best apa gi sekolah hari Sabtu! *mata pandang ke atas sambil letak tangan kat dada


Dan pada hari Sabtu, aku dikejutkan dengan hadiah daripada budak budak pantun semua tu. Takde ah terkejut sangat. Haha. Anyway, kau nak tahu aku dapat hadiah apa? Jeng jeng jeng. Jom selongkar sekarang... Kita tinjau sama sama! ;)


Sesi penyampaian hadiah yang gilang gemilang di kaki lima! XD

Ada apa dalam ni? Cepat ah teka! Alaaa... Kau dah nampak gambar kat bawah ni kan? Cisss...

Ada perfume!

Ada kemeja kotak kotak!

Ada tshirt kaler putih!



potpetpotpet :
Everyone has an opinion. And everyone has the right to disagree with the opinion!

Isnin, 25 April 2011

Alasan Yang So Sweet Bila Terlambat Wish Happy Birthday!

Tarikh Kejadian : 23 April 2011
Masa Kejadian : 10:52 pm
Lokasi Kejadian : McD


You're so hypnotizing
Could you be the devil? Could you be an angel?
Your touch magnetizing
Feels like I am floating, leaves my body glowing


Lagu apa tu? Teka ah sendiri! Tu bunyi ringtone henpon aku sekarang. Tiba tiba henpon aku berdering masa aku tengah lepak dengan I N N Z serta kawan dia lagi sorang. Alamak! Aku tak ingat nama kawan dia pulak! Haha. Kejap kejap. Aku gi tengok kat blog I N N Z ni. Haaa... Nama dia S Y U K. Oh. Nama S Y U K ni takde pautan sebab dia takde blog tapi aku sengaja taip nama dia seolah-olah macam ada pautan. Erk. Perlu ke aku jelaskan semua ni? =.=


Aku dapat panggilan daripada Q (bukan nama sebenar). Aku ingat panggilan biasa biasa je. Sekali dia nyanyi Happy Birthday To You secara berpasangan dengan K (bukan nama sebenar). Aku macam, oh em gee, that is so sweet!!! Boleh nangis ah kalau tak cover macho time tu. Nasib baik aku ada kat luar masa tu. Kalau aku ada kat dalam bilik tengah baring baring atas katil, confirm aku dah nangis guling guling. Haha. Terjujur pulak. Adeh. Lantak ah. >.<


Lepas habis dorang nyanyi, aku text Q, tanya la kenapa dia lambat wish kan. Cehhh... Mengada-ngada gile! Haha. Aku bajet dia lupa kot. Kalau tak, mesti dia dah wish awal awal kan? Tapi, tapi, tapi, dia reply seperti di bawah:

Q tahu ramai berebut nak jadi yang terawal wish. So, Q nak jadi yang special. Yang terakhir! Haha.

Alasan memang tak boleh belah! Adeh. Lepas ni, aku nak cuba pulak alasan macam ni. Ngeee... Bunyi macam sweet je kan? Haha. Okay. Tu je untuk hari ni. See ya! Jangan lupa pos hadiah kat aku okay? =.=


Lalang ni sodap bebeh!



potpetpotpet : Biarlah rahsia... Nak jugak rahsia rahsia ni... =.=

Sabtu, 23 April 2011

Senyum Sampai Terkoyak Mulut!



Sila perhatikan notification yang terletak dalam kotak pink tu. Pagi pagi online, dapat tahu hampir 200 contengan kat wall aku. Eh. Contengan apa pulak sampai banyak macam tu? Buang tabiat ke apa tiba tiba conteng wall aku? Adakah aku yang menconteng arang kat wall aku sendiri? Haha. Lantak ah. Anyway, di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi wish HB kat aku. Tak kisah la siapa cepat siapa lambat, aku hargai semua tu. HB tu apa pulak kan? Shhh... Hint dia ialah 234!!! Cisss... Siap bagi hint tu. Tahu ke 234 tu apa? Kalau tak tahu, boleh senyum lepas tu angguk angguk je, pura pura macam tahu... Boleh? XD




Tak dilupakan jugak, to those yang menyalurkan ucapan HB kat aku melalui henpon. Kena cakap jugak benda ni. Kalau tak cakap nanti, ada orang kata aku ni berat sebelah pulak. So, thanks to En Zul, Innz, Jhou, Nana, Alif Marit, Hamdi, Arn, Mira, Qarl dan siapa siapa lagi yang tertinggal. Haha. ;)



potpetpotpet : Ada sekolah ganti hari ni.

Jumaat, 22 April 2011

Jom Bukit Broga!!! Eh. Tak Sedap Pulak Bunyi Dia... Jom Broga Hill!!!

Bukit Broga? Atau Broga Hill? Mana lagi sound best? Aku cop Broga Hill! Haha. Padahal sama je kot. Penting kah untuk dipersoalkan? Jawapan dia, tak penting pon! Adeh. Abaikan je ah. Anyway, aku dah terlambat nak update pasal aktiviti ni. Kau bayangkan ah, aku gi Broga Hill last Saturday kot. Dah nak dekat seminggu aku cuba tulis entri ni, tapi tak siap siap jugak. Geram sangat, aku tekan publish terus! Mwahaha...


Back to the topic, aku bangun awal gile hari tu. Cer cite cer cite... Aku bangun kol 4 pagi kot. Bangun pagi pagi tu, terus mandi macam biasa. Then, sarapan nugget tempura yang sedap. Nak beritahu jugak? Haha. So, aku dengan geng bertolak dalam kol 5 pagi macam tu. Sepanjang perjalanan, jantung aku sentiasa berdegup kencang seperti genderang mau perang. Kalau kau nak tahu, jalan gi Broga Hill tu dah macam ular, memang simpang siur langsuir tak ingat dunia la. Tambah tambah lagi dengan pemandangan yang gelap gelita. Memang tak nampak pemandangan langsung. Lepas tu terus nyanyi pandang pandang alam ini... Boleh? =.=


Dipendekkan cerita, dah sampai kat Broga Hill. Dipendekkan cerita lagi, dah sampai kat puncak Broga Hill. Dipendekkan cerita sependek-pendeknya, kau layan ah gambar gambar kat bawah ni haaa... Aku malas nak taip panjang panjang. XD













Aku tak sangka ramai gile manusia gi Broga Hill tu. Dah macam Karnival Jom Heboh kat sini. Rugi la siapa tak gi lagi. Bagi menambahkan tahap meluat kau, di sini aku ingin menyatakan bahawasanya pada sesiapa yang belum pernah jejak Broga Hill ni, kira kau memang ketinggalan bas ah. Boleh? For me, Broga Hill memiliki keindahan yang tersendiri. Dan aktiviti macam ni boleh membawa pembaharuan dalam hidup kau. Sebab apa? Sebab nanti, kau takde ah buat aktiviti aktiviti yang dah biasa kau buat je. Apa yang best, ktiviti ni dijamin mempersihatkan tubuh badan. Suka hati guna imbuhan sendiri... XD



potpetpotpet : Aku tak kisah la.

Ahad, 17 April 2011

Aku Berada Di Mana Ini?



Aku berada di mana ini? Klasik gile bunyi soalan bila letak INI kat belakang pertanyaan tu. Haha. Anyway, semalam aku telah mengikuti satu aktiviti yang menarik lagi bayyyekkk punyerrr... Tapi aku malas ah nak cerita sekarang. Aku nak cerita esok je la kot? Boleh? So, sementara nak tunggu esok, aku nak korang teka teki teka tekok aku pergi mana berdasarkan gambar kat atas tu haaa... XP



potpetpotpet : Lebih kurang enam hari lagi...

Jumaat, 15 April 2011

Top 5 | Best Performances Of American Idol Season 3

All the contestants!!!


I just wanna share with you guys, few great performances from American Idol Season 3. Kenapa aku tiba tiba start dengan Season 3? Sebab aku mula tengok American Idol secara siriyes masa Season 3 ni haaa... Kira Season 1 dengan Season 2 tu aku tak berapa nak layan sebab aku lebih layan Power Rangers. Boleh bagi alasan macam tu? Padahal aku tak paham bahasa omputeh lagi masa tu. Adeh. Anyway, aku dah senaraikan Top 5 kat bawah ni, based on my opinion la kan. Kalau kau tak setuju, kau boleh buat entri sendiri kot. Tak payah nak bangkang bangkang. Haha. XP


Jasmine Trias - Inseparable


Jennifer Hudson - Circle Of Life


LaToya London - Somewhere
Diana DeGarmo - Don't Cry Out Loud


Fantasia Barrino - I Believe



potpetpotpet : Happy birthday Daniel Adie!

Conteng Arang Kat Muka Beliau!

I'm sorry. My bad. T.T


Astaghfirullah! Aku kecewa bebeh. Aku kecewa dengan diri sendiri. Gara gara kelalaian yang tidak disengajakan, aku telah menconteng arang kat muka beliau! Ya Allah! Aku tak berniat langsung nak mengaibkan beliau! Demi Allah! Siriyes ni. Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Aku hanya mampu mintak maaf kat beliau je. I'm sorry zizidiazora!


For those yang pening pening ayam, sila rujuk entri kat sini. Beliau mengungguli carta pengkomen terpaling rajin kat blog aku ni haaa... So, aku terus gi profile dia. Lepas tu, aku nampak link dua bijik blog kat situ. Aku dengan laju lagi pantas singgah both blogs. Aku tengok both blogs ada ciri yang sepunya. Errr... Aku ingat beliau merupakan tuan punya bagi dua bijik blog berkenaan. Aku tak perasan langsung tanda Blogs I Follow kat profile beliau tu. Aku dengan sukahati main pautkan nama beliau kat salah satu blog yang ada kat profile beliau tu. Aku mintak maaf sangat sangat. Dengan rasa rendah diri, aku mengaku kesalahan aku. So, maafkan aku boleh? :'(


A song for you guys.



potpetpotpet : Aku insan yang lemah.

Khamis, 14 April 2011

Aku Tengok Biasa Biasa Je Header Kau?

Header ni orang lain buat bebeh!


Aku tengok biasa biasa je header kau? Demikian aku berkata kepada diri sendiri. Haha. Anyway, thanks SR! Tak silap aku, dia yang calonkan header aku ni haaa... Terima kasih daun keladi la beb. Aku terharu gile dah ni. Erk. Apa yang aku bebelkan sekarang ni? Jeng jeng jeng. Okay. Aku telah tersenarai sebagai calon bagi header blog lelaki pilihan. Mula mula, aku tengok tengok macam tu je. Kira aku tak ambil port sangat ah kan. Lepas tu, aku pergi check semalam, tiba tiba header blog aku telah menperolehi 44 bijik undian! Wow! Siapa yang baik hati sangat ni? Sanggup betul korang undi Budak Lelaki Sebelah Pintu ni kan? Adeh. Tak kisah la even bijik undian tak sampai ratus ratus. At least, ada jugak manusia yang sudi melemparkan bijik undian untuk header blog aku ni haaa... ;)




Muka nak jambu. Haha. Perasaan diri sendiri nampak? =.=



potpetpotpet : Perbaiki diri sendiri tapi jangan jatuhkan orang lain. XD

Rabu, 13 April 2011

Apahal Kau Rajin Sangat Nak Komen Blog Aku?

Tahniah!


Wahhh... Aku dah maju setapak beb! Aku baru install widget ni. Erk. Widget apa pulak kan? Jeng jeng jeng. Widget for top commentators! Well... Aku nak tahu jugak makhluk makhluk yang rajin melemparkan kritikan kat blog aku ni haaa... Kau tahu je ah kan, sejak dua menjak ni, aku busy dengan kehidupan sebagai seorang guru. So, aku tak berapa nak sempat bertandang ke blog korang sekalian. Sorry... Bagi membalas budi, aku nak ajak all of you to visit these amazing peeps! Jom kenal kenal dengan mereka yang dimaksudkan! Berbaloi baloi! ;D


zizidiazora
Tukang komen terbaik! Even dia takde blog, dia rajin baca blog aku lepas tu komen komen apa yang patut. Thanks!

mr.syazwan
Beliau memiliki sebijik blog yang menggunakan tagline fuuyoo bebeh. Oh. Bebeh tu aku tambah sendiri. Boleh? XD

Mra Mastura
Siapa nak tengok blog yang comel? Plus, ada banyak gile coretan peribadi. Shhh... Banyak rahsia nak kena bongkar ni. Adeh. ;)

Puteri Iqa Izyan
Jom singgah kat blog yang anggun macam puteri ni. Siriyes! Tak percaya? Lihat ah sendiri... Apalagi? Klik nama dia sekarang! >.<

DanieL AdiE
Blog yang hensem sikit sebab blog aku yang hensem banyak! Haha. Adakah aku telah jeles? XP





potpetpotpet : Orang berbudi, kita berbahasa. Orang mengeji, kita memuaka. Haha. Kejam gile! Okay okay. Orang mengeji, kita tetap berbahasa. Setuju?

Selasa, 12 April 2011

Bertamu Di Istana Lama Seri Menanti

Siapa rindu aku, boleh scroll pelan pelan! Siapa benci tapi rindu aku, boleh scroll laju laju sekarang... Adeh. Aku pergi melawat Istana Lama Seri Menanti hari Ahad lepas. Tiba tiba je aku buang tabiat dengan aktiviti berilmiah macam ni. Pelik kot? Sesekali nak ubah angin, takpe kan? Ke berdosa? Haha. Bosan ah buat benda yang sama je. Aku kalau hang out, tak sah kalau tak karaoke, lepas tu, bowling, wayang atau dangdut. Okay. Part dangdut tu aku tipu. =.=


Petrol habis la pulak... =.=

Lokasi yang dicari-cari ialah Istana Lama Seri Menanti!

Ini bukan rumput karpet! Ini rumput biasa!

Lubang itu merupakan kesan tikaman keris kau tahu! Dan bukan sama sekali kerja tupai!

Batu tak terbelah sekaligus tak bertangkup. Oleh itu, sila abaikan.

Sampai tertutup Istana Lama Seri Menanti!

Entah tempat apa pulak ni kan. Tiba tiba je ada kat sebelah tu. So, bantai je ah posing!


Mula mula aku ingat nak snap pictures dalam Istana Lama Seri Menanti tu. Sekali tengok ada sign no camera please. Terus kuciwa di kalbu. Sebab tu takde gambar kat dalam Istana Lama Seri Menanti tu. Dan paling kuciwa di kalbu, aku borak borak dengan pak cik yang jaga Istana Lama Seri Menanti tu sebelum keluar. Cuba teka apa yang pak cik tu cakap? Jeng jeng jeng. Dia kata, biasa budak-budak sekolah selalu snap pictures dalam Istana Lama Seri Menanti tu... Demmm!!! Boleh pulak kan? Aku dah nak keluar kot masa tu... Adeh. >.<
 
 
 
potpetpotpet : Ada pelajar dah jumpa blog aku! T.T

Jumaat, 8 April 2011

Lelaki & Bulu Hidung

Euwww... Bunyi tajuk yang sungguh menggiurkan. Eh. Menggelikan kot? Adeh. Today, aku nak borak borak kosong pasal Lelaki & Bulu Hidung. Topik yang difokuskan ialah bulu hidung. So, bulu bulu yang lain boleh diketepikan sekarang. Contoh bulu bulu yang lain ialah bulu tangkis, buluh perindu dan berbulu aku tengok kau! =.=




Persoalan yang ingin dikupas pada hari ni? Pasal lelaki yang mengeluarkan bulu hidung! Erk. Macam mana tu? Adakah beliau merupakan seorang pembekal bulu hidung? Nope! Merujuk kamus yang tidak pernah wujud, lelaki yang mengeluarkan bulu hidung ialah lelaki yang membiarkan bulu hidung beliau terkeluar kerana kepanjangan yang melampau lalu diabaikan sahaja. Phewww... Hambekkk kau panjang gile definisi aku bagi. Kalau tak faham jugak, tak tahu ah. =.=


Pada kehenseman aku, terdapat beberapa punca wujudnya golongan lelaki dengan bulu hidung terkeluar ni. Apakah?
  • Beliau mempunyai kehidupan yang sangat sibuk. So, beliau tidak sempat meluangkan masa dengan hidung beliau.
  • Beliau mempercayai bahawa bulu hidung yang terkeluar itu seksi. So, beliau menjadi yakin secara membuak-buak apabila berhadapan dengan orang ramai.
  • Beliau tidak mampu memiliki sebuah cermin. So, beliau tidak perasan akan kepanjangan yang berlaku dalam terowong beliau.
  • Beliau tidak berapa nak pandai dalam Matematik. So, beliau tidak tahu apa itu panjang, apa itu pendek.
  • Beliau bajet nak rebonding bulu hidung berkenaan. Kalau tak rebonding, perm kot?


As a conclusion, sila pastikan bahawa bulu hidung kau tidak terkeluar kerana sesungguhnya keadaan itu sungguh menggelikan. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, lelaki lelaki sekalian dinasihatkan supaya menjaga bulu hidung seperti rumput di halaman rumah. Kalau dah panjang, tak reti reti nak potong ke cabut ke tarik ke pulas ke? Sebagai seorang lelaki, kita kena bajet hensem supaya nampak hensem. Salah satu cara untuk bajet hensem ialah memastikan bulu hidung kau tak terkeluar. Kalau takut sangat bulu hidung kau terkeluar, suruh kawan kau check terowong berkenaan.  Kalau boleh, mintak tolong dia potong/cabut/tarik/pulas sekali! Boleh?


potpetpotpet : Kebersihan itu sebahagian daripada iman! ;D

Isnin, 4 April 2011

Dia Intai Lelaki Senyap Senyap. Aku Lempar Duit Laju Laju.



PERTAMA, thanks to Nisa Menaip sebab sudi jadikan blog aku ni sebagai antara 5 blog yang paling kerap dia skodeng. Kagom ah. Dia boleh intai Budak Lelaki Sebelah Pintu senyap senyap! Padahal aku jarang jarang update dah sekarang. Adeh. Ni semua kerana anak bangsa! Demi membentuk generasi hebat, aku rela berkorban apa sajerrr... Cikgu nak awak semua terbang setinggi-tingginya! Erk. Sila bayangkan kau tengah tengok iklan Gemilang sekarang. Haha. Anyway, Nisa Menaip merupakan antara blogger terawal yang aku kenal. Dan sekarang nama dia tengah naik beb. Aku cuma mampu menumpang populariti dia je. Boleh? Aku rasa dah agak lama aku kenal dengan dia secara maya karin. Tapi aku tak pernah bertentang mata dengan dia. Entah bila nak jumpa kan? =.=




KEDUA, aku main bowling semalam. Belasah dua game beb! Habis terbang duit aku. Dah rasa macam duit tu aku main lempar laju laju kat muka kau. Haha. Oh mummy, ampunkan dosa anakmu ini! Sejak bila aku panggil ibu sebagai mummy kan? Lantak ah. Sesungguhnya, membazir itu amalan syaithonnn... Dan di sebalik unsur syaithonnn tersebut, aku dengan bangga menayangkan jatuhan pin yang telah berjaya aku kutip. Syakalakalakebebeh! Tiba tiba je. =.=


Cuba teka jatuhan pin keseluruhan aku berapa?


potpetpotpet : Aku selsema. Siriyes tak best!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com