Jumaat, 30 September 2011

Henset Magik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Aku ada henset magik. Apa yang magik sangat? Henset ni boleh on dan off dengan sendirinya. Kau tak payah nak susah susah tekan button untuk on atau off henset ni sebab dia akan on dan off ikut suka dia. Nak tak nak, kau kena terima dengan hati yang terbuka.

Hebat tak? Henset magik milik aku ni bukan sahaja berkebolehan untuk off secara tiba tiba, malahan, tak lama lepas tu, dia boleh on balik tanpa rasa bersalah.

Kadang kadang aku rasa seram pulak. Takut kalau kalau henset aku dah terkena buatan orang. Eh?


Tapi henset magik aku still boleh guna lagi. Tak macam henset magik orang lain yang dah tak boleh nak sms la, dah tak boleh nak call la, dah tak boleh nak baling anjing la.

Aku dapat tahu Kechixx ada henset magik macam aku. Adeh. Aku ingatkan aku sorang je yang ada henset magik ni. Baru nak feeling special. Haha.



potpetpotpet : Sedih kan?

Khamis, 29 September 2011

Saya Dah Backup Blog Saya. Anda Bila Lagi?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Pagi tadi aku ada baca kat blog Azhafizah pasal blog kawan dia kena hack. Dan dan aku terus seram! Terus terfikir macam mana kalau blog aku yang kena? Tak sanggup nak bayangkan.

So, aku terus google how to backup a blog. Google punya google, finally, aku dapat tahu macam mana nak backup blog picisan aku ni. Senang gila! Meh sini aku ajar. Eh. Ni untuk blog yang guna blogger sahaja. Kalau guna wordpress, steps dia lain kot?

Ni untuk pengguna updated blogger interface macam aku. Haha.

Sila klik untuk kepuasan nafsu yang lebih.
Dashboard > Settings > Other > Export Blog

Ni pulak untuk pengguna old blogger interface. Tak reti reti nak guna yang updated tu ke? Lagi best kot!

Sila klik supaya tak menyesal di kemudian hari.
Dashboard > Settings > Basic > Export Blog

Mudah kan? Bila kita click export blog tu, blogger akan create xml file untuk kita simpan kat dalam komputer kita. Kalau apa apa jadi kat blog kita nanti, kita boleh click import blog yang terletak kat sebelah export blog tu, lepas tu, cari la xml file kita tadi. Anyway, better kau rename xml file tu dengan nama yang sesuai supaya kau tak keliru dengan xml file yang lain.

Aku dapat tahu yang backup ni merangkumi semua, daripada kandungan entri, pautan, gambar dan paling penting sekali ialah komen! Hebat tak? Apa tunggu lagi? Cepat backup blog kau tu!



potpetpotpet : Sediakan payung sebelum hujan.

Contest Banner Eyriqazz.Com

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku rasa macam nak join contest pulak. Agak agak contest mana yang jadi mangsa aku kali ni? Errr... Macam la entri ni takde tajuk kan? Seperti tajuk yang tertera, aku nak join contest banner daripada Eyriqazz.Com.

Header blog dia.

Apa yang perlu aku buat? Aku kena siapkan satu banner untuk Eyriqazz.Com. Eh. Dah siap dah banner tu! Magik tak magik tak? Sila bagi tepukan gemuruh untuk aku. Haha. Jom tengok banner yang aku dah buat untuk Eyriqazz.Com kat bawah ni:

Ni versi komik. Sila klik untuk cepat membesar.

Ni versi manusia. Boleh? Seperti biasa, sila klik untuk cepat membesar.

Sorry la kalau macam tak menarik je banner yang aku buat ni. Ni first time aku join contest banner macam ni. Kalau takde rezeki, boleh cuba lagi. Nak join? Sila klik kat SINI. Contest Design Banner Eyriqazz.Com ini ditaja oleh AbangEnsem.Com.



potpetpotpet : Belum cuba belum tahu.

Rabu, 28 September 2011

Fright Night - Vampire Jahat Lagi Hodoh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Hari Isnin hari tu aku keluar tengok filem Fright Night ni. Okay. Filem ni cerita pasal vampire. Tak habis habis pasal vampire kan? Anyway, filem ni mengisahkan seorang budak yang terpaksa berhadapan dengan jiran dia. Dan jiran dia tu merupakan seorang vampire yang sehensem aku. Eh?

Fright Night ni filem komedi seram. Dalam terkejut beruk tu, ada jugak senyum kambing yang terselit. Macam sedap kan ayat aku? Haha.

Apa yang best pasal Fright Night?
  • Vampire yang ditonjolkan dalam filem ni memang jahat. Super duper punya jahat! Kau tak payah nak berharap vampire dia jadi baik pada penghujung cerita. Memang TAKKAN.
  • Ni bukan cerita pasal vampire jatuh cinta dengan manusia lepas tu cinta terhalang oleh orang tua macam lagu Fauziah Latiff tu. Ni cerita pasal vampire makan orang macam makan biskut.
  • Vampire dia bila bertukar tak hensem macam Robert Pattinson. Vampire dia bila bertukar muka memang hodoh habis!
  • Jalan cerita bagi filem ni simple je. Tentang macam mana budak tu nak hapuskan seorang vampire SAHAJA. Senang kan nak faham? Watak dalam filem ni pon sikit je. Tak susah nak ingat. Contoh ada watak mak budak tu, awek budak tu dan kawan budak tu. Tapi aku tak ingat nama dorang la kan? Lain la kalau nama dorang Abu ke Ali ke Ahmad ke senang sikit aku nak ingat.
  • Kemunculan vampire dia sangat menakutkan. Entah macam mana aku boleh takut dengan vampire dalam filem ni aku pon tak tahu. Masa aku tengok Twilight, aku tak takut langsung dengan vampire. Siap nak rasa nak jadi vampire pulak tu!
  • Terdapat beberapa babak kelakar yang menghidupkan lagi filem ni.

So, aku bagi Fright Night tiga setengah daripada lima bintang! Tapi kalau kau dah bosan dengan filem pasal vampire macam ni, better kau tengok filem lain yang aku takkan tengok seperti filem pasal raya tu. Haha.



potpetpotpet : Filem apa pulak lepas ni?

Wordless Wednesday #18


Selasa, 27 September 2011

Bukan Kenduri Kahwin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Rumah aku ada kenduri hari Sabtu yang baru lepas ni. Adrina Qamarina boleh tanya kenduri kahwin aku ke. Tak patut betul soalan macam tu. Gurau kasar nampak?

Actually, kenduri tu diadakan untuk ayah dan ibu aku. My parents nak pergi haji tahun ni. Tiba tiba je my parents kan? Sengaja nak bagi international sikit. Haha. Anyway, sebab tu buat kenduri ni jemput adik-beradik, saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan sejawat dan siapa siapa la.

Kitorang tak guna khidmat katering langsung. Semua makanan dan minuman kitorang sediakan sendiri. Kitorang tu mewakili pakcik makcik belah ayah aku dan pakcik makcik belah ibu aku. So, aku macam bangga gila sebab pakcik makcik belah ayah aku dan pakcik makcik belah ibu aku dapat bergabung tenaga sediakan semua makanan dan minuman pada hari tu. Kau boleh jealous sekarang sebab kau guna katering je kan? Eh. Boleh ke pakcik makcik belah ayah kau dengan pakcik makcik belah ibu kau gotong-royong macam kitorang? Haha. Berlagak tak? Okay. Aku nak istighfar sekarang. Astaghfirullah al azim.

Jom tengok BEBERAPA keping gambar yang telah berjaya aku snap.


















Sorry. Gambar aku macam tak banyak sangat sebab aku sibuk masa tu. Alhamdulillah. Kenduri telah berjalan dengan lancar. Kenduri started from 12 tengahari sampai la 9 malam. Sebab ada yang datang lewat sikit sebab memenuhi undangan lain dulu. Biasa la kan? Raya tak habis lagi. So, open house memang bersepah sana sini. Rezeki jangan ditolak beb!

Semoga Allah memberkati setiap apa yang kita kerjakan. Let's doakan ayah dan ibu aku mendapat haji yang mabrur.



potpetpotpet : Bila giliran aku nak pergi haji pulak?

Isnin, 26 September 2011

Dia Soal? Aku Jawab! Kau Soal? Kau Jawab Sendiri!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Ni entri malas malas kucing sikit. Hari tu ada budak tanya aku banyak soalan. So, aku pon bantai jawab je la. Dia soal? Aku jawab! Actually, tu untuk segmen kat blog dia. Segmen dia lebih kurang macam sesi soal jawab dengan blogger. Tapi entah macam mana dia boleh nak soal jawab dengan aku entah la.

Contoh soalan dia:
Satu perkara yang orang tak tahu tentang Budak Lelaki Sebelah Pintu?

Contoh jawapan aku:
Mana boleh bagitahu? Nanti orang jadi dah tahu! Haha.

Nampak tak jawapan aku? Hebat tak aku jawab soalan? Rasa macam nak pui je kan? Okay. Pui!


Nak baca full interview? Sila singgah blog dia kat SINI. Dah alang alang singgah tu, boleh la baca lepas tu tinggal sekomen dua kat entri dia tu. Tapi kau jangan percaya sangat apa yang aku jawab soalan dia sebab aku macam mamai mamai ayam hari tu. Boleh?



potpetpotpet : Kenapa tidur tak pernah puas?

Ahad, 25 September 2011

10 Sebab Lelaki Pilih Status Single

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



10 Sebab Lelaki Pilih Status Single:
  1. Nak fokus pada kerjaya dulu. Malas nak fikir benda lain.
  2. Boleh buat apa yang kita nak buat pada bila bila masa. Tak payah nak mintak izin kat sesiapa kecuali kat ibu. Eh?
  3. Kumpul duit banyak banyak. Nanti lagi senang sebab tak payah nak susah susah cari pasangan sebab dorang boleh datang dengan sendiri. Kalau takde siapa yang datang? Maybe kena beli cermin dulu kot.
  4. Dapat rasa nikmat ketenangan. Tak payah nak pening pening dengan emosi pasangan yang selalu sangat tak stabil.
  5. Alamak! Aku dah lupa alasan yang seterusnya ni. Errr.. Abaikan je la. Boleh?
  6. Okay. Tiba tiba aku dah ingat dah!
  7. Belum ada jodoh lagi. Tapi kalau ada jual kat 7 Eleven, tolong belikan boleh?
  8. Luka yang lama masih belum terubat. Sampai hati kau tinggalkan aku? Kejam!
  9. Terlalu memilih sebab bajet hensem sangat. Eh?
  10. Tak payah nak ingat tarikh-tarikh penting seperti hari pertama dating, hari pertama basah kena hujan, hari pertama jatuh basikal dan macam macam hari pertama lagi.



potpetpotpet : Semua ni bukan alasan aku. Tolong percaya.

Sabtu, 24 September 2011

Anuar Zain 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Nampak tak? Itu bukan album aku tapi album Anuar Zain. Faham tak Umie Artoqiemie? Kalau tak faham lagi meh sini aku serkup muka tu dengan sarung bantal. Nak? Haha.

Aku terbeli album Anuar Zain yang baru semalam. Tajuk album dia guna nama dia sendiri je. Actually, nama Anuar Zain tu sendiri dah macam satu brand dah.

Anyway, I'm such a huge fan of  his voice! Nak nyanyi macam dia memang tak dapat la kan? So, kagum daripada jauh je la yang dapat. Tu yang terbeli album dia tu. Adeh.

And about his new album, aku bagi 4 stars out of 5! Errr... Cukup tak tu? Nak 5 pon boleh! Ikut kau la nak berapa. Aku setuju je. Eh? Kau punya blog ke aku ni? Haha.

In my opinion, album dia kali ni menunjukkan satu lagi tahap kematangan daripada dia. Entah berapa kali Anuar Zain ni matang entah la. Memilih konsep yang sama seperti album sebelum ni, pemilihan lagu lagu dalam album ni merupakan antara yang terbaik daripada Anuar Zain. Album ni ada 8 buah lagu. Dan takde satu pon lagu rancak. See? Berbanding dengan album Anuar Zain sebelum ni, ada dua lagu rancak yang telah dirakamkan iaitu Kau Bunga Cintaku dan Jangan Pernah Lagi. Tapi? Both songs tak dapat memberikan apa apa kesan.

Jom tengok senarai lagu dalam album Anuar Zain kali ni:
  • Ku Berjanji Karna Cinta
  • Nadi Terhenti
  • Ajari Aku
  • Pernahkah
  • Simpati Cintamu
  • Sempurnakan Aku
  • Terindah
  • Cinta Harus Memiliki

Tajuk lagu yang kena bold tu lagu yang aku suka. Okay. Album ni macam agak berat sikit bagi aku. Aku bukan kata pasal berat yang kilogram tu. Aku maksudkan lagu lagu dalam album ni agak berat sikit daripada segi susunan muzik dia, daripada segi lirik dia, daripada segi penyampaian vokal dia. Nak kata lagu lagu dalam album ni a bit experimental pon boleh jadi jugak. So, kalau nak dengar album ni sekali SAHAJA, memang la tak dapat nak masuk. Kena dengar at least 3 times baru dapat rasa kenikmatan dia. Dan aku serious ni.

Single terbaru Anuar Zain dalam album ni ialah Cinta Harus Memiliki. Dah dengar? Memang karat habis lagu tu! By the way, Numata yang cipta lagu tu. Yes. Orang yang sama cipta lagu Lelaki Ini dan Ketulusan Hati.




potpetpotpet : Album layan perasaan.

Jumaat, 23 September 2011

Masih Ada Yang Sayang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Dalam dua hari jugak blog aku tak dapat berfungsi seperti biasa. Errr... Kenapa dengan blog aku? Domain blog aku dah expired dah masa tu. Aku pulak buat buat tak tahu je. Macam mana tu? Merasa la dua hari blog aku siarkan iklan iklan yang menarik. MENARIK. Haha.

Sepanjang tempoh expired tu, ada la beberapa orang yang tanya pasal kenapa dengan blog aku tu. Yes. Beberapa orang SAHAJA. Sedih gile. Siapa la aku kan?

Anyway, aku macam terharu sebab masih ada yang sayang kat aku. Atau blog aku? Haha. So, terima kasih diucapkan kepada semua yang tanya pasal blog aku kat wall hari tu. Bukan kat wall je, yang sms, yang chat, yang tweet dan yang call jugak. Terima kasih! Ni yang aku macam nak nangis ni. Tanpa anda semua, siapa la saya dalam dunia blogging yang fana ini. Okay. Boleh pui sekarang. Pui!






Sekarang blog aku dah boleh buka kan? Ada sesiapa yang tak boleh buka lagi? Eh? Boleh pulak kau jawab soalan aku ni kalau kau tak boleh buka blog aku ni? Okay. Update hari ni memang sangat main main. Esok baru aku update betul betul. Bai!



potpetpotpet : Nasib blog aku dah okay. Jom pekena cool blog! Eh?

Blog - Sumber Trafik Dalam Diam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Ni traffic sources bagi blog entah apa apa aku, tak lain dan tak bukan ialah blog Budak Lelaki Sebelah Pintu. Kiraan ni start daripada 23 Ogos 2011 sampai la 20 September 2011. As you can see, blog Nisa Kay telah mengungguli carta tersebut. Errr... Kau faham tak apa makna semua ni? Maksudnya, blog Nisa Kay telah menyumbangkan trafik terbanyak kepada blog aku ni. Faham dah? Senang cakap, 147 hits kat blog aku datang daripada blog Nisa Kay semata-mata. Haaa... Macam mana tu? Simple je! Sebab Nisa Kay letak aku kat blog list dia. Tu je. See? Senang senang je dapat viewers kan? Dengan kuasa bulan, eh, dengan kuasa blog list, maka jumlah blog viewers pon bertambah secara spontan. Menarik bukan?

So, hebat tak sumber trafik dalam diam ni? Let's korang pakat ramai ramai mintak Nisa Kay masukkan blog korang kat dalam blog list dia. Cepat mintak kat dia sekarang! Haha. Padan muka Nisa Kay kena serbu la lepas ni.



potpetpotpet : Orang memberi, kita merasa, eh, aku merasa.

Selasa, 20 September 2011

Lagu Baru K-Pop #1

Assalamualaikum  warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Officially, aku akan sentiasa update pasal lagu baru K-Pop kat blog ni. Kenapa? Sebab aku suka! Boleh? Takde la. Aku perasan yang hampir setiap minggu ada je lagu baru K-Pop dihasilkan. Kalau tak sedap aku tak kisah sangat. Masalahnya sekarang ialah sedap pulak tu. Macam mana tu? Industri muzik dorang memang sangat produktif. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan orang kata. Tapi kalau panas terik pon aku rasa cendawan tu akan tetap tumbuh jugak sebab yang panas terik tu kat tempat lain dan bukan kat tempat cendawan tu nak tumbuh. Eh?

So, kali ni aku nak kongsi 5 lagu baru K-Pop daripada Kara, Super Junior, G.Na, Brown Eyed Girls dan U-Kiss. Aku rasa mesti kau macam tak pernah dengar lagu lagu kat bawah ni kan? Takpe takpe. Dah nama pon lagu baru kan? Anyway, lagu lagu kat bawah ni telah disusun mengikut kesedapan pada pendengaran telinga aku. Haha. Hopefully, kau dengar mengikut susunan yang telah disediakan.

Jangan risau pasal lambat loading ke apa ke sebab player kat bawah ni sangat cepat loading dia. Serious aku tak tipu. Dia punya loading bukan main laju lagi, lebih laju daripada proses kau kentut. Tak percaya?


Kara - Step


Super Junior - A-Cha
 


G.Na - Top Girl
 


Brown Eyed Girl - Hot Shot


U-Kiss - Neverland
 



potpetpotpet : Aku suka share apa yang aku suka.

Johnny English Reborn - Lawak Tipikal Yang Malar Segar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Tadi aku sempat tengok Johnny English Reborn dengan Adie, Fiq Fikri, Amir Naufal dan Abang Di kat GSC, Dataran Pahlawan. Kitorang tengok tayangan pukul 4.50 petang. Nak dekat dua jam jugak filem tu.

Okay. Johnny English Reborn ni menceritakan bagaimana Johnny English handle geng pembunuh upahan yang ditugaskan untuk membunuh pemimpin China.

Apa yang best pasal Johnny English Reborn ni?
  • Awal awal lagi aku dah gelak. Sekian.
  • Sepanjang filem ni diputarkan, terdapat beberapa babak lawak tipikal yang aku dah pernah tengok sebelum ni tapi aku rasa macam tak basi pon sebab aku tetap tergelak kuat kuat. Eh. Tapi orang sebelah aku gelak lagi kuat! Aku macam tak boleh kalah dengan dia la kan. So, babak tak lawak pon aku bantai gelak semata-mata nak lawan dia punya pasal. Eh?
  • Ada story line yang menarik. Takde la simple sangat tapi tak jugak memeningkan kepala.
  • Terdapat some gadgets yang baru dan canggih.
  • Aku tak boleh tahan dengan perempuan tua yang kejam tu. Adeh.
  • Kadang kadang aku rasa geram gile tengok Johnny English tu.
  • It is not a total slapstick, childishly funny comedy.

By the way, nak tahu tak kenapa tajuk filem ni guna Reborn? Haaa... Meh sini aku bagitahu kau. Filem ni guna Reborn sebab kau kena tengok sendiri baru la kau tahu jawapan dia. So, siapa nak ringankan kepala otak dia boleh enjoy Johnny English Reborn ni. Mesti kau rasa macam nak hantuk hantuk je kepala kau kat dinding sebab tiba tiba je kepala kau rasa ringan lepas tengok filem ni.



potpetpotpet : Siapa dah tengok macam aku?

Isnin, 19 September 2011

Header Baru Daripada Laptop Buruk

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Sedih tak tajuk entri aku? Dah macam tajuk drama paling sedih di dunia je. Haha. Aku tengah busy gile ni. Mata pon macam bengkak je sebab lama sangat menghadap laptop buruk ni. Cehhh... Dan dan terus laptop buruk kan? Bajet ada orang nak belikan lettewww.

Okay. Berbalik kepada cerita busy tadi, aku sedang menyiapkan header percuma hari tu dengan menggunakan laptop buruk ni. So far, aku dah siapkan 3 keping header. So, tinggal lagi 7. Eh. Ada siapa siapa yang tak perasan dia dah menang header percuma ke? Sila check DI SINI.

Daripada 3 keping header, hanya 1 keping SAHAJA telah diterima. Yang lagi 2 keping tu? Aku belum dapat apa apa maklum balas lagi. Mungkin dorang busy kot. Tapi tak kisah la. So, jom kita tengok apa hasil dia:




Semua header kat atas ni telah dihasilkan mengikut kehendak dorang. Sebab tu ada yang nak letak muka sendiri kat header, ada yang nak letak muka doodle kat header, ada yang tak nak letak muka siapa siapa kat header. Ke nak letak muka aku kat header tu? Eh?



potpetpotpet : Tunggu yang seterusnya.

Sabtu, 17 September 2011

Bosan Mendengar Lagu Yang Sama?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Anda sudah bosan mendengar lagu yang sama pada setiap hari? Anda tidak tahu untuk mendengar lagu apa? Jangan risau! Budak Lelaki Sebelah Pintu ada jawapannya! Haha. Kali ni aku nak kongsi dengan korang semua lagu lagu baru daripada retis antarabangsa. Tapi bukan K-Pop la kan. Ni lagu lagu daripada omputeh. Eh. Jom dengar lagu lagu kat bawah ni:


Demi Lovato feat. Missy Elliott & Timbaland - All Night Long


Jason Derulo - That's My Shhh


Pixie Lott feat. Ke$ha - Blackout (My Only Love)


Florence & The Machine - Shake It Out


The Saturdays - All Fired Up




potpetpotpet : Ada yang melekat kat telinga tak?

Jumaat, 16 September 2011

Rambut Pendek

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



See? Rambut aku dah pendek! Fuhhh... Kepala aku terus rasa ringan macam gula gula kapas. Sekarang aku guna syampu sikit sangat. Sebelum ni aku wajib ambil satu sudu teh syampu setiap kali aku mandi. Aku cakap pasal teh ke syampu ni? Tapi sekarang lihatlah aku cuma ambil satu cubit syampu sahaja.

Aku baru potong rambut ni semalam sebab aku rimas sangat dengan sideburns aku yang tiba tiba je dah panjang. Tanpa membuang masa lagi, aku terus menyerahkan diri kat kedai gunting rambut yang berhampiran. Errr... Ada yang kata muka aku dah macam budak sekolah dah sekarang. Adeh. Ni yang tiba tiba rasa nak pakai baju sekolah ni. Boleh?

Aku suka rambut pendek. Bila mandi tu, rasa licin je kulit muka aku walaupun macam takde kaitan sangat. Haha. Apa apa pon, aku nak bagitahu kelebihan lelaki dengan rambut pendek ni:
  • Tak payah syampu sangat.
  • Sikat boleh buang ke dalam tong sampah sekarang.
  • Menampakkan tulang pipi. Eh?
  • Nampak macam pandai. MACAM.
  • Kurang kelemumur.
  • Lebih hensem pada pandangan perempuan. Haha. Nampak sangat tipu!
  • Kelihatan muda beberapa hari sebelum.



potpetpotpet : Jom potong rambut! Tak kisah la rambut yang mana. Eh?

Khamis, 15 September 2011

Contagion (2011) - Virus Pembawa Maut

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Contagion memaparkan kisah tentang sekumpulan doktor dalam menghadapi ancaman virus yang boleh membawa maut kepada manusia. Filem ini dikategorikan sebagai science-fiction dan thriller.

Bila aku tengok je poster filem ni, aku macam teruja nak tengok filem ni. Sebab apa? Sebab filem ni menampilkan bintang-bintang filem yang sangat hebat! Ada Matt Damon. Ada Jude Law. Ada Kate Winslet. Ada Gywneth Paltrow. Siapa tak teruja kan? Kalau kau tak kenal siapa dorang, sah sah la kau tak teruja macam aku. Haha.

Mula mula masuk panggung, aku agak excited. Dah la filem ni macam lain daripada yang lain. Pasal virus kan? Susah kot nak cari filem yang cerita pasal virus ni. Tapi entah macam mana aku boleh tertidur sekejap pada pertengahan persembahan filem ni. Aku tak tipu beb! Aku tidur duduk! Weird kan? Dah macam nenek aku je aku rasa. Adeh. Sorry nenek. Terbongkar pulak rahsia nenek. Eh?

Apa yang tak best pasal filem ni?
  1. Terlalu banyak sangat watak dalam filem ni sampai aku a bit confuse pasal sinopsis dia.
  2. Filem ni terlalu slow dan agak mendatar. Takde klimaks yang betul betul mengejutkan aku daripada tidur. Eh?
  3. Kadang kadang aku macam seram dengan virus tu. Kadang kadang aku macam biasa je tak kisah la apa yang nak berlaku.
  4. Lakonan yang biasa biasa SAHAJA walaupun ada dalam kalangan mereka yang pernah menang anugerah pelakon terbaik.
  5. Ending yang macam ohh emm gee. Sekian.

Ni semua pendapat aku semata-mata. Kau tak perlu nak setuju dengan apa yang aku rasa. So, sila tengok filem ni untuk bandingkan pendapat kau dengan pendapat aku. Boleh?



potpetpotpet : Jangan mudah terperdaya dengan poster filem. Haha.

Selasa, 13 September 2011

Coconut Shake Special Di Klebang, Melaka

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Ni nak cerita pasal jalan jalan cari makan pulak. Tadi aku serta Adie, Ijat dengan Ayie pergi layan coconut shake kat Klebang, Melaka. Aku yang memang asal orang Melaka ni pom baru first time cuba coconut shake kat situ. Mana taknya, setiap kali aku lalu situ je, mesti penuh dengan manusia. Lepas tu aku lalu balik kat situ pom still penuh dengan manusia. Aku tak puas hati maka aku lalu lagi sekali. Tiba tiba je aku terbangun! Oh. Mimpi rupanya.




Selain coconut shake, ada jugak benda lain kat situ. Contoh macam nasi lemak, bihun goreng, mee goreng, karipap ayam, karipap sardin dan macam macam lagi. Tadi aku ambil dua biji karipap sardin. Tapi aku terkejut terkejut ayam sebab karipap dia inti kentang. What the frog? Suka suka hati kata karipap sardin tu apahal pulak? Memang nak kena pijak la tu. Aummm...




Dah la aku layan coconut shake masa tengah panas, memang terangkat anak tekak aku! Nasib baik halkum aku tak terkeluar. Haha. Apa apa pom, coconut shake kat Klebang ni sedap habis wa cakap sama lu. Tu pom sebab Ijat cakap kat wa maka wa pom cakap sama lu. So, ada sesiapa rasa tergoda? Ngeee... Rugi la siapa tak dapat rasa coconut shake kat Klebang ni. Terkenal kot kat Melaka ni. Tak tahu la kalau kat negeri kan.







potpetpotpet : Sila jealous.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com